Bayangan manusia itu samar-samar kelihatan akibat kegelapan didalam bilik tersebut. Cahaya yang ada cuma lah sedikit kerana ianya daripada sebatang lilin yang hampir menunggu hayatnya habis dibakar.
Kemudiannya, bayangan itu kelihatan seperti duduk di atas kerusi yang berada berdekatan di pintu masuk bilik. Ke semua mereka mengalihkan pandangan serentak ke arah suara itu.
"Siapa tu!" Suraya bersuara keras dan lantang. Masing-masing berdebar dengan suasana tersebut.
Mana tidaknya, tiba-tiba sergah tanpa memberi salam.
"Siapa tu!" bentak Suraya kali kedua.
"Owh... maaf, saya berjalan di koridor ni tadi. Terdengar pulak cerita seram akak akak semua. Jadi, saya berhenti sekejap dekat sini - sebab nak dengar juga cerita akak. Nasib baik ada kerusi. Takadelah penat berdiri. Hehe... " Jelas pemilik suara tadi dengan ketawa kecil."Berapa lama dah kau ada kat situ?" Kali ini Syikin pula yang menujukan soalan.
"Saat waktu cerita bermula lagi." Jawab pemilik suara tu ringkas.
"Kalau tak keberatan, saya ingin menyambung kisah seram tadi boleh?" Soal pemilik suara itu tiba tiba dan mula bangun dari kerusinya sambil melangkah ke arah mereka.
Kali ini, barulah mereka berempat dapat melihat wajah pemilik suara itu dengan jelas walaupun masih sedikit kelabu akibat cahaya lilin yang semakin pendek.Mukanya muda seperti budak belasan tahun dan rambutnya pula diikat kebelakang serta beberapa helaian rambut jatuh kehadapan menutup sebelah daripada dahinya ke arah kanan. Comel.
Suaranya yang lembut dan sopan dapat meredakan sesiapa saja yang dalam keadaan marah. Mungkin itu yang menyebabkan mereka berempat terkaku dan tidak jadi meneruskan kemarahan - barangkali.
"Kamu ni budak junior ke?" Soal Suraya sebaik saja pemilik suara itu sudah menonjolkan dirinya di hadapan mereka.
"Ye akak. Saya budak semesta satu." Jawabnya sopan.
"Macam mana boleh sesat kat blok semesta 4 ni? Nama hang apa?" Syikin bertanya dengan nada yang keras. Mungkin masih lagi tidak berpuas hati kerana datang tidak memberi salam."Nama saya Maria. Saya tadi kena panggilkan orang di bilik sebelah. Kebetulan, saya harus melintasi bilik akak dulu baru boleh sampai ke bilik akak satu lagi. Dan... pada masa yang sama, saya terdengar ada orang bercerita pasal kisah tempat ini. Jadi... Saya pun duduk la kat kerusi tu," jawabnya sambil menunjukkan kerusi di sebelah pintu. Comel.
Maka sungguhlah mereka berempat terlalu focus dengan bercerita sehinggakan tidak perasan bahawa ada orang lain yang turut mendengar cerita urban Suraya tadi.
"Haa... apa yang kau tau pasal cerita kami tadi?" Tanya Ain selepas sekian lama berdiam. Lin pula sekali lagi menyelubungkan kembali tubuhnya dengan selimut. Haih, tak habis lagi rupanya, kata Lin di dalam hati.
Suraya dan Syikin merenung tajam ke arah Maria sambil menunggu jawapan dari si junior yang tidak reti bagi salam.
"Owh cerita tadi. Saya tahu kisah sebenar dan di sebalik misteri yang ada. Tidak lupa juga dengan misteri empat orang pelajar yang dikatakan hilang tu," kata Maria dengan yakin.
Ke semua mereka mula berpandangn sesama sendiri.
Suraya cuba menambah soalan, "Macam mana dengan misteri bumbung kolah yang penuh dengan kasut tu? Kau tahu jugak ke?" Maria hanya mengangguk tanda tahu."Yeke! Cepat la cerita. Aku nak dengar." Ain terus berubah semangat. Baginya, misteri yang dapat dirungkai memang satu yang seronok didengar. Haih, bukan senang nak dengar kisah di sebalik kisah cerita seram tadi.
"Haa... ceritalah. Aku pun nak dengar jugak. Nampak macam menarik. Kalau kau tipu kami siaplah." Tambah Suraya yang turut nampak berminat. Syikin dan Lin juga sudah bersedia menadah telinga mereka untuk mendengar cerita sebenar tentang Block A-3-5.
Bersambung...
Sneakpeak:
Macam mana semua? Okey ke tak okey? Hahaha... Tu dia punya rumit dah macam cerita movie Leonardo d carpet pulak. Haa... Nak tahu cerita sebenar didalam A-3-5 ini janganlah berhenti sekarang. Jom ke bab seterusnya!
YOU ARE READING
A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020
Paranormal🔥Winner Wattys 2020🔥 🔥Best Horror Storys🔥 AWAS! KEPADA YANG LEMAH SEMANGAT! Cerita ini di kisahkan tentang sebuah bangunan asrama yang telah lama dibiarkan akan sebab tertentu. Oleh kerana itu, pelbagai cerita urban dan misteri telah menjadi...