BAB 16 : Soal Jawab

773 84 0
                                    

  Suasana ditemani cengkerik yang sedang membuat parti muzik di luar asrama. Bunyian itu bersilih ganti dengan bunyian alunan angin yang datang menerobos ruang sempit tingkap yang terbuka.

  Keadaan semakin seram. Lilin sejak tadi bermain-main dengan angin yang datang. Seakan-akan menari bersama. Cairan lilin yang dibakar menurun perlahan mengenai papan.

  Sesekali api hampir terpadam akibat kelajuan angin yang datang, atau mungkin roh yang sudah menyahut sambutan lamaran kami - Entahlah?

  “Gerakkanlah penanda di jari kami ini tanda kehadiran kamu.” Farah meneruskan upacara.

  Keadaan sekeliling sunyi sepi. Kanta bulat tidak terasa bergerak walaupun sedikit. Aku dan Ika memandang Farah. Farah membalas pandangan. Wani cemas. Siti hanya memerhati. Jadi ke ni? Aku bertanya di dalam hati.

“Wahai makhluk tanpa jasad. Gerakkanlah penanda di jari kami sebagai tanda kehadiran kamu.” Farah menyeru kali kedua.

  “Kau salah mentera kot.” Ika menyampuk. Sifat tidak sabarnya memang sukar dibendung. Aku dan Wani hanya berdiam.

  “Mana ada salah. Betullah aku baca. Dulu aku main dengan sepupu aku guna mentera yang sama. Jadi je…” Farah membela diri.

  Rupa-rupanya sudah pernah bermain. Padanlah tenang Farah kelihatan tenang. Raut wajah si Wani mula menunjukkan lega. Mungkin sebab penyeruan itu tidak menjadi.

  Si Siti pula nampak seperti kecewa. Mungkin dia tersangat teruja dengan benda-benda tahyul macam ni. Atau mungkin ini pengalaman pertamanya.

Jari telunjuk aku di kanta ku gerakkan perlahan. Rasanya tidak mengapa alihkannya kerana penyeruan tidak menjadi. Farah ternampak tindakan aku lalu cepat-cepat menegahnya.

  “Haih! Jangan di alih. Kau nak kita kene kacau ke?”

  “Bukan tak jadi ke?” Aku menyoal kembali.

  “Sapa kata tak jadi? Kau tengok betul-betul benda ni dah bertukar tempat!” Farah menunjukkan dengan memuncungkan mulut.

  What! Bila masa bende ni gerak? Asal aku tak rasa pergerakkannya? Jantung aku mula berdebar kembali. Kali ni lebih laju dari biasa. Betul ke benda ni berlaku.

  Wani berubah pucat serta-merta. Dia pun tak sedar bila masa bergeraknya kanta itu. Siti kelihatan teruja sehinggakan mata tidak terkelip.

  Rupanya, kanta itu sudah pun berada di perkataan Ya sejak aku, Wani dan Siti sibuk memerhatikan Farah dan Ika bertelagah.

  Farah menyedari keajaiban itu apabila aku ingin mengangkat jari. Nasib baik ditegah. Kalau tak habis kehidupan kami. Mungkin akan dikacau seumur hidup. Haih, seram! Aku menelan air liur.

  Keadaan kembali sunyi selepas pergerakkan pertama. Farah mula fokus.

“Siapakah gerangan kamu?” Farah bertanya tegas tapi dalam nada yang tidak terlalu tinggi. Siti bersedia untuk mencatat.

  “A… Z… M… A… N…” Satu persatu huruf kanta datang menjenguk. Siti mencatat. Menanda perkataan Azman.

  Roh ni bernama Azman? Aku mula teruja dengan pergerakkan kanta yang bergerak sendiri. Tak pernah lagi aku alami benda tahyul sebegini. Selama kehidupan aku, ini hanyalah mainan otak.

  “Berapa umur kamu wahai Azman?” Farah bertanya lagi.

  “Aku berumur beratus tahun.” Siti mencatat dan mengulang setelah mengeja. Kami mendengar. Aku teruja dan seram sejuk. Wani masih takut dan mampu berdiam diri. Dia membuat keputusan untuk memerhati sahaja. Teka aku.

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now