xoxo heart

109 26 0
                                    

Mama

Kyung yang berdiri diatas meja sambil menari-nari riang buatkan saya bercekak pinggang. Lantas saya dukung tubuhnya dan letakkan dibawah.

"Tadi kata nak belajar membaca? Kenapa menari pulak? Dahla atas meja, buatnya jatuh siapa yang susah? Papa jugak kan??" saya mula membebel dengan sebelah tangan pegang spatula. Badan lengkap berapron. Warna pink pulak tu.

Kyung mencebik sebelum memeluk kaki saya dengan tangan kecilnya.

"Papa jangan la marah. Kyung pergi ambik buku sekarang." dia terkedek-kedek berlari ke dalam bilik.

Saya sekadar menghembuskan nafas. Haihh anak kita ni. Kyung kembali sambil mengusung beg kecilnya. Comel sampai tak jadi nak marah.

"Papa! Ni nak eja macam mana?" jarinya menunjukkan beberapa patah perkataan didalam buku.

"Ni? Bintang. B.i.n.t.a.n.g." saya mengajarnya menyebut satu per satu.

"Bin-tang. Star kan papa?" soalnya.

"Ya sayang." saya mengangguk.

Namjoon la ni. Asyik download video lagu omputeh banyak-banyak. Dia ingat saya pandai sangat ke omputeh ni. Ayat yang senang boleh la. Kalau ayat yang susah? Mahu terkial-kial bukak kamus.

"Ma..ma.. mama." saya tersentak. Rupanya Kyung terjumpa perkataan mama.

"Papa, mama cantik tak?" Kyung menyoal lagi.

"Mestila cantik." sebak hati saya tiap kali Kyung menyebut mama.

"Papa.. Kyung rindu..mama." matanya sedikit berair lantas saya tariknya dalam dakapan saya.

"Kyung jangan menangis. Papa dan mama sentiasa ada. Ada disisi Kyung selamanya." saya berdendang kecil bagi menghibur hati Kyung.


Kyung percayalah...






Tuhan akan pulangkan mama semula..







Percayalah.










xoxo,
yang merinduimu.

[C] Mama || 정호석Where stories live. Discover now