"Awak saya nak mintak izin hari sabtu ni balik kampung jenguk ayah boleh?
Sofiea meminta kebenaran kepada insan dihadapannya saat ini.
Adam yang sedang menjamah roti bakar mengangkat mukanya sebelum mengangguk setuju.
"Tapi i tak boleh nak hantarkan u, seminar i habis hari Ahad ni. Dia menyambung lagi.
"Takpe-takpe..saya tahu..saya naik bas je nanti. Aku menjawab laju
"Kenapa pulak u naik bas? You kan ada kereta naik jela kereta tu.
Dia bertanya hairan
"Saya tak sempat nak servis lagi la..dah lama saya tak servis kereta tu, takut pulak jadi apa-apa tengah jalan nanti. Aku menjawab perlahan
"Kenapa u tak bagi tahu awal-awal?
"Bahaya tau,macam mana kalau jadi apa-apa tengah jalan, u ni kan..Dia mula membebel .
Aku hanya mendengar saja bebelannya. Memang patut pun aku dibebel.
"Ermm..tak apa la you drive kereta i jela..dia mula bersuara apabila melihat aku yang hanya berdiam diri saja.
"Takpa la Adam.Saya dah biasala naik bas ni lagipun bukan jauh sangat pun baik saya naik bas je. Senang sikit.
Aku menjawab laju tidak mahu menyusahkannya.
"No!!!,,u drive kereta i..dia menjawab lagi.
"Takpe Adam awak tak payah susahkan diri awak sebab saya.. Nanti macam mana awak nak pergi outstation kalau tak ada kereta awak.
"Takpe..i boleh tumpang dengan kawan i..kitaorang boleh pergi sekali.
Dia menjawab laju.
"Adam takpe saya boleh perrr....ayatku terhenti apabila Adam memintas kata-kataku
"Sofiea boleh tak u dengar cakap i? Dia mula menaikkan nada suaranya
Aku terkaku seketika.
Tidak pernah selama hampir enam bulan perkahwinan kami ini dia meninggikan suaranya kepadaku.
"Okey,listen.
I taknak jadi apa-apa kat u nanti, i dah janji dengan ayah u akan jaga u sebaik-baiknya,boleh tak u faham?, nada suaranya mulai mengendur.
Aku hanya mengangguk perlahan.
Jadi selama ini dia hanya berbaik denganku kerana sudah berjanji dengan ayahku? Bukan kerana dia ingin menjadi suami yang terbaik untukku?
Aku sebak seketika. Airmata yang ingin mengalir ku tahan
"Kau patut bersyukur Sofi dia sanggup kahwin dengan kau sebab nak tutup malu keluarga kau..dah lupa? Apa yang kau harapkan dari perkahwinan ni." suara hatinya bersuara.
"Ya, aku mesti sedar diri, kenapalah dengan aku ni??" Sofi menjawab dalam hati.
Tangan Sofiea dihadapannya saat ini dicapai.
"Sofiea, sorry,, i tak ada niat nak marah u..tapi boleh tak u dengar cakap i?
Adam bersuara dalam nada kesal.
Ya, kesal kerana tidak dapat mengawal kemarahannya tadi. Dia meraup wajahnya perlahan.
Sedangkan Sofiea agak terkejut dengan perbuatan Adam yang memegang tangannya sebentar tadi.
YOU ARE READING
En Doktor VS Cik Nurse
Diversos"Kahwinlah Adam,saya izinkan!!!.Dengan sepenuh hati saya.Saya rela bermadu asalkan awak bahagia.Keputusan ditangan awak samaada awak ingin kekalkan saya sebagai isteri awak atau sebaliknya,saya redha!!-AISHA SOFIEA "Saya sudahpun memikul tanggungjaw...