Tengahari, di kantin. Aku menghirup air sejuk di depan meja. Pegangan aku pada cawan lemah, ditambahkan lagi gigilan tangan yang tidak berhenti sejak kejadian mistik yang pertama. Sesekali tertumpah setitik dua air ketika minum - keadaan semakin parah!
“Kau okey ke tak ni Ira? Seram aku tengok kau ni.” Ika disebelahku menongkat dagu; cuba mengerti. Farah pulak bersedia menerima jawapan. Aku hanya termenung melihat air.
Kalau bukan Ika dan Farah yang memujuk dan menyedarkan aku pagi tadi, mungkin aku boleh jadi giler sekarang. Memori tadi menyingah ke kepala aku.
“Wei! Kenapa ni? Asal kau menangis kat depan loker Siti ni!” Ika menyapa aku; aku mendongak. Lampu bilik di buka oleh Farah.
Aku menangis teresak-esak dan terus memeluk Ika, “Wani… Ika. Wani dalam bahaya… Tolong Wani –“
“-Wani? Kenapa dengan Wani? Kau tu okey tak? Kenapa menangis depan loker Siti ni?”
“…”
“Wey – jawab la?” Ika merenung tepat ke wajahku. Aku tetap membisu seperti hari pertama diserang jembalang jahanam itu.
“Wow-wow… dah, cukup-cukup flashback kau. Sekarang ni kau citer, kenapa kau menangis depan loker Siti – pastu Wani mana? Kenapa ngan Wani?” Ika memetik jari di hadapan mata aku berulangkali, membuatkan flashback kena stop kejap. Aku memandangnya lemah. Macam mana nak memulakan cerita pun tak tahu.
“Korang ingat lagi tak pasal papan Ouija yang kita main haritu?” Aku mulakan cerita tentang papan mistik itu sampailah pagi tadi. Ika dan Farah mendengar dengan peka. Tak dibantah, tidak pula bertelagah. Aku bercerita sampailah part Wani, air mata jatuh lagi.“Ni semua salah aku… aku patut tahu lembaga tu datang serang lagi. Aku patut beri amaran kat korang jugak.”
Ika mula mencelah, “Habis tu, kenapa kau tak bagitau awal-awal kat aku? Ni aku geram ni. Aku memanglah tak caya sangat benda tahyul ni, tapi kau cerita – aku kene percaya. Hah, Farah… kau macam mana?”
“Aku follow kau je.” Farah memang senang untuk menerima. Ika menyambung lagi.“Hah, bagus tu Farah. Ira - dah jangan nangis. Aku ngan Farah ade. Kesat air mata tu – malu kat masyarakat.” Aku akur. Semangat kembali dipupuk.
“Tapikan macam kau cerita tadi Ira, aku syak ni mesti keje si Siti-“ Tak sempat Ika nak buat spekulasi, aku terus mencelah.
“-bukan Siti. Aku pun semalam syak dia. Wani pun tahu tu. Tapi… semalam kami tunggu dia kat bilik, tak balik-balik. Tadi waktu kejadian pun takde.”
“Ermm… betul jugak. Tapi pelik, aku dah dua hari tak nampak dia tau.”
“Dua hari?”
“Yelah dua hari. Masa kau kene kacau kali first-time yang tido kat bawah tu pun dia takde jugak.” Kenyataan Ika buat aku terpikir panjang. Pelik jugak, mana Siti dah pergi.
“Alaa… ada la tu dia dok kat bilik member dia yang lain. Kalau kat bilik kita dah la asyik kene marah dengan Ika, kan?”
“Ooo… kau salahkan aku la ni…” Ika mencebik.
“Mungkin la kot. Takpelah kalau macamtu – kita cari cara selamatkan Wani.” Jawapan Farah ada masuk dek akal jugak. Jadi sekarang aku boleh tumpu kat Wani dulu, itu lebih penting.
“So… boleh caya ke kata lembaga tu? Bukak ke pintu dimensi kau cakap tu?” Ika minta kepastian. Dia nampak macam excited pulak. Tak takut ke dia ni? Aku ni menggeletar tak habis lagi.
“Betul atau tak tu kita kira belakang. Kita tunggu je pukul 2 pagi nanti. Farah? Kau macam mana?” Aku menyoal.
“Aku? Macam biasa. Follow je bos aku ni. Tapikan aku ada satu soalan? Kenapa aku ngan Ika tak dengar kau bergelut?”
“Tu sebab aku dah kat dimensi lain,” aku jawab ringkas.
“Itu hari first, kalau macan tadi kau kata lembaga tu buat belaian tapi Wani yang dengar, maknanya Wani yang dekat dimensi lain. Tapi – macam mana kau boleh sedar benda tu? Aku ngan Ika tak?” Soalan Farah dah rupa Spm pulak tapi betul persoalannya. Macam mana eh? Aku memerah otak.
“Senang je tu.” Ika menyampuk. Aku dan Farah memandang serentak ke arah Ika. Bagai tak percaya dia tahu jawapan.
“Tu sebab mungkin Wani sentuh Ira masa tu. So… pendek cerita Wani drag Ira masuk ke dimensi lain sama-sama,” jelas Ika. Aku mengangguk, Farah masih tak berpuas hati.
“Tapikan… kalau Ira ngan Wani dah masuk dimensi lain, kenapa perlu lembaga tu tarik lagi Wani masuk ke loker? Bukan diorang memang dekat dimensi sepatutnya ke?”
“Sebab dimensi ada banyak. Macam channel tv, ada banyak kan? Atau, mungkin suara lembaga sampai ke dimensi pemikiran kita, kalau kita sahut – kita terus di dimensi yang boleh dia capai dengan fizikal. Dan lembaga tu mybe duduk di dimensi yang jauh terpaksa gunakan portal. Dan portal itu adalah loker Siti,” Ika memberi spekulasi. Aku pun terlopong mendengarnya. Tak terlintas untuk berfikir macamtu. Padanlah pandai. Farah mengangguk paham dan jelas.“So… lagi sekali – semua sedia untuk misi menyelamat Wani?” Ika sekali lagi bertanya untuk kepastian. Dia memang nampak teruja yang amat sangat. Aku merasa tak sedap hati tapi mengangguk saja tanda setuju. Wani… tunggu aku!
Bersambung...
Snekpeak:
Nasib baiklah Ika dengan Farah sedia membantu. Kalau tak - mungkin si IRA jadi orang gila agaknya kan.JOM kita ke bab seterusnya!
Jangan lupa tau VOTE, komen dan share. Janganlah jugak ajak kawan kawan yang lain Download wattpad untuk membaca cerita menarik yang lain.
Terbaik!
YOU ARE READING
A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020
Paranormal🔥Winner Wattys 2020🔥 🔥Best Horror Storys🔥 AWAS! KEPADA YANG LEMAH SEMANGAT! Cerita ini di kisahkan tentang sebuah bangunan asrama yang telah lama dibiarkan akan sebab tertentu. Oleh kerana itu, pelbagai cerita urban dan misteri telah menjadi...