Part 16

175 20 4
                                    

" Hai puan. Hurmm so macam mana hari ni,dah rasa okey? " Sapa Doktor Agnes mesra.

Bella hanya membisu tidak memberi sebarang riaksi pada teguran Doktor Agnes.Matanya masih tertumpu ke arah siling,fikiranya kosong sekosong jiwanya ketika ini.

"Puan ... ada sesuatu yang saya mahu bagitau" sambung Doktor Agnes lagi.

Dia menarik kerusi yang ada di sebelah katil Bella lalu duduk.Dia memandang Bella sambil tersenyum.

Bella masih seperti tadi tidak menunjukkan sebarang riaksi.Baginya sudah tiada apa-apa berita yang mengejutkan selain kehidupannya yang sudah musnah itu.

" Puan Bella mengandung dan rasanya puan dah mengandung dalam dua atau tiga bulan.Itu pun hanya kiraan kasar saya.Puan tahu pasal ni?" beritahu Doktor Agnes.

Sudah dua kali dia membuat pemeriksaan hasilnya tetap sama.Pesakitnya mengandung dalam usia kandungan dua atau tiga bulan.Dia tidak pasti sama ada pesakit sudah mengetahuinya ataupun dia tidak sedar dirinya sedang mengandung.

Tapi melalui riak wajah Bella, dia tahu wanita itu tidak sedar dirinya sedang mengandung.

Memang benar Bella tidak tahu.Dia tergamam seketika! Matanya tidak berkedip memandang Doctor Agnes.Sungguh dia tidak percaya pada berita yang di sampaikan Doktor Agnes.

“ Doktor cakap apa ni?Saya mengandung! ” terketar-ketar bibirnya menuturkan kata-kata itu.

“ Yes! Its true Bella,you pregnant.Lucky kandungan you tak terjejas..”

Bella tidak dapat mengambarkan perasaannya ketika ini.Ada gembira,sedih juga benci dan semuanya menjadi satu.

Bella membuang pandangannya ke arah jendela yang baru sahaja di buka doctor Agnes.Fikiran Bella mula melayang jauh.Ketika ini hati dan fikirannya mula berperang.Masing-masing tidak mahu mengalah.Hatinya sudah berkeras untuk menamatkan perkhawinan ini tapi kini muncul pula berita yang tidak di duga ini.Adakah ini takdir untuknya dan membawa maksud bahawa jodoh mereka masih kuat.

" Puan ...kenapa ni?" Doktor Agnes mematikan lamunan Bella.

Bella bungkam!

"Just tell Me okey! mana tahu saya boleh bantu.." pujuk doctor Agnes lagi penuh dengan kelembutan.

Dia melayan Bella seperti anaknya sendiri dan bukan seperti seorang pesakit.Bella menginggatkan pada anak perempuannya yang sudah meninggal dunia tiga tahun lalu kerana terlibat dalam kemalangan.

" Bila saya boleh keluar dari sini Doktor?" Soal Bella tanpa memandang doctor Agnes.

" Tentang tu! sebenarnya terpulang pada puan sendiri.Kalau kesihatan dan emosi puan sudah stabil bila-bila pun boleh."

" Saya mahu keluar dari sini doktor.."
“ Boleh tapi bukan dalam masa terdekat …”

" Saya okey doctor..."
" Ya saya tahu tapi saya nak puan betul-betul sihat dan lagi satu lepas keluar dari sini puan kena ikut temujanji yang saya aturkan nanti okey..."

Bella mengangguk perlahan walaupun dia tidak tahu apa yang sedang di sampaikan doctor Agnes padanya.Dia hanya mahu keluar dari hospital itu segera.Hospital itu bagaikan penjara baginya.

Semakin lama semakin sukar untuknya berfikir dengan tenang di bilik itu.Tidurnya sering diganggu.Setiap kali menutup mata ada sahaja suara-suara halus yang menggangu.

Bella juga terlalu rindu pada ibu dan adik beradiknya.Memikirkan mereka Bella lega kerana yakin Daniel tidak memberitahu mereka tentang kejadian yang berlaku Jika mereka tahu sudah mereka ada di sini ketika ini.

BENARKAH KERANA CINTAWhere stories live. Discover now