BAB 7 : Pelajar Baru

1K 107 0
                                    

  Sepasang mata yang ayu melirik ke arah kami berempat. Aku dan rakan yang lain tergamam sebentar. “Eh? Miss Nurul!” Sahut Wani spontan.

  Dia bagaikan tidak percaya dengan kehadiran Miss Nurul di bilik kami. Kalau tak salah aku, Miss Nurul juga yang bertanggungjawab untuk kemasukan intake baru hari ini. Itu kerana dia juga adalah salah seorang jawatankuasa untuk bahagian asrama kami.

“Hi Wani. Gembira bertemu dengan awak. Saya mengganggu kamu semua ke?” Soal Miss Nurul yang hanya berdiri di muka pintu dengan tangannya sedang memeluk di belakang tubuh seperti senang diri di dalam kawat kaki, cuma kali ni kaki Miss Nurul rapat.

“Tak menganggu pun Miss. Miss ada benda penting ke? Pasal contoh laporan yang Miss bagi semuanya okey dan kami semua rancang nak buat malam ni.” Terang Wani dengan pantas.

  Pelik pulak aku dengan si Wani ni, tiba-tiba aktif semacam. Keadaan dia macam berjumpa dengan artis idaman. Miss Nurul memang seorang pensyarah yang cantik. Melihat pula dari penampilannya, Miss Nurul seorang yang berfesyen walaupun bertudung. Aku pun hampir terpikat dengan keanggunannya.

“Baguslah begitu. Saya harap kamu semua boleh siapkan laporan itu secepat mungkin.” Miss Nurul memberi respon dengan sopan.

  “Baik Miss. Kami akan berusaha!” Wani mengenggam tanganya tanda semangat dan aku hampir tergelak kecil melihat gayanya.

  “Tapi saya datang sini bukan kerana laporan kamu. Saya datang ke sini kerana ingin memberitahu bahawa bilik kamu akan ada satu orang lagi penghuni baru. Dan… orangnya ada di belakang saya. Mari masuk Siti.” Miss Nurul memanggil pelajar baru itu dan memberi laluan kepadanya untuk masuk ke dalam bilik, lalu Miss Nurul memegang bahunya.

“Ini Siti. Dia adalah pelajar baru untuk semesta satu. Dan sekarang… dia adalah teman sebilik dengan kamu semua sepanjang kamu berada di sini.” Semua terkejut dengan penjelasan Miss Nurul.

“Tempat ni mana muat Miss!” Ika terus memprotes. Aduh! Tadi baru saja dapat tenangkan dia dengan masalah kasut. Sekarang pula muncul dengan masalah baru. Disebabkan itu, Ika mula membaran semula. Kali ini macam manalah kami hendak memujuknya.

  “Muat saja Ika. Tu… di belakang sana boleh muat satu lagi katil. Cumanya katil Wani dan Ira kena bergabung untuk sementara.” Miss Nurul memberi pendapat.

  “Eh? Katil saya?” Aku spontan bersuara apabila namaku disebut oleh Miss Nurul.

  “Boleh Miss, takde masalah. Lagipun kami dah biasa tidur rapat-rapat. Kadang-kadang tu… kami tidur kat tengah-tengah ruang bilik ni.” Wani terus menyampuk sebelum sempat Miss Nurul bersuara.

  “Eh eh? Wani… dah kena sampuk ke? Yang pergi citer kita tidur sama-sama kenapa? Siku jugak kau ni kang.” Aku berbisik perlahan kepada Wani dan mengeluh dengan sikapnya.

  “Baiklah kalau macamtu. Kerja saya di sini sudah selesai. Kamu semua berbaik-baiklah dengan adik baru kamu ni. Jangan mengajarnya benda yang tidak senonoh pula ye.” Miss Nurul mengalihkan pandangannya ke arah Ika yang hanya berpeluk tubuh dengan membuat muka menyampah.

  “Tapi… kenapa bilik kami jugak Miss. Bilik orang lain tak boleh ke?” Belom sempat Miss Nurul beredar, kini giliran Farah pulak bertanya. Rupanya dia pun kurang bersetuju untuk menerima penghuni baru dalam bilik ini.

  Miss Nurul memandang Farah dengan senyuman. “Sebenarnya bukan bilik kamu saja yang ada penghuni baru. Bilik semesta akhir yang lain pun ada juga. Cumanya kamu semua bertuah kerana seorang sahaja penghuni yang masuk ke bilik kamu. Sementara bilik-bilik yang lain, mereka telah menerima tiga hingga ke lima orang masuk sekaligus. Lagipun tempoh masa kamu di sini hanya beberapa hari lagikan?” Jelas Miss Nurul panjang.

  Jawapan untuk persoalan itu sememangnya sudah disediakan oleh Miss Nurul sejak awal lagi kerana dia tahu akan ada yang tidak berpuas hati dengan kemasukkan ini. Kami hanya tertunduk dan angkur dengan arahan.

  “Baiklah, saya kena jaga pelajar lain lagi. Ingat pesan saya semua terutamanya Ika. Jaga Siti elok-elok. Jadikan dia sebahagian daripada rakan setia kamu. Saya percaya semua akan baik-baik saja.” Kami hanya mendengar tanpa membantah.

  Ika masih tidak berpuas hati. Nampak jelas terpampang di mukanya. Farah mula menerima budak baru itu kerana ada betulnya juga kata Miss Nurul, kami tak lama pun di sini.

  “Baiklah saya pergi dulu. Nanti katil dan loker Siti saya uruskan. Siti… sekarang kamu duduk di katil Wani dulu.” Siti bergerak perlahan ke arah katil Wani. Wani pula menyambutnya dengan senyuman seperti kakak dan adik.

  Miss Nurul pula beransur pergi dari bilik kami dengan meninggalkan tanggungjawab itu kepada kami.

  “Miss! Sekejap!” Tanpa membuang masa, aku terus mengejar Miss Nurul yang sudah pun hampir di tangga koridor. Miss Nurul menoleh ke belakang dan langkahnya terhenti seketika.

  “Ye Ira. Boleh saya bantu awak? Atau… awak pun masih tidak boleh menerima kehadiran pelajar baru di dalam bilik?”

  “Bukan tu Miss.” Aku menghampiri Miss Nurul yang berdekatan dengan tangga.

  “Saya nak tanya… pasal mak saya… ada tak dia telefon Miss?” Aku memulakan soalan dengan tergagap.

  “Owh… tak ada pun Ira.” Aku mula bermuka masam apabila mendengar jawapan daripada Miss Nurul.

Bersambung...

Sneakpeak:
Nampaknya jalan cerita sudah semakin menarik... Mesti semua tanyakan.. "mana hantu nya?  Mana seramnya?"  sabar sabar... Cerita ni masih ada 60 ribu lagi perkataan... Bab hantu dah tak lama dah nanti akan muncul... Hahaha... Apa pun jom baca Next round!

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now