Pagi yang indah bersertakan bunyi kicauan burung membuatkan cahaya matahari menembusi langsir putih milik Kim Leena.
KRING! KRING! KRING!
"Ah! Bising lah jam ni..." adunya lalu menarik selimut sehingga menutupi seluruh badan. Jam yang menunjukkan sudah terbitnya cahaya matahari di bumi itu langsung tidak menyedarkan wanita itu.
KRING! KRING! KRING!
"Ya tuhan! Apa masala-"
"What! Dah pukul 10 pagi!"
Dengan diri yang tidak terurus wanita itu melihat jam. Matanya membulat besar sehinggakan ternampak riaksi wajahnya yang seakan-akan seperti ternampak hantu.
"Matilah aku! Class dah mula! P-prof! OH NO!!!"
****
Kim Taehyung atau lebih dikenali sebagai SmartProf sering menjadi perbualan oleh seluruh pelajar kolej EDWIN SCIENCE.
Dengan berjaket hitam, berjam tangan bersertakan kasut yang berkilat membuatkan dirinya tampil menjadi seorang pensyarah yang sangat tampan.Tetapi hanya satu sahaja digeruni oleh mereka kerana Prof.Kim ialah prof yang tergarang di kolej itu.Lelaki itu mempunyai begitu ramai peminat tetapi malangnya, dia telah berpunya.
"Selamat pagi SmartProf." Sapa seorang pelajar kolej itu. Kim Taehyung mengangguk bersertakan senyuman dibibir. Dia berjalan lalu memasuki ke dalam sebuah bilik dimana adanya ramai pelajar yang mengambil bidang kefotografian.
"Selamat pagi semua." Ucapnya lalu meletakkan beg hitam di atas kerusi. Semua pelajar yang ada di dalam kelas itu turut bangun untuk menjawab sapaannya.
"Selamat pagi SmartProf." Ucap mereka serentak. Setelah itu, mereka kembali duduk diatas kerusi yang telah disediakan untuk setiap orang.
"Baiklah, sekarang saya nak tanya assignment saya dah siap ke?" Soalnya sambil menyandarkan diri di meja berwarna coklat itu.
"Dah Prof. Kena hantar sekarang ke?"
"Emmm its okay, nanti saya kutip. Now, saya nak kamu semua beri tumpuan untuk next projek. Projek terbaru kita ialah tentang negara. Saya akan hantarkan setiap wakil dari setiap unit untuk pergi ke Paris."
Ujarnya dengan senyuman. Tangannya terus disilangkan dengan wajah yang berseri-seri. Dia tahu bahawa sudah pastinya ramai pelajar akan suka tentang perkara itu.
"Wah! Betul ke ni prof?!! Ahh! Saya nak pergi!" Ujar pelajar lelaki dari unit A. Kim Taehyung mengangguk atas dasar benar dan kemudian lelaki itu menggeleng.
"Tak boleh, saya akan hantarkan ketua kamu sahaja. Kalau dia tak nak pergi, baru kamu boleh gantikan tempat dia. But for now, dia memang kena pergi. Kan, Leen-"
"Eh jap, mana Leena?" Tanyanya lalu menjengukkan kepala ke atas sedikit. Sekarang, semua pelajar turut memandang ke arah sebuah meja yang kosong itu.
"Selamat pagi prof, sorry saya lambat." Sergah seorang wanita dengan nafas yang tercungap-cungap. Kim Taehyung yang tadi memandang tempat kosong itu terus memandang ke arah tepinya. Berkerut dahi lelaki itu apabila melihat gelarannya itu.
"Emm kamu dari mana? Berpeluh bagai ni?" Soalnya sambil menyilangkan tangan.
"Saya...saya... saya terbangun lewat. Maafkan saya prof, saya janji tak buat lagi." Kedua tapak tangannya dicantumkan sambil memohon maaf kepada lelaki itu.
"Kamu buat apa sampai bangun lewat?"
"Saya buat assignment yang prof bagi tu. Sorry prof." Ujarnya semula dengan muka yang penuh simpati. Kim Taehyung menggelengkan kepalanya sambil menghelakan nafas.
YOU ARE READING
My Encik SmartProf. KTH
Fanfiction"Nah SmartProf, saya dah siapkan assignment haritu." - Kim Leena "Siapa SmartProf? Saya ni suami awak tahu?" - Prof. Kim Start : 18/7/2018 End : (11/9/2018) Bersemut? Hahaha of course ada tapi tak adalah melebih. Sweet, sweet macam tu aje. Enjoy...