.
.
.
Hari sudah kian larut malam.Daniel masih setia menunggu sang isteri agar sudi untuk menemuinya.Dia menyandarkan tubuhnya pada dinding tanpa memperdulikan rasa lapar mahupun dahaga.Dia hanya memikirkan Bella.Sesekali dia menguak pintu bilik itu namun langkahnya terasa berat intuk melangkah.Telephone bimbitnya juga tidak berhenti bordering.Dia sengaja membiarkan saja deringan itu terus berlalu tanpa menjawab panggilan itu. Sudah seharian wanita itu mencuba menghubunginya.
Sepanjang hari ini Daniel banyak memikirkan semula hubungannya bersama Bella.Rasa kesal kerana tidak pernah percaya pada Bella sedangkan wanita itu sudah berusaha untuk menjaga hubungan itu.
Dia kesal! Benar-benar kesal kerana mementingkan ego sehingga melukakan hati wanita itu.
Kalau saja dia tidak terperdaya dengan hasutan bisikan durjana yang selalu meghasut fikirannya.Rumahtangganya pasti tidak akan jadi begini. Daniel melepaskan keluhan demu keluhan.
Keadaan hospital sudah sedikit lenggang.Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam bilik Bella.Dia sudah tidak sanggup menunggu.Dia menyerahkan segalanya pada Tuhan.Walau apa pun terjadi dia harus menemui Bella.
Melihat sekujur tubuh yang masih lemah itu,hatinya di runtun perasaan sebak.Rasa bersalahnya sudah tidak berpenghujung kini.
Dia merapati katil Bella perlahan kemudian duduk dan merenung wajah sang isteri.Dahinya di kucup lembut.
Sesekali dia melihat Bella meracau dalam tidurnya.
“ Tolong ..jangan..tolong…”
Daniel tidak dapat menahan sebak.
Terhinjut-hinjut bahunya menahan tangisan.Sakit hatinya melihat keadaan Bella. Jika masa iu dapat di ulang semula,sumpah! Dia tidak akan membiarkan Bella melangkah keluar dari rumah mereka.************************
Jeremy tiba di rumah bujangnya.Telephone bimbitnya segera dicaj selepas itu dia membaringkan tubuhnya di kerusi malas.Mata di tutup rapat,dia tidak rasa penat atau lapar walaupun seharian tidak menjamah nasi.
Setelah berberapa minit berlalu,dia menghidupkan semula telephone bimbitnya.Hampir lima puluh miss call dan whatsapp masuk daripada Sofia.Jeremy mengerutkan dahinya.
Tiba-tiba dia rasa bersalah pada Sofia kerana tidak menunaikan janjinya siang tadi.Dia mahu menghubungi Sofia semula namun melihat jam sudah terlalu lewat dia membatalkan niatnya.
Dia tahu Sofia sedang menanti panggilanya ketika ini bersana rasa marah dan rajuknya.sedang Daripada mendengar Sofia mengamuk dan merajuk lebih baik dia membiarkan sahaja.
Fikiranya juga sedang berserabut kini.Bimbang akan menambahkan suasana tegang akhirnya hanya akan membawa ke arah pertengkaran.
Jeremy kembali semula ke kerusi malasnya.Dia baring dan memejamkan semula mata dengan niat hanya berehat sebelum mandi.
Tanpa sedar dia terlelap sehingga pagi.Dia di kejutkan dengan bunyi deringan telephone bimbitnya.
Dia bingkas bangun dan dan mencapai telephone bimbitnya.Belum sempat dia bersuara,sudah kedengaran suara bebelan Sofia di hujung talian.
“ Kenapa dari kelmarin saya call nda dapat? Kenapa? Ada masalahkah? Atau you memang sedang buat masalah di sana sekarang sampai terpaksa off telephone?’’ Sergah Sofia.
Jeremy yang masih mamai terdiam seketika.Sofia menyerangnya bertubi-tubi sehingga dia tidak berpeluang untuk mengucapkan “ hai” sekalipun.
“ Hahhh kenapa diam? You tahu kan saya punyalah separuh mati susah hati di sini fikir pasal you…” Bentak Sofia geram bila Jeremy hanya mendiamkan diri.
YOU ARE READING
BENARKAH KERANA CINTA
RomanceMEREKA pernah bercinta dan hampir berkhawin Tapi kerana keluarga Cinta itu terpaksa di korbankan. Mereka akur pada Jodoh yang sudah di takdirkan untuk mereka. KINI,Setelah hampir sepuluh tahun berlalu mereka bertemu kembali buat pertama kali di satu...