BAB 25 : Persiapan Ke Dimensi

684 75 4
                                    


   Pagi. Keadaan aku tidak ceria seperti selalu. Ini semua angkara lembaga durjana yang tidak putus putus menganggu keadaan kami. Sungguh pun cuaca agak baik, ini bukanlah satu petanda yang menggembirakan aku.

   Aku bergerak menuju ke bilik Miss Nurul. Katanya ada hal penting untuk diperkatakan. Tok! Tok! Tok!
  
  “Masuk!” Kedengaran suara Miss Nurul yang lantang dari dalam.
  
  “Ahh… Ira. Sampai pun kamu. Saya lama tau tunggu awak disini sini. Tadi saya suruh budak junior cari dekat kelas, kamu tak hadir. Kenapa ye?” Soalan Miss Nurul buat aku tergumam. Aku memikirkan alasan yang sesuai.
  
  “Tak Miss, saya sakit perut pagi tadi.”
  
  “Owh yaka. Saya bukannya marah dan semesta kamu memang mempunyai kelonggaran untuk tidak hadir ke kelas. Itu pun kerana laporan akhir kamu semua. Ni – kamu sudah okey ke belum? Kalau belum, saya ada ubatnya - nak?”

   “Ehh, takpe Miss. Saya dah okey. Tadi Ika dah bagi pil Chi-kit Teck Aun.”
  
  “Yeke, baguslah. Pil tu memang berkesan, terutama untuk penghadaman,” jelas Miss Nurul. Ya betul, aku setuju dengan pendapat Miss Nurul. Pil tu memang terkenal dengan herba untuk penghadaman.

  Dulu arwah ayah selalu bagi jika aku terkena sakit perut. Nampaknya alasan aku sekurang-kurangnya dapat mengaburkan masalah sebenar dari dihidu oleh Miss Nurul.
  
  “Okey. Sekarang kita back on the top. Saya panggil kamu ni cuma nak bagitahu yang mak kamu masih belom menghubungi saya. Tapi takpe, saya dah fikirkan nanti biar saya saja hantar kamu pulang.”
 
  Aku hanya membuat muka biasa apabila mendengar berita dari Miss Nurul. Mungkin sebabnya fikiran aku bukan di situ untuk masa ni.
  
  “Awak Okey? Ira?” Miss cuba menyedarkan aku dari lamunan.
  
  “S-saya okey Miss. Miss jangan risau. Pasal saya nanti pandai-pandailah saya uruskan.” Aku bersahaja.
  
  “Tapi – saya lihat kamu lain macam hari ni. Kamu betul-betul okey ke?”
  
  “S-saya betul okey Miss. Cuma kurang tidur agaknya.”
  
  “Yeke? Ermm padanlah mata kamu bengkak saya tengok. Macamnilah, kalau ada apa-apa masalah datang saja pada saya. Saya akan tolong apa yang mampu bagi pihak saya. Kamu jangan bersedih macam ni. Tak elok untuk kesihatan kamu.”
  
  Aku hanya mengangguk. Nasib baik alasan boleh diterima pakai. Aku mengundur diri untuk beredar.
  
  “Eh kejap.” Langkah aku terhenti. Aduh, apa lagi Miss Nurul ni? Bentak aku dalam hati.
  
  “Kamu ada jumpa Wani tak?” Hati aku terus berdegup laju. Mampus aku nak menjawab. Takkan nak cakap Wani kena culik dengan jembalang. Tak pasal-pasal ke tanjung rambutan aku dibawanya.

  Aku tak keruan. Nasib saja Miss Nurul berada di belakang, kalau tak kantoi dengan riak wajah aku.
 
  “Ira – saya tanya ni. Awak ada jumpa dengan Wani tak? Kan selalu kamu berdua sentiasa bersama?”
  
  “Wani – saya rasa dia balik rumah dia kejap kot.”
  
  “Balik? Kenapa pulak balik? Kan belom boleh pulang. Masa kamu kat sini berbaki hari ni dengan esok saja kan?” Aduh! Apa pulak aku merepek ni!
  
  “Aaa… dia nak hantar separuh barang dia siap-siap – katanya. Barang dia kan banyak. Lagipun, rumah dia jauh. Saya rasa dia malas nak buat 2 trip esok untuk angkat barang. Hahaha…”
  
  “Ermm… kalau macam tu baiklah. Lagipun, kamu berdua dah hantar laporan – jadi saya tak kisah sangat. Nanti kalau kamu jumpa dia, kata saya ingin berjumpa dengannya.” Fuh! Sekali lagi; lega dapat terlepas.
  
  “Okey Miss, nanti saya sampaikan pesanan. Saya pergi dulu ya Miss.”
  
  “Baiklah.” Aku berlalu pulang ke bilik dengan gegas. Aku perlu lekas berbincang dengan Ika dan Farah tentang misi menyelamat Wani. Kami tak tahu apa yang bakal ditempuhi di dimensi sana. Tapi, apa yang aku dapat rasakan – perjalanan kami bukan mudah.

*   *   *


Malam penantian.
  
  “Ni bukan, ni pun bukan-”
  
  “Kau buat apa tu Ika?” Farah menyoal Ika. Nampak betul semangatnya untuk misi ni.
  
  “Buat apa kau tanya? Packing la… tu pun tak tau lagi ke?”
  
  “Ye aku tau la packing, tapi kita bukan tido sana pun.”
 
  “Haa… tulah kau, baca malas.” Ika berpaling ke arah Farah. Perbuatannya diberhentikan seketika.
  
  “Baca ape?”
  
  “Kat sana, dimensi dia lain - betul? Jadi – masa kat sana pun lain jugaklah. Maybe sini satu jam, persamaan 2 hari kat sana ke – sapa tahu?” Ika mengangkat bahu. Keningnya dinaikkan serentak dengan pertuturan. Farah hanya memerhati.

  Niat hendak dilawan debat Ika tidak kesampaian. Apa boleh buat, sel minda Ika lebih banyak bercantum agaknya.
  
  Aku hanya di tempat tidur, memerhati lagat-lagat mereka. Minda aku pula menjadi kosong - kusut. Sampaikan tak tahu harus berfikir mana satu yang sepatutnya. Tangan aku hanya memegang buku mistik yang aku baca dengan Wani hari tu. Ya betul, aku pinjam dari perpustakaan ketika pulang dari bilik Miss Nurul siang tadi untuk dibuat rujukan.
  
  Setiap helaian aku meneliti serius, mana tahu ada jawapan aku boleh terima. Di dalam buku ini banyak menceritakan tentang peradaban makhluk lain sebelum manusia.
  
  Ada yang menceritakan tentang masyarakat bunian. Ada jugak menceritakan tentang jin yang baik dan sebaliknya. Aku meneliti lagi dan mencari tamadun golongan jin Al-Aruwah, barangkali.
  
  Apa yang aku dapati, haiwan di sana sedikit berlainan dari segi saiz dan rupa bentuk. Ada jugak haiwan yang berkhidmat untuk golongan jahat seperti serigala, ular, dan banyak lagi. Walaupun tak banyak diceritakan tentang golongan yang aku cari, sekurang-kurangnya aku sudah tahu haiwan mana yang tidak memudaratkan kami di sana nanti.

   “Kau baca apa tu Ira? Khusyuk semacam je” Farah beralih pada aku pula selepas malas melayan karenah Ika. Mata aku masih di buku.

   “Takde pape pun – cuma baca pasal dimensi lain je. Berguna jugaklah buku ni. Dan – dari buku ni jugak aku dapat tahu benda yang kita harus teliti.”
  
  “Teliti? Contoh macam mana?”
  
  “Macam jembalang tu punya asal usul.”
 
  “Yeke? Menariknya…”

  “Ye memang menarik pun, dan merbahaya.” Farah menelan ludah. Terkejut agaknya dengan cara jawapan aku.
  
  “Ira! masa kat sana ada tak buku tu bagitau perbezaan waktu macam mana?” Ika pulak menyoal bertujuan mengetahui teorinya itu betul atau tidak.

   “Ada,” jawabku ringkas.

   “So… how?”

   “How apa?”

   “Ish kau ni… teori aku tu betul ke tak?”

   “Betul.” jawab ku ringkas tanda menyampah.

   “Haa… see Farah, aku dah agak dah. Hahaha… aku mang genius!” Ika menyambung packing-nya, kali ni lebih bersemangat dan siap buat list. Bangga la tu. Farah menggeleng dan perlahan menuju ke loker untuk packing jugak apabila terbukti teori itu betul. Aku hanya meneruskan bacaan.
  
  “Eh, kau tak nak packing ke Ira,” Farah menyoal sejurus melihat aku masih leka membaca.
  
  “Tak kot. Aku bawak buku ni pun dah cukup rasanya.”
  
  “Ermm… ikut kaulah.” Farah menyambung kembali mengemas beg. Suasana dalam bilik agak kelam-kabut dengan karenah budak dua orang ni. Kejap ke sana, sekejap ke sini. Haih, pening.

Bersambung...

Snekpeak:
Amboi, semangatnya Ika dengan packing tu. Ira pula rajin dengan telaahnya. Harap diorang semua ni tau apa risiko yang bakal datang menghadapkan. Apalah jadi kat Wani kan.

Jom kita baca bab seterusnya!

KEPADA readers jangan lupa vote, share dan komen untuk kita berinteraksi okey! Terbaik!

Owh ya, kat bab sebelah author sediakan lagi bahagian untuk readers untuk korang share kan cerita atau I'd korang kat sana. Jom sama-sama kita mencari readers dan bertukar cerita!

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now