Aku dari kecil memang sudah lama ada niat untuk keluar dari rumah mungkin dari kecik dikongkong oleh keluarga atau mungkin aku anak sulung. Aku pendam perasaan aku sampai umur aku 18 tahun aku diterima masuk IPT di utara
Sampai sahaja aku di IPT tersebut aku jumpa pelbagai jenis manusia ada yang malaikat ada yang shaitan ada yang bertopengkan malaikat dan ada yang masih mencari apa tujuan hidupnya. Namun aku,aku lebih suka mempelajari manusia dan aku pelajari bahawa bertapa lemahnya manusia, dan aku mula mencari bagaimana aku boleh keluar dari kelompok manusia yang hilang arah tuju hidup..