Bab 9

114 11 5
                                    

Seminggu berlalu setelah Hani mendapat pekerjaan di syarikat milik Ryan Syahaz.

Seminggu itu jugalah kesabaran Hani diuji.

"Den, masuk bilik I kejap," interkom di bilik Hani berbunyi.

Hani yang asyik menilik data-data pada skrin komputernya menghela nafas. Fail yang dipegang dihempas kasar lalu kaki diorak ke arah pejabat milik Ryan Syahaz.

"Yes, boss?" sapa Hani menahan geram.

"Hmmm.. Nothing, just want to make sure that you still in your room. You may go now," ucap Ryan Syahaz mendatar. Matanya masih melekat pada dada komputer.

Hani mengepal penumbuk. Inilah masalahnya, sudah seminggu dia asyik berulang alik ke pejabat milik lelaki ini kerana dipanggil untuk tujuan yang entah apa-apa.

"Bos, nak cakap sikit," Hani bersuara mendatar.

"Hmm,"

"Kalau tak ada apa-apa, tolong jangan panggil aku lagi. Kau ingat aku tak ada kerja ke nak buat? Asyik nak hadap kau je tiap dua jam. Kau ni dah kenapa? Dah jadi biul?" ujar Hani dengan geram. Fuh, lega rasanya lepas dah menghamburkan segalanya.

Mata Ryan Syahaz yang tadi asyik menatap dada komputer, kini beralih menatap tajam wajah Hani.

Hani hanya menunjukkan riak selamba. Ingat aku takut?

"How dare you!" tinggi sedikit suara Ryan Syahaz.

"So what? Aku ada mulut, suka hati aku lah," Hani menyangkal selamba. Betullah kan?

Ryan Syahaz menarik nafas sebentar. Dia perlu bersabar jika menginginkan Hani bekerja disitu.

"Leave," mendatar suaranya sambil mata menumpu kembali pada dada komputer.

Hani hanya mengangkat bahu sebelum beredar dari situ. Sempat dia menyepak dinding bilik itu.

Ryan Syahaz kembali merenung pintu. Tiada sesiapa disitu.

•••

Echah melabuhkan punggungnya di kerusi. Bunyi bingit yang dihasilkan pembesar suara sedikit tidak menyenangkan.

Mata Echah mula meliar memerhati kelab malam tersebut. Agak mewah seperti yang dilihat di kaca tv.

Sesaat kemudian, muncul seorang lelaki menghulurkan segelas air berwarna gelap. Echah memandang ragu-ragu.

"Take it. It's just a coke," ujar lelaki itu, masih menyua gelas yang tidak bersambut.

Akhirnya, Echah menyambutnya lalu meneguk perlahan. Matanya kembali terarah pada kumpulan remaja yang asyik menari tanpa menghiraukan sekeliling.

Cahaya berwarna ungu dan hitam melatari suasana. Lelaki tadi masih diam, cuba mencari topik untuk berbual.

"So, you tak pernah ke sini?" soalnya kuat. Bunyi bising yang dihasilkan terpaksa dilawan.

"Tak! Club-club lain pun tak pernah pergi!" Echah sedikit menjerit. Suaranya agak tenggelam dek muzik yang boleh memekakkan telinga. Bagaimanalah orang lain mampu bertahan?

"Boyfriend you tak pernah bawa?" soalnya lagi.

Echah menggeleng seraya menyatakan yang dia sememangnya tiada boyfriend.

"Mike!" satu suara tiba-tiba muncul lalu menepuk bahu lelaki tadi. Mike namanya.

"Yow, Steve!" mereka terus berlaga-laga tangan.

Tomboy Itu AKU (slow up)Where stories live. Discover now