Bab 32

4.4K 143 0
                                    

"Wany..." Qiswany yang hilang arah tuju di tempat yang tiada apa-apa hanya warna putih terkejut. Dia berpaling untuk melihat siapakah yang menyebut namanya.

"Wany.. Bangunlah..." Qiswany terkejut bila melihat dia yang berada 20m dari tempatnya.

"Zamri?" Mulutnya ditutup menggunakan kedua tangannya. Zamri yang hanya berdiri tersenyum. Qiswany cuba untuk ke tempat Zamri tetapi kakinya kaku ditempatnya berdiri.

Bagaikan kakinya sudah digam. Qiswany melihat Zamri mula mendekatkan dirinya dengan Qiswany.

"Apa yang kau buat kat sini?" Qiswany mendongak bila Zamri sudah berada di hadapannya. Zamri ketawa dan melihat Qiswany semula.

"Aku datang sini ada misi superhero." Zamri menyeringai. Haih rindu betul dengan senyuman arnab dia ni.

"Misi?" Zamri mengangguk dan melihat arah kanannya. Qiswany melihat kemana arah Zamri sedang lihat.

"Tu." Zamri menunjukkan arah yang sedang dilihatnya. Qiswany melihat dirinya yang terlantar di katil hospital dengan wayar dan bantuan alat penafasan.

"Itukan, aku?" Zamri memandang Qiswany yang sedang melihat dirinya yang berada di hospital.

"Yup. Itu memang kau pun."

"Ha?"

"Ya itu kau. Dan aku cuma nak kau bangun dari mimpi ni dan selamatkan adik aku."

"Fikrie?" Zamri mengangguk. Dia memberitahu kemurungan Fikrie saat Qiswany meninggalkannya dahulu.

"Masa tu, kesian aku tengok dia. Lepas kena tipu dengan Alisya, dia jadi macam penganggur. Aku.. Tak sanggup tengok dia macam tu." Zamri tersenyum lemah.

"Fikrie sekarang dekat mana?" Qiswany mahu bergerak tetapi kakinya masih tidak mahu bergerak.

"Aku tak boleh nak bagitahu." Qiswany melihat Zamri dari atas sehingga bawah. Pakaian dia masih sama sejak kali terakhir Zamri muncul dalam mimpinya.

"Zamri.. Kenapa kau selalu muncul dalam mimpi aku?" Zamri yang sedang memandang kakinya melihat Qiswany semula.

"Mimpi kau?"

"Yup."

"Sebab.. Aku sayang kau. Dunia akhirat. Aku nak kau bahagia. Tak naklah macam sekarang. Fikrie dah terima pengajaran. Janganlah seksa dia lagi. Selama ni dia dah cukup terseksa bila aku dengan adik kami pergi."

"Dia tak nak kau pun pergi jugak. So, maafkan lah dia. Fikrie tu manalah rapat sangat dengan umi dan abah. Siapa lagi tempat dia nak curakan kasih sayang? Siapa lagi tempat dia nak luahkan perasaan?"

"Aku rasa semua tu, Wany. Aku rasa. Sebab selamanya hubungan aku dengan dia takkan terputus. Kesakitan dia, kegembiraan dia semua aku rasa. So, bahagialah dengan Fikrie please?" Qiswany menahan air matanya dari tumpah.

Dia mahu bangun. Dia mahu bangun melihat muka suaminya kembali. Walaupun pemuda yang berada di hadapannya ini mempunyai wajah yang sama, mereka masih bukan orang yang sama.

Qiswany melihat Zamri tersenyum sebelum dia menjauh.

"Thanks, Wany. Jaga Fikrie baik-baik ok?"

BIP BIP BIP

QISWANY membuka matanya. Badannya masih kebas selepas beberapa hari tidak sedarkan diri. Wajah pertama yang dia lihat ialah Qistina, kakaknya.

"Adik? Ya Allah. Ibu, ayah adik dah sedar." Qiswany melihat ibu dan ayahnya masuk ke dalam wad dengan muka cemas.

"Kakak, pergi panggil doktor." Wajah ibunya Qiswany tatap. Qiswany mahu menbuka alat bantuan pernafasan yang berada di mulutnya.

"Eh, jangan buka. Adik jangan nak gerak-gerak. Kamu tu baru sedar." Puan Halifah bangun dari kerusi bila doktor masuk ke dalam wad.

DOKTOR keluar dari wad setelah membuat check up pada Qiswany. Qiswany melihat ke arah siling dan dan kepalanya memutarkan semula kejadian yang berlaku pada dirinya. Dia melihat ibunya di sisi.

"Ibu..." Puan Halifah yang sedang bermain dengan jarinya melihatnya.

"Ya, sayang?"

"Berapa lama adik tak sedarkan diri?"

"Seminggu..." Qiswany memandang tingkap yang berada disebelahnya. Dah seminggu rupanya dia tak sedarkan diri. Tiba-tiba, dia teringat suaminya.

"Ibu... Fikrie mana? Dia ok kan?"

"Ermm, Fikrie ok. Jangan risau. Dia tak apa-apa pun. Dahlah tak payah fikir. Adik rehat je." Wajah ibunya tidak dapat ditafsir. Puan Halifah bangun dan keluar setelah mengucup dahi anaknya.

Kenapa muka ibunya seperti sedang sembunyikan sesuatu? Fikrie ok kan? Qiswany memandang ke arah pintu wad yang tertutup. Perbualan ibu dengan ayahnya dia dengari.

"Abang, nak bagitahu ke pasal Fikrie? Macam mana kalau anak awak tak boleh terima?"

"Kita tunggu je waktu yang betul nak bagitahu. Buat masa sekarang ni, biar dia rehat dulu." Bagai mahu luruh jantungnya bila terdengar perbualan ibu dan ayahnya.

Apa yang dah jadi pada Fikrie? Kenapa kena rahsiakan? Ya Allah, hebat sungguh ujian-Mu.

Bunyi mesin semakin kuat. Pandangannya semakin samar-samar bila keluarganya memanggil dirinya dengan cemas. Mampukah aku jalani hidup tanpa orang yang aku cinta? Mampukah aku terima berita yang menggemparkan?

Suara keluarga yang memanggil dirinya sudah tidak didengari.

Aku dah pergi ke? Kalau ini yang terbaik, aku terima, Ya Allah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.

TBC

Ok guys, Selamat hari raya Aidil Adha. Maaf zahir dan Batin.🙌

Unexpected Love [°Complete✔°]Where stories live. Discover now