BAB 4

5.3K 122 3
                                    

Aku masuk ke dalam pejabat. Hari ni hari Jumaat dan syarikat ini memang menggalakkan staff supaya berpakaian baju kurung dan baju Melayu. Aku sarung baju kebarung moden.

Aku duduk atas kerusi milikku. Di pusing-pusing kejap kerusi yang diduduk aku. Boss tak mai lagi. Ni yang buat pala sat. Aku capai buku catatan boss.

"Hari ni Jumaat. Ada ape je yang boss buat?"

Aku belek jadual boss hari ni. P.A dia sebelum ni yang tulis. Lawa jugak tulisan dia. Mesti orang dia pun lawa kan.

"Emm..pagi ni dia free sampai pukul 3petang. Lepas tu, dia ada meeting dgn Tan Sri Mansor. Yeke Tan Sri ni? Emm..."

Kang aku terkena pulak. Macam semalam. Lim dengan Faiz. Klien lah sangat. Rupanya Faiz tu cousin boss, Lim tu kawan dia. Hampeh betul lah. Bengkek hati aku. Memperbodohkan aku je.

"Emm.. Lepas tu dia.. Jap! Pegi supermarket? Buat ape dia nak pergi sana nanti ni?"

Terkejut beruk aku. Tu pun kena letak dalam jadual ke. Emm pelik betul la encik Azhar ni.

Tidak lama kemudian, encik Azhar sampai. Dia pakaian macam biasa. Kemeja lengan panjang. Dia pandang aku. Aku berdiri pandang dia. Amboi lama dia pandang aku. Cucuk bijik mata nanti kut.

"Errr.. Kenapa encik Azhar?"soal aku dah tak selesa dengan pandangan boss aku ni. Gatal sangat aih tenung anak dara orang lama-lama.

"Cantik awak hari ni kan. Baju kebarung. Ada kenduri ke dalam ofis ni?"

Encik Azhar pandang sekeliling. Taik betul lah perli aku. Nak pakai baju sopan sikit pun tak boleh ke? Ergh.

"Kenapa encik Azhar? Tak boleh ker? Tapi.. Terima kasih lah cakap saya cantik hari ni.."soal aku ada nada perli sikit. Kita nak bagi imej yang baik untuk syarikat, dia perlekehkan pulak. Menyampah betul.

Aku nampak dia senyum. Dia silang tangan di dada.

"Hari ni jadual saya?"

"Pukul 3 petang nanti ada meeting dengan encik Mansor. Lepas tu kena pergi err.. supermarket?"

Encik Azhar angguk sambil senyum. Dia macam baru teringat. Teringin jugak aku nak tahu kenapa kena pergi supermarket?

"Err.. Encik Azhar nak pergi supermarket untuk ape ye? Siap dalam jadual lagi. Dah macam ada hal penting je.."soal aku mahu tahu. Aku P.A kan. Aku berhak untuk tahu.

Encik Azhar pandang aku.

"Memang hal penting. Awak ikut je. Jangan banyak tanya.."

Dia terus masuk ke dalam bilik pejabatnya. Hampeh. Soalan aku dia tak jawab. Aku jeling geram.

Jam 4 petang..

Aku dengan en azhar baru selesai meeting dengan klien, encik Mansor. Haaa yang tu baru betul klien. Bincang pasal tapak baru dengarnya. Entah lah kat mana. Baru nak cari tapak yang gempak sikit lah kut.

Kami keluar daripada restoran mewah itu dengan perut yang kenyang. Lunch terus. Dan macam biasa, en azhar belanja. Em aku rasa bersalah betul lah kalau boss je belanja makan. Baik betul.

Kami masuk dalam kereta Mercedes hitam en Azhar. En Azhar yang memandu. Aku duduk sebelah dia.

"Jom kita ke supermarket.."en Azhar tarik gear dan mula undur kereta.

Aku rasa bosan je dengan keadaan sunyi sepi dalam kereta. Yela hanya aku dengan boss je dalam kereta. Boss diam je memandu kereta. Aku dah bosan pandang pemandangan luar tingkap walaupun memang lawa. Tapi dah hadap hari-hari bosan jugak. Lagu pun dia tak pasang.

BUAH HATI ENCIK BOSSWhere stories live. Discover now