Dahi Kyung dikucup lembut oleh Min Hee. Kyung bergerak sedikit. Mungkin terasa tidurnya diganggu. Perlahan dia membuka mata.
"Kyung! Good morning!" sapa Yuki ceria. Kyung tersenyum kecil sebelum matanya terbeliak.
"Arh makcik Kyung dah lambat pergi sekolah!" jerit Kyung gelisah. Min Hee ketawa lalu mengangkat keningnya.
"Ingatkan dah lupa sekolah tu." perli Min Hee. Kyung memandangnya tajam.
"Pergila mandi cepat pastu makcik hantar kau gi sekolah." arah Min Hee.
"Sempat ke? Baju pulak?" soal Kyung dengan nada yang dah putus harapan.
"Kau lupa ke makcik ni racer terhandal Korea? Pasal baju, awal-awal pagi papa kau dah hantarkan sebab dia tahu anak dia mesti nak pergi sekolah. Petang ni dia datang sini. Hah dah malas nak bebel. Pergi mandi!!" arah Min Hee kedua kalinya dengan tegas.
Min Hee turun ke tingkat bawah bagi menyiapkan sarapan.
"Mama, Yuki nak tolong!" Yuki segera turun dari kerusi dan membantu Min Hee mengangkat pinggan.
Setelah beberapa minit Kyung turun dengan siap berpakaian sekolahnya cuma rambut yang masih belum disikat itu buatkan Min Hee tersenyum kecil.
"Duduk sini breakfast dulu." panggil Min Hee. Kyung menurut. Nasi goreng dicedok kedalam pinggannya.
"Ma.. Yuki pun nak pergi sekolah jugak." ujar Yuki seraya meletakkan sudu. Yuki sering ponteng sebab sakit yang dia hadapi. Sejak ibubapanya tiada dan dia berada di hospital, rasanya sudah 2 bulan dia tidak ke sekolah. Pelajarannya tergendala.
Min Hee terdiam. Bukan tidak tahu keperluan Yuki untuk ke sekolah belajar seperti kanak-kanak sebayanya namun Min Hee lebih mengambil berat tentang penyakit Yuki.
"Nanti mama fikirkan untuk daftar Yuki ya? Tapi sebelum tu Yuki kena betul-betul sihat dan tak boleh lambat makan ubat." beritahu Min Hee sambil mengusap kepala Yuki.
"Betul ke? Yeah! Yuki boleh pergi sekolah lagi!!" sorak Yuki gembira.
"Tapi bosanla Kyung takde." Yuki memuncungkan bibirnya.
"Alah takpe Yuki! Kyung janji balik nanti Kyung cerita macam-macam pasal sekolah!" pujuk Kyung.
"Janji?" Yuki melihatnya dengan penuh pengharapan.
"Janji!" balas Kyung bersungguh-sungguh.
"Dah-dah makan. Kang lagi lambat." tegur Min Hee.
✿✿✿✿✿✿✿
Suara riuh-rendah diruang tamu memecahkan kesunyian rumah. Seronok Yuki dan Kyung bergelak ketawa sambil melukis. Entah apa yang dilukis Min Hee tidak tahu. Sibuk didapur dengan kek chocolate moist dia tuh.
Kedengaran bunyi loceng pintu ditekan. Min Hee menjenguk kearah ruang tamu. Hoseok. Bila ya kali terakhir jumpa Hoseok? Eh bukan ke pagi tadi dah jumpa?
"Pakcik siapa?" tanya Yuki memandangnya dia yang bukakan pintu.
Rambut Yuki sengaja dikusutkan.
"Papa Kyung." jawab Hoseok dengan senyuman manis.
Jung Hoseok, manusia ciptaan Tuhan yang murah dengan senyuman. Buatkan hati sesiapa saja tertawan. Termasuk hati Park Min Hee. Eh?
Kyung tercengang. Rindu? Dah tentu. Tapi takut. Takut papa marah. Takut papa benci. Takut takut.
Sepantas kilat pipi Kyung dicalit sedikit krim. Kyung terkejut manakala Min Hee tersengit tanpa rasa bersalah.
"Pergila. Tak rindu papa ke?" kata Min Hee.
Kyung menunduk dan tak semena dia terus berlari kearah Hoseok. Dipeluk erat kaki papanya. Halah pendek ni. Hoseok mendukung tubuh kecil Kyung lalu pipi gebunya dicium berkali-kali. Sekali dengan krim kek tadi pun kena.
"Papa maafkan Kyung." leher papanya dipeluk erat. Seerat mungkin.
"Emmm Kyung tak salah. Papa yang patut minta maaf. Maafkan papa." esakkan kecil dari Hoseok kedengaran.
"Heh macam budak." sakat Min Hee. Yuki mengangguk setuju.
"Ouh ya kamu siapa?" soal Hoseok sambil meleraikan pelukan.
"Yuki!"
"Anak saya." kata Min Hee selamba.
"Ouh.. EHhhh?!?" mata Hoseok membulat tidak percaya.
"Hahaha muka pakcik kalau terkejut lawak la!" ejek Yuki. Amboi kau. Ikut jejak Min Hee sungguh.
"Sekarang awak nak bawak balik Kyung ke?" Min Hee menyoal.
"Haah. Tapikan.." ayat Hoseok terhenti.
"Tapikan?" Min Hee mengangkat kening kirinya.
"Tapikan lagi bagus kalau saya boleh bawak awak balik sekali." Hoseok tersenyum nakal sambil mengenyitkan mata.
"Hoseok. Sila masuk dalam kubur secepat yang boleh." balas Min Hee dengan nada menyampah.
Cuma wajah gementarnya cuba disorokkan sebaik mungkin. Entah mengapa sejak dia memarahi Hoseok tempoh hari buatkan dia masih marah namun kenapa terselit suatu rasa yang aneh. Rasa macam.. rindu? Selama dia berada di hospital selama itulah dia berharap yang Jung Hoseok akan datang melawatnya namun hampa. Langsung tiada. Kenapa? Sebab Min Hee sendiri yang halau Hoseok dan menyuruh Hoseok agar tidak melawatnya. Nah. Kenapa kau sibuk nak ternanti orang yang kau halau? Orang yang kau terasa benci?
Gila. Park Min Hee betul-betul dah gila. Gila sebab rindu Hoseok. Gila sebab rindu suami orang.

YOU ARE READING
[C] Mama || 정호석
Fiksi PenggemarKisah kita tersimpan rahsia dan terkandung segala serpihan duka. Kisah kita bagaikan suatu jampi, yang cukup memukau. Sayang, dapatkah kita bersatu? p/s: Untuk sayangku yang comel, Jung Hoseok❤