Ricky Wayner
Saya terkejut masa Sophie bagitahu yang sebenarnya kami ada anak bersama. Tiga tahun berlalu kenapa Sophie rahsiakan perkara yang begitu penting sama saya. Saya mahu marah pun susah. Saya betul-betul kecewa sama Sophie sebab tu saya rasa lebih baik kami terus balik hotel daripada berada dalam gerabak Ferris Wheel.
Sengaja saya mahu tidur awal padahal saya mahu mengelak dari Sophie. Saya takut tidak dapat control feeling saya. Sepanjang malam saya berfikir sampai tidak dapat tidur. Bagaimanalah rupa anak saya? Mula sudah saya terbayang-bayang muka anaknya bila kena gabung muka Sophie dan saya. Hehehe.. Mesti anak kami comelkan. Bapanya handsome dan mamanya cantik.
Yang bikin saya sedih bila teringat dia lahir dan saya tidak ada di sana. Saya tiada langsung peluang untuk menjaga dia sewaktu dia baby. Lagi kesian dia tidak tahu siapa bapa dia yang sebenar dan paling teruk dia tidak dapat rasa kasih sayang seorang bapa. Begitu kejam kah saya dulu sampai Sophie sanggup rahsiakan hal ini? Keluar air mata saya tanpa saya sedari.
Awal pagi sengaja saya awal bangun keluar dari bilik. Saya mahu kac refresh dulu otak saya. Saya perlukan masa untuk berhadapan dengan Sophie nanti. Sebelum keluar saya sediakan sarapan untuk Sophie. Walaupun saya marah dan kecewa dengan dia tapi saya tetap sayang dia lagi. Lebih2 lagi kami ada anak bersama sekarang. Mana mungkin saya akan lepaskan dia pergi.
Saya minta driver hotel hantar saya pergi Central World (Shopping Complex). Tujuan saya ke sana sebab mahu beli baju untuk majlis grand opening hotel kami besok. Harap masa shopping tu tenang sikit fikiran saya.
Sampai di mall, driver saya ikut sama-sama dengan saya. Saya pergi butik Burberry untuk beli baju saya. Sudah tu, saya pergi makan sama dengan driver saya. Champion juga driver saya ne speaking English. Senang sikit kami mahu bercerita. On the way balik, kami terlimpas satu kedai jual pakaian dan barang mainan budak. Boleh tahan besar ne kedai. Banyak pilihan. Automatic kaki saya melangkah masuk ke dalam. Saya rasa macam mahu beli sesuatu untuk anak saya sendiri. Rasa pelik tiba-tiba bergelar seorang bapa. Hehehe..
Nanti balik hotel saya mahu Sophie kac tunjuk gambar anak saya. Kalau ikutkan apa yang Sophie bagitahu saya semalam, anak saya tu seorang perempuan. Oleh kerana tidak tahu size badan dia, saya buat keputusan untuk beli patung barbie dan barang mainan yang budak perempuan suka main. Yang ne saya minta pekerja di sana yang pilihkan untuk saya.
Boleh dikatakan hampir separuh kedai ne saya borong barang mainan dia. Hahaha.. Asal saya nampak cute saya beli. Gembira pekerja kedai di situ tapi driver saya yang kesian. Terpaksa 2 kali dia ulang alik simpan barang pergi kereta. Saya suruh dia tunggu saya dalam kereta sebab ada barang lagi yang saya mahu beli.
Saya plan malam ne mahu keluar makan dengan Sophie. Saya mahu ambil hati Sophie. Saya patut minta maaf sama dia sebab saya tidak patut buat begitu semalam. Dia sudah banyak menderita dan sanggup jaga anak saya dengan baik. Senyum-senyum saya masa limpas kedai bunga. Saya suruh bungkus cantik-cantik bunga rose warna pink 30 kuntum. Sudah tu, saya masuk satu kedai jual barang kemas. Memang ne kedai terkenal di Bangkok.
Tujuan saya mahu membeli sebuah cincin untuk Sophie. Saya mahu buat kejutan untuk Sophie pada besoknya di malam upacara perasmian hotel saya. Kedai disini menyimpan koleksi barang kemas yang sangat jarang dijual di mana-mana kedai diluar sana. Bila sudah jumpa cincin yang sesuai terus saya beli. Harap Sophie suka. Cincin yang pernah saya bagi dulu mungkin dia buang sudah kan. Ne kali harap dia terima lamaran saya untuk kali kedua walaupun dia sudah menjadi isteri saya.
Masa tunggu cincin tu dibungkus, mata saya terpandang satu utas rantai dalam almari kaca. Kena tulis sana special edition custom made 'A Heritage in Bloom'. Boleh tahan cantik ne rantai. Berlian mix dengan batu jade. Saya panggil pekerja di sana dan minta dia keluarkan dari almari kaca. Saya mahu tengok dengan lebih dekat. Specialnya ne rantai, saya kena bawa masuk dalam satu bilik. Rantai tu kena letak di atas meja dengan beralaskan kain baldu dibawanya. Saya kena suruh pakai sarung tangan sekiranya ingin menyentuh rantai itu.
YOU ARE READING
Hardest Time.. Completed.. 😊
RomanceDendam boleh membuatkan diri seseorang berubah. Kekadang menyebabkan orang tidak bersalah turut menerima kesan sampingan. Begitu lah yang terjadi kepada Sophie Yana. Peristiwa hitam yang terjadi telah mengubah hidupnya 100%. Dia cuma berusia 16 tah...