9-Kumpulan Bersenjata

93 3 0
                                    

"Err... " gadis di pangkuan aku itu bersuara. Aku segera membaringkannya di atas lantai, bimbang juga aku, kalau dia syak aku gila seks pula. Rosak reputasi aku depan dia, tak ada peluang aku nak jadikan dia heroin aku.

" Cik... " panggilku.

Dia masih lemah, mungkin dia masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran setelah entah berapa lama terbaring beku di dalam pod kapsul itu.

" Se... Selamatkan... "gadis itu cuba bersuara lagi, tetapi suaranya begitu perlahan. Aku dekatkan telingaku ke bibirnya.

" Selamatkan adik saya."

"Adik? Dimana?"soalku.

Dia menunding jari kepada satu pod kapsul yang masih tertutup rapat. Aku hanya mengangguk, sememangnya niatku untuk lepaskan semua pesakit yang dibekukan di dalam pod-pod itu.

Aku bangun berdiri, gadis tadi aku biarkan terbaring. Sedikit masa lagi, tubuhnya pasti akan kembali segah. Aku segera mendapatkan pod yang ditunjukkan gadis tadi, aku lihat di dalamnya ada seorang budak lelaki yang umurnya sekitar 10 ke 12 tahun.

Sedang aku cuba membuka pintu pod kapsul itu. Tiba-tiba aku terdengar bunyi keluli pintu utama ruang itu bergeser. Ada orang sedang membuka pintu itu dari luar. Mungkin itu mereka, manusia yang menjadikan kami tikus makmal atas alasan kepentingan perubatan sejagat, mereka mungkin mahu menangkap kami semula untuk meneruskan eksperimen mereka.

Aku pandang Nahi yang berada di atas pelantar besi. Nahi angkat kening, aku tahu dia tanyakan siapa yang bakal datang. Aku beri isyarat supaya dia menyorok di sebalik mesin besar di situ. Dia hanya menuruti arahanku, mudah pula dia faham. Selalunya dia blur dulu kalau aku buat isyarat-isyarat macam tadi.

Aku kembali mendapatkan gadis terbaring lemah tadi. Dia masih tidak bermaya untuk berdiri.

"Cik, kita kena sembunyi." beritahuku.

"Sembunyi? Sembunyi dari siapa?"

"Dari orang jahat, maafkan saya, sebab saya terpaksa dukung cik, kita sembunyi dulu." Beritahuku penuh berhemah dan budiman. Belum pun sempat gadis tu jawab apa-apa, aku terus angkat dia dan segera pergi menyorok di celahan satu kabinet besi yang besar.

"Encik, adik saya macam mana?" soal gadis itu sebaik sahaja aku letak dia ke lantai.

"Kita tunggu dulu di sini, nanti saya dan kawan saya akan selamatkan adik cik," jawabku dengan penuh keyakinan. Dia hanya mengangguk lemah, dari sinar matanya, aku dapat melihat dia mengharapkan aku membantunya.

Aku kembali melontar pandangan ke arah pintu keluli yang sudah pun ternganga luas. Dua orang lelaki bersenjata api masuk. Mereka lengkap memakai topeng perlindungan biohazard.

Mereka memeriksa di dalam setiap pod yang masih belum terbuka. Kemudian salah seorang dari mereka memberi isyarat kepada beberapa orang lagi yang menunggu di luar ruangan itu. Mereka masuk ke dalam bersama beberapa pengusung. Kesemua baki pod kapsul yang tertutup mereka buka. Pesakit di dalam pod-pod itu mereka baringkan di atas pengusung. Mereka kemudiannya mengusung keluar pesakit-pesakit itu termasuk adik kepada gadis tadi.

Aku mengetap gigi kegeraman dek kerana tak mampu lakukan apa pun dia saat itu. Kalau aku bertindak bodoh, buruk padahnya. Lebih baik aku berdiam diri dan menunggu masa yang sesuai untuk bertindak.

"Adik saya...!"

aku segera tekup mulut gadis itu. Masa bila pula dia bangun, tadi aku tengok dia terbaring lemah lagi. Gadis itu meronta, dia cuba tarik tangan aku dari terus tekup mulut dia.

" Jangan buat bising, nanti mereka dengar, adik cik nanti kita selamatkan, sekarang bahaya" kataku dalam nada berbisik.

Gadis itu berhenti meronta, aku pun turunkan tangan aku dari terus tekup mulutnya. Dia mengelap mulutnya dengan belakang tangan.

"Tangan awak berbaulah," wajah gadis itu mencuka.

"Ye... Ke?" Aku hidu tangan aku, bau masam peluh. Agaknya aku terlalu gementar tadi bila terlihat kesaksian gadis itu.

"Saya pun tahu, bahaya kalau kita bertindak melulu, awak mesti janji selamatkan adik saya, walau macam mana sekalipun" matanya tajam merenung aku, menuntutku berjanji padanya.

Teragak-agak aku mengangguk, sebabnya aku sendiri pun tak ada rancangan lagi macam mana nak keluar dari situ dan selamatkam diri, inikan pula nak selamatkan orang lain.

Kami hanya melihat pemergian sekumpulan bersenjata api itu keluar dari ruangan itu. Mereka hanya membiarkan pintu utama ruangan itu terbuka luas tanpa menutupnya kembali. Bagiku itu satu peluang keemasan buat kami.

Setelah aku pastikan keadaan di sekitar itu selamat, kami keluar dari pesembunyian. Aku memeriksa kabinet-kabinet besi yang terdapat di dalam ruangan itu untuk mencari makanan dan pakaian yang lebih sesuai buat kami.

"Amar awaa teda jumpa, apa-apa yang boleh makan ka?" tanya Nahi sebaik sahaja dia turun dari tangga pelantar besi itu. Dia menggosok perut tanda kelaparan.

"Belum jumpa lagi, tapi aku jumpa ni." aku angkat sepucuk revolver yang aku jumpa dalam laci salah satu kabinet besi di situ.

"Dey pistol! Awaa gila ka? Awaa mau bunuh sapa?"

"Tak bunuh orang pun, sebagai perlindungan diri, kau tak tengok geng tadi bawak apa? mesingan tu, kalau dia tembak kau, jadi daging lenyek aku rasa, lagi pun ada zombi dekat luar,"

Nahi hanya mengangguk, kemudian dia turut menyelongkar barangan di dalam kabinet besi lain.

Aku beralih pandang kepada gadis tadi. Dia berpeluk tubuh dan merenung lantai, mukanya kelihatan sugul. Mungkin fikirkan kondosi adiknya.

"Cik, Ok?" tanyaku membuka bicara.

Dia memandangku dengan pandangan kosong dan mengangguk lemah.

"Saya Amar, kawan saya tu namanya Nahi." aku cuba bermesraan dengan senyuman palsu terukir di bibir.

"Saya Lisa," balasnya lirih sahaja. "Apa rancangan awak Amar? Macam mana nak selamatkan adik saya?"

Aduh! dia ni pun, tak memyempat dah. Aku pun tak fikir lagi taktik ke, strategi ke, macam mana nak keluar dengan selamat. Nak selamatkan adik dia lagilah aku tak tahu macam mana. Tapi aku perlu berikan jawapan yang baik, supaya emosi dia stabil.

"Sekarang ni kita cari kelengkapan buat kita dulu, lepas tu baru kita fikirkan cara nak selamatkan adik Lisa tu."

"Baiklah, tapi janji selamatkan adik saya."

"Ya,saya janji."







You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 19, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SUPERNATURAL: APOKALIPSWhere stories live. Discover now