[ BIAR HATI BERBICARA ]
PANG!!!!!
Bagai sambaran halilitar menusuk tepat kedalam dada apabila melihat foto-foto bertaburan diatas permukaan lantai rumah. Malam yang tua semakin panjang waktunya.
Hafas terasa terhenti dan nadi tidak mampu berfungsi. Wajah pucat bagai tiada darah, jika ditoreh langsung tidak mengalirkan percikan cecair merah.
Naura masih terdiam dihadapan suaminya yang sedang dibelenggu kemarahan menguasai diri. Seakan ada suatu suara berbisik-bisik ditelinga mengatakan kecurangan isterinya.
"Apa semua ini Naura?!" Tersentak dalam kekusutan dan ketakutan. Bibir mengeletar menahan dengusan nafas yang tidak keharuan.
"Semua ni fitnah-"
"Fitnah?! Aku nampak dengan mata kepala aku. Kau kata fitnah?!!" Naura mati mata apabila ucapannya dicelah dengan ledakan suara dari figura Danish yang sedang berdiri dihadapannya.
"Semua itu tak betul abang.. Naura boleh jelaskan-"
"Jelaskan?! Tak payah! Kau kata nak keluar sebab urusan kerja rupanya kau pergi jumpa kekasih lama?! Itukan yang sebenar-benarnya?!" Nada suara Danish naik sarkastik.
Renungan anak mata seakan memanah tepat ke arah Naura. Kaset ingatan bagai diulang tayang akan kejadian yang baharu sahaja dia saksikan.
Kini hanya kedengaran lantunan suara cengkerik mengerik diluar rumah. Naura dan Danish masing-masing tergumam tanpa kata.
Sungguh hati Naura terluka, dia langsung tidak mengetahui apa yang telah terjadi. Bagaimana mungkin dia melakukan perkara terkutuk itu seperti didalam foto dihadapannya tika ini. Mustahil semua itu terjadi!
"Abang.. Naura tak buat semua itu, ye.. memang Naura tipu abang.. Naura minta maaf.. Naura cuma nak tahu hal sebenar tentang hubungan abang dengan Fiona..."
"Hubungan aku dengan Fiona? Apa yang kau merepek ni?" Sinis suara terdengar dengan senyuman singit menutup kekhilafan.
"Naura tahu Abang dengan Fiona dah..."
"Dah bersama semula?? Jadi sebab tu kau berhubungan dengan Hendry? Bukan begitu ke Naura?" Sindiran yang diberikan bagai sebuah tusukan.
Naura terpinga-pinga dan kini tiada daya untuk mengatakan apa-apa. Terdiam membisu menatap wajah hingga mata terlupa untuk berkerdip walau cuma untuk seketika.
"Sejauh itu ke fikiran abang selama ini tentang Naura? Hina sangat ke Naura ni dimata abang?" Kesedihan menyelinap masuk kedalam hati Naura. Bagai tidak putus empangan mencurahkan airmata.
Lelah dan lemah tidak bermaya, disangkakan sinar terang menyuluh istana yang dibina rupanya kegelapan turut mengekori mereka berdua.
"Aku tak nak dengar penjelasan kau lagi. Kau kemas barang-barang kau. Kau keluar dari rumah ini sekarang"
Berdentum hati Naura mendengar ungkapan dari suaminya. Hati menjerit kesakitan hanya terdiam terbungkam merenung anak mata yang seakan mencengkam.
Naura membuka langkah, dia menyerah untuk menerangkan kekalutan yang melanda. Mana mungkin Danish mahu mempercayainya, dia sudah masak dengan tingkah suaminya yang tidak pernah merobohkan silap angkuh dan keegoan tinggi mencecah dunia.
Hentakkan kaki tidak bermaya, terasa setiap langkah tertatih mencari cebisan hati yang telah hancur berkecaian.
"Mama...." suara kecil milik kedua anak kembarnya mencuri tumpuan Naura dan Danish serta merta. Baharu sahaja Naura mendekati anaknya terlebih dahulu Danish mencegah.
"Anak-anak ikut aku. Kau boleh pergi"
"Awak tak boleh buat saya macam ni!" Emosi kesabaran Naura sudah habis
Batasnya. Konflik melanda mereka bakal berpanjangan jika melibatkan anak yang masih tidak mengerti apa-apa."Aku kata pergi! Pergi!!!"
"Danish!! Kamu tak boleh bertindak meluluh kepada Naura, boleh jadi semua ini fitnah.. Ayah dan bonda baru dengan khabar dari Kakak Hendry. Apa semua ni?!"
Ayah Danish sudah berdiri dihadapan rumah, Julung-julung kalinya dia turun padang menyelesaikan konflik rumahtangga anaknya. Dia tidak mahu hal yang sama bakal terulang semula.
"Fitnah apa ayah? Danish nampak sendiri apa dia buat dengan Hendry. Lagi nak nafikan?!"
Haney menuruni anak tangga, dia mendekati anak buahnya. Cukuplah dia mematungkan diri sejak Danish dan Naura bertengkar sebenar tadi.
"Danish.. maaf kalau Haney mencelah tapi rasanya semua ni rencana Hendry dan Fiona.."
YOU ARE READING
BIAR HATI BERBICARA [ ✔ ]
RomanceRanking 14 in romance (5/6/18) thnk you so much 💟 Bila bibir terbungkam sukar untuk melafazkan kata. Ditambahkan hati bersangkarkan keegoan di dada. Kehilangan sebuah cinta membuatnya terpinga, terkaku seketika mengejar bayangan yang kian sirna. D...