2 pagi. Aku terjaga dari buaian mimpi yang aku sendiri tidak pasti. Terasa bilik kami semakin panas semacam.
Tidak seperti sebelumnya, angin luar datang menerobos singgah di bilik kami. Kali ini sedikit angin pun tak terasa di kulit badan.
Badan aku berpeluh hampir saja membuatkan baju tidur yang dipakai lenjun basah. Kipas di bilik ini tertutup ke? Aku berfikir sendiri.
Mata aku masih lagi pejam. Walaupun tahu kurang percaya dengan benda tahyul tapi masih mempunyai perasaan seram. Apatah lagi sudah mempunyai pengalaman berkomunikasi dengan iblis.
Blackout agaknya. Aku menyedapkan hati. Sesekali terdengar juga suara dengkuran si Ika yang kuat. Memang macam singa minah ni.
Waktu bangun bising, waktu tidur pun bising. Ish! Sakit pulak telinga. Aku dengan spontan menutup telinga dengan batal yang berada di kepala berharap dapat mengurangkan bunyi yang menyakitkan tu.
swjwnak kemudian otak ku mula melayang memikirkan pertengkaran petang tadi dengan Ika. Lantas memikirkan pulak pasal permainan papan Ouija.
Tidak cukup dengan itu, di tambahkan lagi dengan nasib yang menimpa Siti, yang kehilangan keluarganya sekaligus. Aku semakin kusut. Tiba-tiba mengalirkan air mata. Sang hati kini membuatkan ku memikirkan arwah ayah.
Bolehkah aku bercakap dengan ayah dengan papan Ouja? Betul ke apa yang dinasihatkan oleh Miss Nurul petang semalam?
“Gembiranya dapat bersembang dengan semua…” Lamunan aku terhenti tiba-tiba. Bisikan suara siapa yang aku dengar?
Badan aku bangun secara automatik. Mata aku meliar sekeliling.
“Siapa tu?” Tiada respon. Semua sudah semestinya tidur. Wani kelihatan begitu nyenyak di sebelah ku. Siti juga sama cuma membelangkangi aku.
Ika masih asyik gagah berdengkur. Farah pula tidak berbunyi langsung, mati agaknya. Aku kembali berbaring.
Suara sapa tadi? Takkan aku salah dengar kot? Mesti budak tingkat bawah. Aku memujuk hati.
Tuk! Tuk! Tuk!
Kali ni bunyi ketukan perlahan dipintu pulak kedengaran. Jantung aku mula mengepam laju. Semua orang tidur mati ke? Asal aku je dengar ni?
“Siapa tu!” aku bangun kembali melihat sekeliling. Kali ni suara aku kuat dari sebelumnya. Bengang betul! Sapa yang berani kacau pagi-pagi buta ni?
Tuk! Tuk! Tuk!
Bunyi ketukkan itu datang kembali. Kali ini bukan dari arah pintu seperti yang aku sangkakan.
Ianya datang dari arah yang aku tidak tersangka, loker si Siti! Aku mula panik.
Bulu roma sejak tadi sudah menegak tanda seram menyapa. Benda apa pulak ni? Jangan macam-macam!
Suasana sunyi menegangkan lagi keadaan yang membuatkan aku hilang perasaan berani. Aku menarik nafas dalam-dalam. Cuba memberi kekuatan untuk membongkar misteri mengarut ini.
Aku bangun dari katil dan berjalan perlahan ke arah bunyi di loker Siti.
Tangan aku menggigil menyentuh loker puaka itu. Cis, perasaan apa ni? Kenapa aku takut sangat?! Bukan selalu aku tak percaya ke bende-bende tahyul ni!
Sedikit saja jariku menyentuh pintu loker Siti dan…
Buuukkk!!!
Ketukan kuat datang dari arah dalam membuatkan aku terperanjat besar lalu tersungkur kebelakang seperti ledakkan bom yang meletup di hadapan. Jantungku hampir gugur. Benda apa tu!
YOU ARE READING
A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020
Paranormal🔥Winner Wattys 2020🔥 🔥Best Horror Storys🔥 AWAS! KEPADA YANG LEMAH SEMANGAT! Cerita ini di kisahkan tentang sebuah bangunan asrama yang telah lama dibiarkan akan sebab tertentu. Oleh kerana itu, pelbagai cerita urban dan misteri telah menjadi...