Sungguh angkuh kau berkata-kata.
Kau lupa dia sang pendidik.
Yang mengajar kau perkara yang tidak kau tahu.
Yang umpama ibu di kota ilmu.Dia menegur atas kesalahan yang kau buat.
Dia menasihati atas kesalahan yang kau buat.Tetapi.
Kau hadiahkan dia dengan gelaran 'penyibuk'.
Sungguh terkilan.Sehingga kini.
Waktu ini.
Saat ini.Dia tidak mahu menjejakkan kakinya ke ruang ilmu kami.
Hanya kerana nila setitik.
Hanya kerana si bodoh itu.Kami.
Kehilangan seorang pendidik yang bersemangat.
Yang cekal.
Yang tidak jemu mendidik kami.[Khamis , 2 Ogos 2018]