Masa berlalu begitu pantas sekali.
Tanpa disedari juga, sudah enam bulan juga kami menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri.
Insan yang berada disebelah ku tenung tanpa sebarang perasaan. Begitu nyenyak tidurnya seperti bayi saja.
Selama tempoh perkahwinan kami ini sedikit sebanyak aku sudah agak memahami sikapnya dan cara hidupnya serba sedikit.
Lelaki yang berada disebelahku ini seorang ini seorang lelaki yang begitu bertanggungjawab tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Sikapnya yang tenang tidak pernah menunjukkan perasaannya yang sebenar jugalah yang membuatkan aku begitu risau sehinggakan ke hari ini.
Sepanjang tempoh perkahwinan ini jugalah aku belajar dan masih sehingga kini belajar untuk menjadi isteri yang terbaik untuknya.
"Awak bangun saya nak pergi kerja dulu ni". Sofiea mengerakkan tubuhnya sedikit.
"Awakk! Aku menaikkan sedikit nada suaraku apabila melihat tiada ura-ura dia mahu buka mata apatahlagi bangun.
"Awak nak tangan awakkk,mintaku lagi, lantas tangan Adam yang sedang memeluk bantal dicapai sebelum di cium lembut.
Begitulah rutinku selama enam bulan menjadi isterinya. Selalunya aku akan mencium tangan ibu dan ayah namun kini semua kebiasaan itu berubah.
"Baju kerja awak saya dah iron letak dekat dalam almari nanti awak ambik je, breakfast pun saya dah buat nanti awak makan la yer" pesanku lagi.
Ku pusingkan badanku untuk megambil telefon yang berada di atas meja solek..
Tersentak aku apabila pergelangan tanganku dicapai lembut oleh Adam yang masih lagi diatas katil.
Matanya juga masih dipejamkan. Seperti mamai lagaknya.
"Sofiea esok u shif pagi ke malam? Dia bertanya lalu bangun perlahan bersila diatas katil.
"Esok saya shif malam,kenapa?
Sofiea bertanya laju agak pelik dengan soalan daripada lelaki dihadapannya saat ini.
"Takpela,tengah hari nanti i pick up u kat hospital. Dia menjawab perlahan
Harini i cuti,sebab esok i nak pergi kursus dekat Ipoh dalam tiga hari. Dia memberitahu.
"Okey. Kenapa awak nak amik saya kerja harini,?
Habis tu kereta saya macam mana"? Aku bertanya lagi
"Nantila i bagitahu kenapa,i mengantuk lagi la, kereta u takpa nanti i uruskan". Dia menjawab lantas selimut ditarik balik.
Aku hanya mengangguk saja.
Semalam dia on call sampai ke subuh, balik saja terus dia sembahyang subuh dan menghempaskan dirinya diatas katil. Penat.
Aku menapak pelahan menutup pintu bilik kami.
Baru saja ingin menuruni tangga aku teringat sesuatu lalu berpatah balik.
"Awak saya lupa la..nanti awak tolongkan saya gantikan pasir dalam sangkar Gemok boleh tak?
Aku meminta bantuan kepadanya untuk menukar pasir Gemok kucing peliharaanku.
Aku risau jika nanti kami akan balik lewat ke rumah.
"Yerla nanti i tukarkan la..dia menjawab malas..
"Ok,thanks.
"Hah lupa, lagi satu dah alang-alang tu bagi makanan dia sekali ya..Makanan dia saya letak dekat almari dapur bawah sekali. Aku memesan lagi. Sempat lagi..
YOU ARE READING
En Doktor VS Cik Nurse
Random"Kahwinlah Adam,saya izinkan!!!.Dengan sepenuh hati saya.Saya rela bermadu asalkan awak bahagia.Keputusan ditangan awak samaada awak ingin kekalkan saya sebagai isteri awak atau sebaliknya,saya redha!!-AISHA SOFIEA "Saya sudahpun memikul tanggungjaw...