Suasana malam hari ni seperti biasa; angin membayu lembut memberi sejuk ketenangan. Aku dan Wani bercadang untuk membuang masa kami di pondok kecil; berdekatan dengan dewan makan. Bukan apa, senang untuk membeli makanan dan air waktu bergosip. Tambahan lagi, si Wani ni kan memang suka makan.
Wani membuka topik, “Ira… tadi masa kita kat perpustakaan kau kata dah jumpa jawapan. Hah, mende jawapanya, citer la.” Aku memeluk kedua kaki erat; sejuk dengan angin yang datang menjamah.
“Jawapan tu sebenarnya aku kurang pasti. Aku cuma buat andaian je - takut salah pulak nanti naya je orang yang aku tuduh tu nanti.”“Orang yang dituduh? Sapa pulak orang tu? Kenapa kau tuduh orang tu?”
“Banyak pulak soalan kau ni. Satu-satu la, mana satu aku nak jawab pun aku tak tahu,” aku membuat muka. Kesian pulak tengok reaksi muka Wani; muka ingin tahu yang tinggi.
“Macam ni… aku rasa - aku tahu sapa yang jadi penyebab kekacauan malam tu. Aku rasa… ini semua ada kaitan dengan Siti.”
“What! Kau serius ke ni? Eh, takkan la Siti yang jadi punca. Dia budak baik kot. Lagipun, dia bukan penyeru masa kita main benda alah tu - kau pun tahu kan.” Wani kelihatan serius sekali; serius apabila junior kesayangannya menjadi mangsa tuduhan aku.
“Aku bukan apa Wani, dia je yang yang sepadan dengan tanggapan aku. Tengoklah - jawapan yang Siti tanya dekat roh tu... sampai sekarang kita tak tahu kan?”“Ermmm… aku – entahlah Ira. Tak boleh nak fikir macam kau, sebab bukan aku yang kene kacau,” Wani kembali berwajah tenang\ aku pula mengeluh kecil. Entah bagaimana, aku terfikirkan amaran, atau lebih tepat ugutan dari makhluk legam itu.
“Kalau macam tu Ira, kita cuba tanya Siti baik-baik. Mana tahu nanti dia bagitahu jawapannya.” Wani memegang tangan ku; cuba memberi semangat. Aku hanya mengangguk. Kepala aku masih buntu untuk mencari jawapan. Mungkin dengan cara Wani, aku akan dapat jawapannya.
* * *
2 pagi. Aku terasa hangat seperti semalam. Panas yang mula mendakap tubuh dan membuatkan aku berpeluh ligat. Mataku pejam rapat, takut peristiwa gelap berulang - barangkali. Aku mula tertidur -“Ira!”
Satu suara mula menyinggah di telingaku membuatkan hilang fokus untuk tidur. Siapa pulak yang mengacau ni? Tak reti tido ke? Takkan lembaga semalam?
“Ira! Tolong aku Ira!” Tidak sempat aku ingin membuka mata untuk kepastian - kakiku terus dicengkam lalu badan ditarik kasar. Aku tersentak, rasa terputus nyawa pun ada. Mana taknya, roh tak bersedia masuk ke jasad; aku terjaga dengan mengejut.
Nasibku baik kerana tanganku masih sempat menyambut besi katil. Sungguhpun aku terkejut dengan situasi tiba-tiba, tapi aku sudah bersedia dengan keadaan celaka ini.
“Ira! Tolong aku!” Rupanya Wani yang memegang kaki aku. Jantung mula berdegup dengan laju, aku bertambah cuak bila melihat Wani dalam keadaan ditarik ke arah loker Siti! Cis, betul sangkaan aku. Lembaga itu sedang menunaikan impian memburuannya. Wani dalam bahaya!“Apa yang dah jadi ni Wani!”
“Aku tak tahu Ira! Tiba-tiba ada tangan lembaga peluk aku! To-tolong aku Ira! Dia tarik aku…!” Wani panik. Aku pula cemas, tapi tangan masih mencengkam besi katil dengan kemas.Aku mesti fikirkan sesuatu, atau kami berdua akan ditarik masuk ke dalam loker Siti; lembah neraka!
Wani menangis, cengkamannya terasa lemah di kaki aku. “Wani bertahan – jangan lepaskan kaki aku!” Aku cuba memberi semangat. Apa harus aku buat? Takkan nak tunggu azan subuh kot?
“Aku dah tak larat Ira! Aku – tak larat–”
“-Jangan! Jangan lepaskan tangan kau! Sial! Ika! Farah! Bangun! Tolong-” Tangan Wani terlepas dari kaki aku, lantas terus ditarik masuk ke dalam loker Siti. Pintu loker di hempas tertutup. Sunyi-
Aku meluru ke loker Siti, beranggapan masih boleh menarik Wani kembali. Sayangnya, loker itu tertutup rapat; terkunci ketat. Aku menangis teresak. Wani! Aku gagal selamatkan dia!
“Pulangkan kawan aku, lembaga bodoh! Pulangkan! Pulangkan kawan aku-”
“-Hahaha…!” Gelak tawa suara garau ni, aku kenal!
Suara garau menyambung kata, “Dasar manusia lemah! Hanya tahu menangis. Hahaha…”
“Pulangkan kawan aku, aku kata!” Seperti orang gila; aku mengoncangkan loker itu sekuat hati. Perasaan takut digantikan dengan geram yang mendalam.
“Pulangkan! Owh tidak – aku tidak rasa itu perlu. Aku sudah memberitahu pada kamu, aku akan memburu ke semua nyawa di dalam bilik ini! Engkau bernasib baik semalam dan hari ni kerana kali ini, belaian aku cuma didengar oleh kawan kau yang penakut itu – hahaha…”
“Apa yang kau nak haa! Aku kenal siapa kau, Al-Aruwah!”
“Huh! Hahaha… menarik, sangat menarik! Baru satu malam kau sudah mengenal aku, menarik! Hahaha… aku sudah memberitahu kau bukan? Apa yang aku nak… ialah ajal kamu berempat! Dan sekarang – satu sudah tumpas! Tinggal lagi tiga! Hahaha…!” Lembaga itu ketawa besar; kegembiraannya umpama menang judi.Aku mengetap bibir, air mata masih mengalir – bukan kerana takut, tapi disebabkan gagal pertahankan kawan baik aku.
“Beginilah manusia lemah. Aku pertimbangkan nyawa teman kamu, tapi kau harus bermain denganku!” Aku masih menangis sambil tangan masih di loker puaka. Aku hanya mampu menadah telinga.
“Aku beri kau peluang untuk selamatkan kawan hodoh kau ini. Kalau kau berhasil lari dari tempat aku dengan tempoh 2 hari, aku tidak akan kacau hidup kau dan rakan kau lagi. Dengan syarat, ke semua rakan kau dapat diselamat datang dan pergi dari tempat aku. Jika tidak – selamat datang ke dunia aku. Hahaha…!”
“Ma – macam mana aku nak tahu kau tak tipu aku! Kau jin yang paling penuh dengan penipuan selepas iblis!”
“Hahaha… itu terpulang pada kau! Bukan urusan aku untuk percaya atau tak!”
“…”
“Sudah – esok pintu ini akan terbuka mengikut waktu yang sama seperti hari ini. Dengan itu, aku ucapkan selamat datang awal-awal pada kau! Aku akan tunggu di tempat dudukku. Semoga berjaya manusia lemah! Hahaha…!” Keadaan kembali sunyi, tanda jembalang legam itu sudah pergi, mungkin.Air mata aku masih lagi mengalir deras, masih terbayang wajah Wani yang di dalam ketakutan. Apa yang sudah terjadi dengan Wani sekarang. Aku memeluk kedua kakiku rapat ke dada.
“Wani… kau, kau tunggu aku Wani… aku – datang selamatkan… kau –”
“Wei! Kenapa ni? Asal kau menangis kat depan loker Siti ni!” Aku mendongak, melihat akan bayang hitam yang menyapa aku; air mata turun semakin deras.Bersambung...
Snekpaek:
Tidak! Wani comel kita kena colek dengan lembaga tu. Apa perancangan IRA lepas ni?Jom kita ke bab seterusnya!
Jangan lupa VOTE, like dan share!
YOU ARE READING
A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020
Paranormal🔥Winner Wattys 2020🔥 🔥Best Horror Storys🔥 AWAS! KEPADA YANG LEMAH SEMANGAT! Cerita ini di kisahkan tentang sebuah bangunan asrama yang telah lama dibiarkan akan sebab tertentu. Oleh kerana itu, pelbagai cerita urban dan misteri telah menjadi...