"Ah! Bencinya! Dah lah mulut dia sesedap je nak ejek aku, dengan kasar je dia cakap tak nak aku! Bodoh lah kau, Man! Aku tak minta pun kau ambik aku jadi teman wanita kau. Tak hingin aku weh! Perangai buruk cemtu, sorry lah!" Itu lah yang tak henti henti keluar dari mulut Sara. Sahabatnya yang dari tadi mendiam hanya mengangguk mendengar kesalan Sara. "Si Man tu! Betul betul belagak. Dia pikir dia tu hensem sangat ke! Hei, budak nerd yang tinggal sebelah aku lagi hensem daripada kau, tau tak!" Jerit Sara bengis pada Man yang tidak ada di biliknya. "Arg! Man bodoh!" Hina Sara sebelum merebahkan punggungnya di katil miliknya, sebelah dengan sahabatnya yang dari tadi tidak bersuara.
Sara yang kini sepertinya sedikit reda, akhirnya sedar sahabat rapatnya dari tadi tidak bersuara. Padahal Ikah jenisnya suka bercakap. Biarlah hal itu sesuatu yang remeh temah mahupun nasihat yang sering menhayat hati. "Eh, kau ni kenapa asyik diam je? Tercekik tulang ke hapa?" Tegur Sara kasar, menepuk belakang Ikah kuat. Walaupun perangai Sara agak kasar, Ikah memang sudah masak dengan telatah Sara yang sedikit kelakian itu.
"Aduh!" Jerit lembut Ikah kesakitan. "Kuat sangat lah kau hentam aku tu," ujur nya dengan suara yang lembut. Ika yang putih natural tu memang agak keperempuan sedikit. Jauh berbeza dengan Sara!
"Alaaalaa.. mai sini aku sapu," Sara menyapu perlahan lahan belakang sahabatnya. "Kau ni, setahu aku lah yee..yang tengah panas hati sebab Man tu aku tapi apasal plak kau yang sedih semacam ni. Even aku tak sedih gan perangai hodoh si Man tu," utur si Sara sambil matanya memandang tajam si sahabat.
"Tak ada apa apa lah. Hal kecil je."
"Weh, babe! Kalau small matter, takdenya kau duduk monyok cemni weh. Kau pikir aku ni baru kenal kau ke, babe?" Desak Sara, seakan akan rasa nak tahu sangat apa lah yang menyangkut kat hati si sahabat ni. "Sejak bila lah kau malu nak ceta ceta gan aku? Gtau je lah. Bukan aku gigit kau pun lau kau cerita." Sara yang tidak mahu mengalah mendesak Ikah untuk memberitahu masalahnya. Desekan yang keluar dari mulut Sara bukan saja menjengkelkan tetapi ianya turut memguji kesabaran Ikah. Telinga Ikah seakan akan tidak selamat lagi kerna suara Sara yang asyik menembak soalan dan desakan padanya.
"Sara!" Teriak Ikah tegas, seolah olah menyuruh sahabatnya berhenti mendesak dirinya . "Please stop," mohonnya sayu dan lemah. Suaranya seakan akan kehabisan tenaga dek berteriak seketika tadi. "Aku faham kau sayang kat aku, yang kau risau kat aku tapi boleh tak jangan buat cemtu. Lemas tau!"
"Selagi kau tak bagitau aku apa yang buat kau muka monyok masam macam ni, selagi tu aku akan lemaskan kau!" Balas Sara, seakan akan tidak memerdulikan kemarahan Ikah yang sedikit membuak buak itu. Nah, jarang sangat gadis melayu terakhir ni marah marah. Jarangnya teramat lah sangat. Apatah lagi memarahi si rakan berperangai sedikit kelakian ni. Ikah marahkan Sara pun selalu nya bersebab. Kalau sebab Sara menjenkelkan, hari hari lain pun Sara menjengkelkan. Hari ni Sara biasa je. Tak lah tahap maksima kejengkelennya. Tapikan.. ada juga masanya ia marah tuh. Tapi tu pun kalau dia....,"kau tengah M ke?" Tawa Sara kecil. Sah sangat Ikah tengah M, cuti perempuan lah dikatakan. Kalau tak M, takdenya dia cepat marah marah cam ni. Tu, muka dia dah dok merah menyala. Betul lah tu.
"Tau pun! Dah aku kata small matter, small matter lah! Ni asyik nak desak orang je! Kata lama kenal aku je tapi benda alah camni pun susah nak faham!" Walau suara yang agak kasar (tapi tak lah sekasar Sara) keluar dari mulut Ikah, Sara hanya tersenyum tawa.
"Alaalaa..janganlah merajuk sangat, babe. Kes Man tu buat aku lupa sikit sal kau lah."
"Tu lah! Dalam kepala kau tu, asyik fikir sal lelaki je. Takde space untuk aku! Len kali, simpan lah sedikit space untuk aku. Jangan lelaki je kau penuhkan kepala hotak kau tu!"
"Comelnya Ikah aku yang marah ni," Sara mencubit pipi Ikah yang cute mengiut tu. Sara melayan rakannya itu seakan akan Ikah itu baby yang baru je capai usia dua bulan! Kalau ikutkan hati, memang memberi diri ni nak gigit pipinya tu! Tu lah tahap cute pipi si Ikah ni!
"Dahlah wwei!" Ikah menghempas tangan Sara dari menyentuh pipinya. "Mentang mentang lah aku datang bulan, kau layan aku cemni yer!"
"Iyelah..iyelah. jangan lah merajuk sangat. Orang memain pun tak boleh ke?" Sara tersenyum lebar, suka sangat menyakat kawannya yang tengah marah tu. Apatah lagi bila datang bulan! Nah, lagi suka lah si dayang Sara ni mengatil jiwa dan raga si Ikah!
"Eh! Baru aku ingat, minggu depan aku takde class. Nak hang out tak?" Ikah jarang bercakap dalam nada macam ni. Ni sebab dia datang bulan lah, ada sedikit perangai kelakian Sara menjangkit si Ikah ni.
"No can do. Start minggu depan aku keja. Lupa ke babe? Laaa aku pikir aku je yang pelupa, rupanya kawan aku sorang ni pun dua kali lima rupanya!" Kacau si Sara dengan ketawanya yang terbahak bahak.
"Ish! Kau ni! Sebab kau lah yang buat aku lupa!"
"Aik! Apasal pula ni salah aku?" Tanyanya dramatik. "Orang takde buat apa apa, kena salahkan juga ke?"
"Ye lah tu. Innocent sangat lah kau tu," nada Ikah menyindir kawannya yang kini seakan akan sudah lupa dengan jejaka bernama Man. "Bila kau keja nanti, jangan angau sangat gan lelaki kat sana. Kau tu jenisnya senang sangat nak fall in love!"
"Iyelah, boss." Balas Sara selamba dengan senyuman manis melekat di wajahnya.
YOU ARE READING
Diari Seorang Stalker
RomanceSebuah kisah yang bermula dengan Sara, seorang gadis yang berusia 21 tahun. Kebanyakkan kawannya sudah pun di dalam alam university. Berbeza pulak dengan Sara. Dirinya yang terpaksa bertahan kelas di waktu tingkataan lima meletakkan dirinya sekarang...