Keadaan di 'foodcourt' kolej kami sentiasa dipenuhi dengan pelajar yang ramai. Tambahan lagi di waktu tengahari, keadaan kecoh dan penuh itu umpama tin sardin yang kepadatan inti kerana ruangan tempat itu hampir saja tidak mencukupi, tetapi itu bukanlah perkara yang menghairankan.
Pada waktu lain juga tidak kurang hebatnya kerana di sini bukan saja menjadi tumpuan untuk mengisi perut malah ia juga selesa untuk dibuat tempat pelajar mengulangkaji ataupun meeting-meeting kecil.
"Mari-mari, beli nasi ayam istimewa dari kami! 3 bungkusan terakhir lagi!"
"Beli satu makanan, percuma air!"
Suara-suara lelongan makanan di 'foodcourt' semakin kecoh. Di saat ini, beberapa gerai telah pun kelihatan sedang mengemas untuk menutup lebih awal - mungkin sekali sudah habis bahan jualan mereka. Ada juga sebahagian lagi cuba menghabiskan dengan memberi tawaran masing-masing.
Aku dan Wani sedang menikmati makanan yang kami beli sejak jam rehat berbunyi lagi. Kami memang selalu makan awal dan lambat untuk habis - menikmati makanan kata orang.
Ditambah lagi dengan Wani yang suka makan tetapi tidak pula naik berat badannya. Aku pun tidak tahu rahsia apa yang dipakai hamba bertuah ini supaya boleh kekal kurus macam tu.
Minuman air sirap telahku habiskan sehingga kering umpama puntianak menghisap darah. Ahhh... lega sikit tekak. Panas hari ini lain macam. Dah nak kiamat ke?
"Wani, kau okey tak lepas permainan semalam?" aku mula mengeluarkan topik semalam. Aku tahu Wani masih seram sejuk.
"Aku okey je. Tak nampak ke aku tengah makan ni? Kan penuh dengan selera."
"Yeke okey tu? Bukan bab makan kau memang macam ni ke? Hahaha..." Aku bercanda.
"Ish! Aku okey la. Kalau aku tak okey takdenye aku nak makan macam ni tau."
"Ermm... Yelah... Aku bukan apa cuma musykil dengan kejadian semalam."
"Musykil pasal apa pulak ni?" Wani memandang aku dengan muka yang pelik.
"Musykil la dengan part last masa kita main permainan tu." Jelas aku.
"Part last? Maksud kau pasal soalan Siti tu ke?"
"Yelah, pasal Siti la... Kenapa dia tanya soalan macam tu? Pastu jawapan hantu tu pun dia tak terjemah kat kita langsung - perasan tak?"
"Haah, aku baru teringat. Agak-agak kau, apa jawapan dia eh? Soalan Siti semalam pun creepy giler."
"Nak buat macam mana Wani. Dia masih trauma kehilangan keluarga dia agaknya. Kalau aku jadi dia pun - mungkin aku tanya soalan yang sama jugak. Yelah, permainan ni kan boleh berhubung dengan orang mati. Mungkin benda ni boleh melepaskan rindu dia, mybe?" Aku mula bersimpati dengan Siti selepas teringat kisahnya. Tapi betul ke boleh kita berhubung dengan orang mati?
"Tapi bukan kita tak boleh buat benda macam ni ke? Kan syirik namanya. Ustazah kan ada cakap, orang yang dah meninggal mana boleh datang ke dunia ni lagi."
"Habis, Azman tu sapa pulak?" Aku dan Wani berpandangan. Memikirkan makhluk yang bernama Azman. Makhluk yang seperti dukun serba tahu. Apabila disoal mesti ada jawapannya. Seolah mengerti jawapan yang kami cari.
"Wani - nanti aku nak ke bilik guru jap. Aku nak jumpa Miss Nurul. Nak bagi kertas laporan aku kat dia."
"Okey Ira, kalau macam tu tolong hantarkan aku punya laporan jugak." Wani menghulurkan fail kepada aku. Mulutnya masih menguyah. Aku cuma menggeleng kepala melihat gelagatnya. Kalau jadi hantu, jenis apa agaknya dia ni?
YOU ARE READING
A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020
Paranormal🔥Winner Wattys 2020🔥 🔥Best Horror Storys🔥 AWAS! KEPADA YANG LEMAH SEMANGAT! Cerita ini di kisahkan tentang sebuah bangunan asrama yang telah lama dibiarkan akan sebab tertentu. Oleh kerana itu, pelbagai cerita urban dan misteri telah menjadi...