SE - Extra Sugar (Mikey + Selina)

4.4K 291 22
                                    

Mikey

Pengakuan yang Sophie buat selepas dia tolak lamaran saya sebenarnya buat saya sangat kecewa tapi siapalah saya mahu halangan kebahagian dia kan. Paling terkejut masa dia jemput saya untuk majlis pembukaan hotel yang saya menginap sekarang. Oleh kerana dia pujuk saya untuk temani dia, akhirnya saya bersetuju juga. Asal saya boleh buat dia tersenyum, itu sudah cukup bagi saya. Cinta tidak semestinya memiliki. Kita harus ikhlas bila menyayangi orang. 

Nasiblah saya ada bawa sut sedia sebab nanti masa conference saya ada kena jemput untuk share pengalaman saya sepanjang saya jadi doktor pakar bedah. Pada malam tu, Sophie call saya dan suruh tunggu di pintu lift tengah. Sophie datang tepat jam 7.00 pm bersama dengan dua orang perempuan yang cantik dan emm.. Sexy. Hehehe.. Tapi bagi saya Sophie tetap cantik berbanding kawan dia. 

Sophie memperkenalkan kawan dia, Zoy dan Selina. Kami tunggu lift tidak lama pun. Baru saya tekan butang turun terus terbuka tu pintu lift tengah. Sebagai seorang yang gentleman, saya masuk dulu kemudian tekan butang open door supaya dorang boleh masuk. Faham saja ne pintu lift kalau lambat saja sudah automatic tertutup. 

Saya tengok Selina sudah mula melangkah masuk tapi Zoy pula pergi senggol punggung Selina sampai dia sikit lagi terjatuh ba. Nasib saya sempat sambut badan dia. Hehee.. Pintu lift tertutup. Adui.. Cepat juga ne pintu lift tutup. Sophie dan Zoy masih belum masuk lagi. Rasa janggal pun berduaan dengan perempuan cantik dan sexy.

Baru di tingkat 4, lift kami tiba-tiba stop dan lampu pula on off beberapa kali sampai last sekali terus teroff semuanya. Hanya lampu di butang lift saja yang menyalah. Tadi Selina berdiri hujung sebelah kiri di dalam lift. Masa lampu mula on off, dia makin dekat saya. Saya perasaan ba dia macam ketahutan ne. Saya relax saja. Sekali bila off tu lampu, Selina terus peluk saya. Hampir gugur jantung saya. Ne perempuan tidak sedarkan badan dia sangat rapat dengan badan saya. 

"Wow.. Hey.. Are you ok Selina?"

"No.. I'm scared. Please don't let me go."

"It's ok. I'm not gonna leave you. Come stay close besides me."

Saya mahu kalau Selina hanya berdiri sebelah saya. Saya tidak selesa ba berpeluk dengan perempuan yang tidak berapa saya kenal. Saya cuba buka tangan dia yang sedang peluk pinggang saya. Muka dia tapuk di dada saya. Makin kuat pula dia peluk saya. Kesian pula saya rasa. Hampir 10 min kami berpeluk baru saya ajak dia duduk di lantai. Harap dia tenang sudah sikit.

"If you don't mind, let have a sit here."

Dia ikut juga duduk tapi badan dia masih rapat betul dengan saya. Tangan dia still peluk pinggang saya. Hahaha.. Saya cuba buka cerita sambil tunggu penyelamat. 

"Lama sudah berkawan dengan Sophie?"

"Saya kenal dia dari Zoy. Tidak juga lama lah. Kenapa?"

"Tidak lah. Boleh saya tanya kenapa Selina takut gelap?"

Dia mengeluh. Perlahan-lahan dia longgarkan tangan dia tapi still masih lagi sana pinggang saya. Hahaha.. Penakut betul dia ne. Ngam ne kan kalau saya cakap ada "Hantu Kak Limah" ada atas bumbung lift. 

"Dari kecil saya memang takut gelap sebab takut ada hantu tangkap saya. Jadi beginilah keadaan saya sampai sekarang sudah besar pun masih takut gelap. Sorry Mikey. Terpaksa ko bersabar dulu lah k. Hehehe.. Saya bukan sengaja mahu peluk ko yah. Nanti saya belanja makan. Hehe.."

Lampu mula lagi on off. Balik lagi gaya Selina peluk saya kuat-kuat. Kali ne ngam betul saya kac kena dia. Hahaha..

"Sel.. Tu atas dekat lampu macam ada bayang-bayang oh. Cuba ko tengok dulu. Takut mata saya rabun sudah."

Hardest Time.. Completed.. 😊Where stories live. Discover now