Aku merenung tajam ke arah mata Miss Nurul. Sama ada meminta simpati ataupun sebaliknya - aku pun kurang pasti. Keadaan menjadi sedikit janggal bila aku menyoal kan ibuku.
“Kamu janganlah risau. Nanti saya akan telefon mak kamu. Sekarang ni… kamu tumpu saja pada laporan akhir kamu supaya ianya siap. Hal yang lain… biarlah saya yang uruskan untuk kamu. Jika mak kamu tidak mengambil semasa di hari akhir semesta nanti, biar saya sendiri yang akan hantar kamu pulang.” Tangan Miss Nurul memegang lembut di pipi aku. Kemurunganku mulai hilang dan digantikan dengan ketenangan Miss Nurul berikan.
“Bukan itu maksud saya Miss. Saya tak kisah pun mak saya telefon atau tidak. Kalau boleh… saya pun tak mahu balik ke rumah saya. Yelah… selepas kehilangan ayah, mak dah tak macam dulu lagi. Dia lebih pentingkan ayah tirinya daripada saya. Saya rasa macam hidup bersendirian. Adik beradik pun tak ade. Sebelah keluarga tiri pulak ada dua orang anak dan mereka pun tak ngam dengan saya. Saya rasa macam anak buangan.” Aku meluahkan perasaan aku kepada Miss Nurul secara spontan. Mungkin sekali tidak tertahan rasa di benak hati ini, barangkali.
Air mata aku ditahan keras. Aku tidak akan sesekali keluarkan air mata depan sesiapa pun sebab aku kuat dan itu janji aku pada arwah ayah sebelum dia meninggal dunia ini untuk selamanya.
“Jangan kata begitu. Saya percaya mak kamu masih sayangkan kamu Ira. Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Kamu hanya perlu suaikan diri kamu dengan keluarga baru. Sama jugak dengan sekarang. Kamu kena suaikan diri kamu dengan pelajar baru di bilik kamu.” Aku terdiam.
Mungkin benar kata Miss Nurul. Aku yang menolak keluarga baru daripada hadir ke dalam kehidupanku. Mungkin juga aku terlalu sayangkan ayah; ayah yang selalu berada di samping aku ketika mana diperlukan. Dia selalu memberi semangat dan selalu juga memberi nasihat yang berguna.
Tidak kurang juga keceriaan yang diberikan kepada aku ketika aku sedang bersedih. Disebabkan itu, aku sayang pada ayah lebih dari segala-galanya. Mak pun apa kurangnya, selalu memberi sepenuh perhatian terhadap aku. Tapi tidak seperti sekarang, prihatinnya semakin pudar setelah ada keluarga baru. Aku benci situasi ini. Aku mahukan ayah aku!
Lebih malang lagi, ditakdirkan ayah telah ditimpa nasib buruk ketika aku berada di semesta dua. Aku mendapat berita daripada pejabat kolej yang mengatakan bahawa ayah telah terlibat dalam kemalangan. Aku menangis ketika itu juga. Yelah, siapa tidak?
Tangisan demi tangisan yang tiada hentinya. Bagaikan terasa kehilangan roh pada tubuh dengan begitu dasyat sekali. Pada ketika itulah, Miss Nurul telah menguruskan pergi dan balik aku ke kolej dan hospital.
Selang beberapa hari ketika aku melawat ayah di hospital, dia sempat memesan supaya aku terus tabah dan jangan sesekali mengalah. Harus menguatkan diri daripada mengeluarkan air mata.
Ketika itu juga, ayah sempat mengukirkan senyuman walaupun sedang sakit. Aku hanya mengangguk mendengar kata ayah.
Pada keesokkan harinya, ayah pergi meninggalkan aku dengan mak. Ketika itu, aku sedang belajar di kelas. Hanya mak sahaja yang sempat menemani ayah sehingga nafasnya yang terakhir. Disaat berita itu sampai ke telingaku, hampir saja pitam gara-gara terkejut.
Air mata dan perasaan sedih hanya tuhan saja yang tahu. Hampir setahun aku dalam keadaan kemurungan dan hanya Wani yang sentiasa di sampingku untuk memberi semangat. Sungguh aku rindu pada ayah.
“Awak kena tabah Ira. Ingatkan pesanan ayah awak pada awak?” Suara Miss Nurul menyedarkan aku dari kisah lama.
“Baik Miss. Saya cuba untuk tabah dan sentiasa ingat pesanan arwah ayah.” Aku mengangguk pelahan. Miss Nurul melepaskan tangannya di pipiku. Aku menyambut dan terus bersalam dan cium tangannya tanda hormat.
“Owh ya, satu lagi saya lupa beritahu. Awak jagalah Siti itu elok-elok. Dia amat memerlukan seseorang di sampingnya. Nasibnya juga hampir sama seperti awak.” Aku melepaskan tangan Miss Nurul dan mendonggak terus ke mukanya. Mukaku penuh dengan tanda tanya.
“Sama macam saya?”
Bersambung...
Sneakpeak:
Macam mana RAKAN-RAKAN sekalian. Ada sebak tak? Siapa yang rasa di nasib yang sama? Jangan malu nak komen Ye... Kita boleh berinteraksi dengan lebih dekat lagi. Jom bab seterusnya!
YOU ARE READING
A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020
Paranormalne🔥Winner Wattys 2020🔥 🔥Best Horror Storys🔥 AWAS! KEPADA YANG LEMAH SEMANGAT! Cerita ini di kisahkan tentang sebuah bangunan asrama yang telah lama dibiarkan akan sebab tertentu. Oleh kerana itu, pelbagai cerita urban dan misteri telah menjadi...