Aku keluar dari toilet dan ternampak seorang doktor lelaki dan beberapa jururawat berlari ke arah bilik yang menempatkan Izyani .
Izyani ?
Kaki laju mengorak lamgkah masuk ke bilik Izyani tapi niatku terbantut apabila seorang jururawat menghalang aku untuk meneruskan langkahku .
"Maaf ... Tapi tengku tak boleh masuk dulu sebab doktor tengah buat pemeriksaan pada pesakit . "
Aku hanya mampu akur . Aku tak nak lah disebabkan aku , pemeriksaan doktor terganggu .
Aku mengambil tempat di kerusi yang berdekatan . Mata aku ligat memandang ke arah dada skrin Iphoneku yang memaparkan gambar aku bersama Izyani .
Aku tersenyum ... Entah tersenyum hambar barangkali .
Fikiranku memainkan kembali momen-momen indahku bersama Izyani sebelum aku tersentak apabila pintu bilik yang menempatkan Izyani terkuak dan terjegul muka doktor lelaki .
Aku merapati doktor tu dengan senyuman ikhlas .
"Kenapa dengan tunang saya , doktor ?" Aku menanya dengan nada yang teratur .
"Hmmm . Macam ni , Alhamdulillah , Pesakit dah melepasi tahap kritikal . Tunang tengku dah menunjukkan perkembangan yang positif ." Doktor tu tersenyum senang .
Aku ?
Aku pula masih blur dan keningku berkerut .
"Maksud doktor ?"
"Ok macam ni . Kan saya pernah kata sebelum ni , beberapa tanda-tanda positif daripada pesakit . Antara salah satunya , pesakit mengalirkan air mata . Sama macam tunang Tengku . Saya rasa , Tengku ada kata sesuatu yang buat pesakit bertindak balas dan mengalirkan air mata . Kita hanya tunggu tunang tengku bangun ye ? Kita serahkan ja semua pada Allah swt . InshaAllah semuanya akan baik-baik sahaja . " Dia menepuk-nepuk bahuku lembut .
Aku senyum gembira .
"Terima kasih banyak-banyak doktor . Saya tak perasan pula tunang saya menangis tadi . "
"Sama-sama . Jangan lupa untuk sentiasa ucapkan kata semangat kepada tunang tengku . InshaAllah , tunang tengku akan bangun dalam masa yang terdekat . Saya minta diri dulu . " Aku mengangukkan kepala dan menapak masuk ke bilik Izyani .
Aku duduk di kerusi yang di sediakan .
"Awak nangis ke tadi ? Maaflah , Akmal tak perasan . "
Aku mendail nombor mama dan memberitahu keadaan Izyani . Aku pun tak lupa menyuruh mama untuk memberitahu berita gembira ni kepada ayah, walid dan umi .
Mesti diorang pun gembira .
💨🍃
Masuk hari ni , sudah dua hari Izyani sedarkan diri . Macam yang aku nak , aku jadi orang pertama yang Izyani nampak bila dia celikkan mata .
Tapi .....
Aku sedih wehhh . Dia langsung tak nak pandang aku lagi-lagi bercakap dengan aku .
Bila dia nampak je aku , dia belakangkan aku oii . Tau tak perasaan tu macam mana ?
Kau tak tahuu ...
Aku je tahuu . Sebab aku yang lalui semua ni .
( Eh .... Teremosi pulaaa )
Aku dah cuba bercakap dengan dia ....
Tapi .... Aku kena 'bluetick' weyy .
YOU ARE READING
RAPUH
Storie breviIlham dari lagu 'Rapuh' Short story ●●●●●●● 100% dari kepala hotak author . Sebarang persamaan tidak diSENGAJAKAN