Kirana seorang gadis yang cantik. Begitu cekap dalam menguruskan pekerjaan dalam rumah seperti memasak dan mencuci pakaian. Dia tidak pernah membenci ibunya walaupun dia dibebani dengan banyak kerja. Kedua saudaranya juga tidak menganggapinya malah menjadikan dia pembantu rumah. Ibunya, Puan Marlina juga tidak pernah mempedulikan dirinya. Dia sering menangis kerana terlalu penat. Seringkali juga Kirana disuruh tidur di luar rumah jika pekerjaan rumah tidak selesai. Namun, menginjak ke alam dewasa Kirana sudah lali dengan itu semua.
" Kirana nanti kamu cuci pakaian Lexsa sama Lidya .. Terus sediakan makan tengah hari.. Jangan lupa pergi pasar beli sayur dan ikan .. Saya ke rumah teman saya dulu. Ada keperluan.. Faham apa yang saya suruh kan ? ~ Puan Marlina
" Iya.. saya faham ibu." ~ Kirana
"Saya jalan dulu.. Awas ya kalau saya balik nanti belum ada makanan tengah hari. Kamu tidak boleh makan untuk hari ini. " Puan Marlina
Kirana hanya menghantar pandangan ke arah ibunya yang semakin jauh. Dia mengeluh kepenatan. Dia mula memasak nasi dan mengggoreng ikan serta sayur kailan masak ikan masin untuk tengah hari nanti. Setelah selesai memasak, Kirana mula membilas pakaian yang sudah direndam dan memasukkannya di mesin basuh. Pekerjaan yang disuruh oleh ibunya selesai tepat tengah hari. Dia terduduk kelelahan di atas sofa di ruang tamu.
" Mungkin sekejap lagi ibu pulang. Lexsa dan Lidya juga pasti pulang dari rumah teman mereka. Lebih baik saya ke belakang rumah dulu untuk melihat bunga-bunga yang ditanam ibu." Lalu Kirana mula mengorak langkah ke belakang rumahnya. Dia melihat bunga-bunga tanaman ibunya tumbuh dengan subur dan cantik sekali. Dia memetik sekuntum bunga mawar dan menghidunya. " Sungguh wangi sekali bau mawar ini.. Menenangkan sungguh hatiku.."
Tidak lama kemudian, " Kirana ohh Kirana.. Manalah budak ni? Ishhh... pekak agaknya.. Memanaskan hati ku saja budak Kirana ni." Dengan terkocoh-kocoh Kirana datang. " Maaf ibu, Kirana ke belakang tadi .. tengok-tengok bunga yang ibu tanam. Cantik sangat bu.."
YOU ARE READING
Adakah Cinta Hanya Sebuah Mimpi
RomanceKerana sebuah dendam yang begitu membara dalam hatinya, Marlina telah menculik anak seorang ahli perniagaan yang berjaya iaitu Datuk Fayyad Harraz. Anak itu diberi nama Kirana yang bermaksud "Sentiasa mengharapkan cinta". Kirana tumbuh menjadi seora...