BAB 21 : Petunjuk

779 91 5
                                    

  Kicauan bunyi burung sedang berirama menemani lamunan. Ini hanya satu kebetulan tatkala kelas yang hampir saja sunyi di saat ini.

  Aku termenung jauh memikirkan hal yang berlaku pagi semalam. Suara bisikan, jelmaan lembaga dan ayah? Haih! Kepala aku rasa nak pecah. Badan aku masih lagi menggigil sejak kejadian itu berlaku sehinggakan boleh terasa kesejukkan yang melampau menusuk tajam ke kulitku.

  Bilangan pelajar di kelas ini tidaklah ramai seperti biasa dan yang hadir hanyalah untuk menyiapkan laporan masing-masing. Wani dan aku pula datang hanya untuk membuang masa bosan di bilik kami, atau lebih tepat lagi - aku sendiri yang ingin lari daripada bilik puaka itu dari terus memikirkan hal mistik pagi tadi.

“Ira, kau okey ke?” Entah sudah berapa lama Wani memerhatikan tikah laku aku; tak pasti. Tangannya diletakkan ke dahi aku.

  “Panas badan kau ni. Kau demam ke? Pening kepala tak?”

  “Aku okey je…”

  “Okey apenye… Panas sangat badan kau ni. Nak kata mandi hujan tak pulak. Semalam cuaca panas je. Ke ada benda apa-apa yang aku tak tau?” Wani menyoalku curiga, seperti tahu aku sedang ditimpa musibah.

  “Kalau aku bagitau pun… Takut kau tak percaya.”

  “Selama ni, benda apa yang kau citer kat aku, aku tak percaya? Ada?” Soal Wani sambil menaikkan kening kanan.

  “Ermm… Okey - aku boleh citer. Tapi janji jangan citer kat sapa-sapa, okey?” Aku memberi amaran awal kepada Wani dengan harapan cerita ini tidak tersebar luas di satu sekolah, lebih-lebih lagi pada Ika dan Farah. Takut Siti yang menjadi mangsa tuduhan atau lebih teruk; dibelasah oleh Sang Singa itu.

  Wani membuat simbol ikrar dengan tangan kanannya tanda termeterai perjanjian.Tanganku masih menggigil. “Aku semalam terjumpa dengan satu lembaga di dalam bilik kita.”

Wani terkejut spontan. “Lembaga?!”

  “Haah, lembaga. Benda tu siap menyerang aku lagi. Pastu hampir-hampir aku ditarik masuk ke alam dia.”

  “Kene serang? Di tarik? Kenapa aku tak dengar apa-apa semalam? Kau biar betul Ira.” Wani mula rasa curiga.

  “Itu yang aku pelik Wani. Kenapa korang boleh tido nyenyak je padahal aku dah menjerit giler-giler. Aku nyaris nak kene bunuh dengan benda celaka tu!” Aku mendengus, mengetap bibir menahan geram. Jantung aku memulakan berdegup laju.

  Tangan aku semakin ligat menggigil. Aku hairan, ini perasaan takut atau geram?

Wani menelan air liur. Luahan aku hampir tidak dapat diterima dek akalnya. Tetapi dengan melihat kelakuan aku yang aneh, dia tetap mendengar dan cuba untuk mempercayai kata-kata aku.

  “Aku takut Wani. Aku takut dia mula mengganas dan mungkin - kita pulak menjadi mangsa yang pertama lembaga tu.” Fikiran aku mula tidak keruan.

  Air mata masih bertahan untuk tidak tumpah. Terus teringat bibit-bibit cemas semasa dicengkam kuat dan hampir ditarik oleh lembaga tersebut.

  “Kenapa macam tu? Macam mana lembaga tu boleh wujud pulak?”

  “Lembaga itu kata dia akan mengambil apa yang perlu, satu demi satu…”

“Mengambil apa yang perlu? Benda apa yang dia nak ambil? Pelik la lembaga ni. Nak berfalsafah sangat dah kenapa? Tak boleh straight forward ke? Kan dah pening nak pikir.”

  “Ish kau ni, serius la. Dia nak nyawa tau tak!”

  “Haa! Nya... wa!” Jeritan Wani yang tidak sengaja dilepaskan telah membuat pelajar lain memandang kami dengan penuh tanda soal. Mulutnya ditutup kemas dengan tangan. Budak ni, kata nak simpan rahsia. Haish!

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now