●RAPUH-END-●

229 11 0
                                    

Pejam celik , pejam celik . Hari ni , aku dan Izyani bertemu di jinjang pelamin .

Setelah pelbagai onar dan duri yang telah kami tempuhi , akhirnya kami jadi raja sehari .

Izyani pun dah sembuh sepenuhnya sama macam hubungan kami yang semakin lama , semakin erat dan bergula ?

Sweet habis tho ..

Korang nak tahu fasal Roselie ?

Roselie ? Roselie pun dah kahwin . Dia mengandungkan anak lelaki yang aku nampak kat cafe dulu . Lepas je lima hari kejadian di mana aku tengkin Roselie , diorang pun kahwin . Dia pun dah minta maaf dekat aku dan Izyani . Alhamdulillah .  Izyani dah tahu semua cerita sebenar dari mulut Roselie sendiri .

Putri ? Putri pula dah tunang dah dengan doktor yang rawat Izyani kat hospital . Aku pun tak tahu lah jalan cerita cinta diorang ni . Yang aku tahu , cinta pandang pertama . Mungkin masa Putri pergi jenguk Izyani kat hospital kot . Aku tahu pun masa aku ternampak diorang dating dekat restaurant Seafood hari tu . Siap dengar perbualan diorang lagi . Sweet sangat oi . Semut pun dengar ala yang diorang bualkan . Harap-harap doktor lelaki tu bukan lah macam lelaki-lelaki yang 'bermulut manis' kan ?

Aku ? Yaa ... macam yang aku katakan . Aku kan dah nak kahwin harini . Ramai gila orang .

Alhamdulillah , Izyani bukan lah jenis perempuan yang nak glamour sangat . Dia just memang simple and aku suka gaya dia . That's why aku sayang dia sangat-sangat dan ketart-ketart . Ehh ?

Pehal aku tetiba jadi gedik . Choiii .

Aku pandang 'Hati' aku yang duduk kat sebelah .

Awww . Cantiknya ciptaan Allah .

"Apa pandang-pandang" Izyani memandang ku sambil menjegilkan matanya .

"Salah ke nak pandang bakal isteri sendiri ? Awak nak Akmal pandang siapa ? Perempuan tu ?" Tangan aku tunjukkan ke arah seorang gadis berbaju merah , rambut paras pinggang yang tengah berbual-bual dengan seorang lelaki .

"Jangan nak mengada erk ."

"Hehe . Akmal gurau je lah . Buat apa , Akmal nak pandang orang yang jauh di sana kalau dah ada 'Hati' Akmal kat sini ."

Izyani tertawa kecil .

"Kan , Akmal pernah janji dulu nak setia dengan sayang ? Akmal takkan langgar janji tu lagi macam ......" Aku tak mampu teruskan ayat yang aku nak kata apabila kenangan pahit mula menerjah kembali di ingatan .

Izyani mengenggam erat tanganku .

Dah halal ok ?

"Awak tak perlu ingat benda tu lagi . Buang yang keruh ambil yang jernih je ok ?"

Aku senyum bahagia ke arahnya lalu mencuit hidungnya .

Kami tergelak kecil + bahagia .

Klik ! Klik ! Klik !

Kami serentak memandang ke arah cahaya camera yang menangkap gambar kami berdua .

Aku tersenyum . Aku bahagia saat ini .

Aku tak dapat nak gambarkan lerasaan aku masa ni .

' Ya Allah . Berkati lah hubungan kami sebagai suami isteri . Kuatkan lah semangat kami  untuk menempuh pelbagai dugaan berumah tangga . Sesungguhnya aku rapuh tanpa sokongan darinya . Aku juga harap hubungan Tengku Akmal bin Tengku Ayman dan Nur Izyani Amira binti Haji Mansur akan kekal hingga ke jannahmu . Amin ..'

___Tamat___

'RAPUH' dah tamat .

Terima kasih kepada semua pembaca yang sentiasa setia .

Even silent reader .

Minta maaf jikalau ada terkasar bahasa dan menyinggung perasaan semua .

Typo ? Mesti ada typo dalam story ni . Nanti saya ada masa saya perbaiki segala typo yang menyemak . Ok ?

Dan minta maaf jika story ni banyak kekurangannya . Saya penulis yang baru belajar  .

Saya tak pandai nak buat

Momen-momen sweet ni . Hahah .

Lepas pt3 , InshaAllah akan disusuli dengan story-story yang lain .

Terima Kasih .

Wish Me Luck guyss . For pt3 .

RAPUH Where stories live. Discover now