BAB 5

4.7K 116 0
                                    

Ruang tamu dan luar rumah rumah sudah pun dipenuhi oleh sanak saudara yang datang untuk meraikan majlis perkahwinan di antara Sofiea dan Adam.

Begitu meriah diluar sana bagi menyambut ketibaan pengantin baru sebentar lagi.

Tetapi tidak semeriah bagi insan yang berada di dalam bilik saat ini. Sofiea.

"Kenapa dengan aku ni? Aku sepatutnya gembira dan bahagia", aku berkata-kata dalam hati.

Muka aku yang sedang di solek oleh mak andam saat ni tidak aku hiraukan.

Aku menadah saja mukaku kepadanya.

"Hishyy,, kenapalah muka pengantin baru ni monyok  je..sepatutnya orang pengantin baru ni manis je, darah manis la katakan,

gurau mak andam yang sedang touch up Sofiea ketika ini.

Aku hanya mampu tersenyum hambar saja mendengar gurauannya.

Aku sendiri tidak pasti dengan perasaan ku saat ini.

Sedih,gembira,takut dan bersyukur semua bercampur sekali dalam hatiku saat ini.

"Biasalah, nervous la tu nak menempuh malam nanti...hahahahaa,"

kakak ku yang berada di sebelahku menyahut sambil menyakatku.

Semua yang berada di dalam bilik ketika ini, tergelak kecil mendengar gurauan nakal kakakku.

"Adoii la akak,kenapalah dalam banyak-banyak topik, gurauan yang nakal ni jugak yang kau nak cakap hah?

Aku mengomel dalam hati.

"Hahh..Hanim kamu jangan nak duk sakat si Sofi ni, kamu jangan lupa kamu pun macam ni jugak masa kamu kamu kahwin dulu.

Mak teh Tipah membela Sofi.

"Hahahaha..semua yang berada di situ tergelak kecil saat mendengar Mak teh Tipah pula yang menyakat Hanim..

"Ala Mak Teh janganlah nak bukak cerita dulu-dulu pulak,malu la Anim,kakakku mula membuat muka merajuknya kepada Mak teh disebelahnya.

"Ouhh tau malu, yang dok menyakat orang tu ingat orang tu tak malu ,tengok si Sofi tu dah merah muka dia.kesian dia.

Marah Mak teh lagi dengan nada bergurau kepada anak sedaranya yang kuat sungguh menyakat adiknya.

"Ala kasi la chance sikit nak sakat pengantin baru ni..bukan selalu pun, jarang dapat peluang macam ni. Mak teh ni tak sporting la..

Hanim menarik muka masamnya seolah marah dengan ibu saudara yamg sorang ini.

"Selalu tak selalu, tu dia anak kamu tu dah melalak dekat luar tu asyik duk sibuk nak kacau orang.

Dah pergi sana tengok anak kamu tu.

Arah Mak Teh lagi.

"Sayangg, tengok Alif ni dari tadi merengek,saya dah tak tahu nak buat macam mana ni..abang Syah sudah berada di tepi pintu memanggil isterinya untuk mengambil anaknya yang sedang menangis ketika ini.

"Ala awak ni, anak sorang tu pun tak boleh nak handle, saya baru nak sembang kejap,

omel Hanim sambil menapak mengambil Alif yang berada di dukungan suaminya.

"Manalah saya tahu nak buat macam mana puas dah saya pujuk ,dia still tak nak berenti menangis lagi, abang Syah membela diri

"Awak ni memang la. Tak boleh nak diharapkan betul la..Baru jaga sorang belum lagi ramai. Buat anak pandai pulak.

Hanim sedang bersyarah dengan suaminya ketika ini..

Abang Syah yang mendengar bebelan isterinya hanya tergaru-garu sahaja kepalanya..

En Doktor VS Cik NurseWhere stories live. Discover now