BAB 28 : Pemburuan

585 65 31
                                    

  Angin datang menghembus dengan perlahan. Keadaan sekeliling menjadi agak sunyi dari biasa. Tamrih hanya memerhatikan kawasan kosong itu yang hanya mempunyai perigi buta. Zawal sepertinya tahu ini  bukanlah berita baik buat Tuannya.

  "Ya Tamrih, Li zisyak Di nai - Sya Sya Di Zhu ka ha tahlal (Tuan Tamrih, tidak syak lagi – nampaknya mereka sudah pun berada di dunia kita ni)." Zawal berdiri tegak ketika memberikan laporan.

  "Khu Dios (Kau pasti)?" Tamrih memberi persoalan yang cukup membuatkan anak buahnya itu menggigil ketakutan. 

  Tamrih sememangnya seorang yang agak tegas. Jika sesuatu yang perlu dicapainya itu gagal, maka bersiap sedialah anak-anak buahnya itu menjadi bahan pukulan.

  Zawal hanya menunduk dan berkata dengan lemah, "Di..os Ya - (Pasti... tuan)."

  Plush!

  Satu tamparan hebat hinggap di pipi Zawal dan membuatkan ia terdampar ke tanah kusam. Anak buah yang lain pula hanya memerhati dengan penuh debaran ketakutan. Ada yang telan air liur berkali-kalinya, ada juga yang tergamam kerana tamparan spontan itu.

Jika dengan anak buah pun sudah kejam, bagaimana pula dengan makhluk lain - tidak berhati perut barangkali.

  Tamrih turun dari tunggangan dan merapati Zawal yang sedang terlentang. Tamparan itu mungkin agak keterlaluan, tetapi tidak juga dipedulikannya.

  Zawal diangkat tinggi dengan keadaan yang terseksa akibat dicekik hingga terapung di langit. Saluran pernafasannya menjadi nipis membuatkannya sukar untuk bernafas dengan sempurna. Kedutan salur urat jelas timbul di bahagian tengkuk dan dahinya, nampak gaya itu cengkaman yang amat kuat.

  "Ih ti Dios, Nakh Rimda asa di Khalil? Khus Tahzan, Gi ta Dhask Nyaws Di bi Khilatan. Ya Zawal lul Fi makan di Khalif Tamrih di kutha wa danshit bil Dies (Kalau kau pasti, kenapa membuang masa ke tempat ini dari awal? Kau tahu tak, nyawa kita semua ini dalam taruhan. Kau kira beruntung dapat ketua macam aku yang hanya menyakitkan dari mematikan)!" Tamrih mencampak Zawal ke tanah dan berpeluk tubuh.

  Zawal memegang lehernya sambil terbatuk-batuk akibat cengkaman Tamrih yang ganas itu. Ditariknya nafas perlahan-lahan seperti pertama kali menghirup udara di dunia ini.

"Na Khadis temkha lil aula Zawal! Anis kul dituntras (Sekarang kau nak kita buat apa Zawal! Aku perlukan cadangan dengan pantas)!" sergah Tamrih tanpa menghiraukan kesakitan yang Zawal alami.

"Ya TAmrih... anis bil kinya wa Yamca... Sya sya na bil khanan lu baitan fi pangka ro kadish makhan. Anis kinya sya sya  nanagu... Terwangai go fi pangka pirdinas (Tuan Tamrih... saya yakin dan percaya... mereka sekarang sedang menuju ke mana-mana kampung yang hampiran untuk mencari sumber makanan. Jadi... saya yakin – mereka menggunakan... sungai untuk tiba ke penempatan yang berhampiran)."

"Hmka(Jadi)?"

"Hamka... Sya sya be khu li baitan pangka Nian Ya Tamrih (Jadi... mereka mungkin sudah sampai ke kampung bunian Tuan Tamrih)."

"Fi Sya sya khan lul Terwangai fatomah, wi khanan bi Sya sya (Kalau mereka menggunakan sungai sebagai laluan utama, kenapa tadi tidak kelihatan kelibat mereka)?"

"KaliKalian Sya sya lil baiti Pangka hulu zonfit Ya Tamrih (Kebarangkalian mereka tiba ke perkampungan terlebih dahulu Tuan Tamrih)." Zawal bersujud ke arah Tamrih dengan keadaan menggigil. Dia tidak sanggup lagi menerima hadiah tamparan yang tidak disangka itu.

"Dos, Nil kha lil bait pangka Nian dituntras. Naa memba - ikh alous gilsik bi Sya sya lil pangka, danshit bil dies (Baiklah, kalau begitu kita ke kampung bunian dengan segera. Tapi ingat – kalau kita masih gagal berjumpa kelibat mereka di sana, nahas kamu semua)." Tamrih terus bergerak tanpa menghiraukan mereka. Kuncu-kuncunya berpandangan sesama sendiri dan bergegas menunggang serigala masing-masing.

  Mereka membuntuti tuan mereka dengan pantas, hanya Zawal yang terakhir di biarkan begitu saja dengan kesakitan.

"Grazakh Haman khamzak! khanan bi sya sya anis danshit bil dies! Dios lupaman naskh anis see Sya sya (Makhluk manusia yang tak guna! Disebabkan kau aku terseksa! Siaplah kau jika kita bertemu lagi)!" Zawal menggenggam tangan dengan erat sehingga menggeluarkan darah akibat dari kukunya yang tajam.

*    *    *

  Aku, Ika dan Farah sudah pun  melalui jalan di dalam hutan gara-gara pertemuan dengan makhluk ngeri itu tadi. Lagipun, jalan ini seperti pernah dilalui oleh makhluk lain.

  "Ira, kita ada banyak lagi ke bekalan?" Farah mula bertanya. Aku pasti mesti dia kebuluran lagi. Dah memang dari tadi dia yang meminta makanan. Haih!

  "Kita tinggal satu je snek lagi Farah. Kalau kau makan yang ni, kiranya dah habis semua bekalan kita kecuali air," jelas aku.

  "Bagi jelah Ira. Kang kebulur kita jugak yang susah nak kena angkat makhluk ni," Ika memerli. 

  Aku hampir ketawa tetapi tidak menjadi. Mungkin kerana suasana yang suram ini membuatkan makhluk di sini bermuka bengis. Yelah, sedikit ceria pun tak ada.

  "Korang janganlah perli aku. aku tau la aku dah makan banyak tadi. Nak buat macam mana, selalunya aku makan nasi – ni makan makanan ringan je... mau tak kebuluran di buatnya." Farah mencebik. 

  Betul jugak kata Farah, kalau makan makanan ringan memang akan lapar dengan cepat akibat proten yang diambil tidak memadai dengan hasil pergerakkan kami. Sebelum kami bertolak ke dimensi ini, kami pun tidak makan apa-apa makanan berat. Mungkin itu yang membuatkan perut kami menerima kelaparan yang agak berat. Aku hanya boleh berdoa agar kita dapat mencari sumber makanan dengan cepat, haraplah.

  "Okey, kita berehat di sini dulu." Aku memberi cadangan. Farah terus terduduk di atas akar kayu yang besar.

  "Eh, Ika nak gi mana?" Aku sempat menahan Ika dari bergerak terus ke hadapan.

  "Aku nak cari apa-apa sumber yang boleh kita makan sekejap," jelas Ika.

  "Owh okey, jangan jauh-jauh. Kita perlu sentiasa bersama. kau pun tahu sini bukan tempat biasa-biasa."

  "Ye aku tahu, aku pergi depan sikit je." Ika terus menghilang, Farah pulak menghulurkan tangannya. Aku faham benar isyaratnya itu. Haih, makan banyak – gemuk tak jugak.

Bersambung...

Snekpeak;

Tu dia bahasa lembaga... haha sapa yang rasa sukar nak baca bahasa tu bolehlah skip terus baca terjemahnya ya. maafkan author kalau itu menyukarkan suasana readers nak membaca. tapikan kalau readers baca dengan nada orc yang selalu dalam filem tu. perh tengok menjadi ke tak watak tu.

ape pun anda semua terbaik!

jangan lupa Share,Vote,kome untuk kita berinteraksi. terbaiklah!

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now