BAB 47 : Persediaan

404 48 1
                                    

 Satu tusukkan lembing jelas terpacak ke dalam perut si haiwan mitos milik tunggangan si Ika dan Farah. Kejatuhan mereka dari langit ibarat terjun dari kapal terbang tanpa beg keselamatan.

Ika dan Farah tidak menyedarkan diri manakala haiwan mitos telah pun mati dengan ngerinya. Isi-isi perut makhluk terbang itu berlimpangan akibat impak kejatuhannya dari langit yang tinggi.

Aneh. Mereka berdua masih terselamat dengan kejadian ngeri itu. Walaupun masih bernyawa, keadaan Ika dan Farah tetap parah.

Tamrih membuat senyuman sinis yang bongkak. Dia berpuas hati dengan serangan yang dilakukan ke atas mereka.

"Wa kanna bali hanan ding awalan dias ketak rang nungkin. Lauin gal, yah ri tanggal dek plaras. (Bawa mereka kembali ke bilik tahanan dan kawal mereka seketat yang mungkin. Kalau gagal, semua akan aku penggal kepalanya.)" Tamrih memberi amaran keras. Semua kuncunya kelihatan takut dan akur dengan perintah yang diberikan.

"Wanan niyi la wa ke placa ungdi an brafasa alami (Haiwan ini pula bawa ke tempat sajian untuk dijadikan makan malam)," sambungnya lagi. Farah dan Ika diseret sekali lagi ke bilik tahanan. Haiwan mitos itu pula dilapah dan dipotong sehingga menjadi ketulan daging kecil.

* * *

Di istana singgahan AL-Aruwah, Tamrih terus mengahadap Tuan Besarnya untuk membuat laporan. Aruwah hanya memandang Tamrih dengan tidak berpuas hati.

"Afli Ya Lourd. TAnasha sangka ying geli cik indi kandam (Maafkan saya Tuan Besar. Saya tidak menyangka yang mereka terlalu licik seperti ini." Tamrih ketakutan.

"Ani laung da dali waspa! Wa naleka?! (Aku sudah kata suruh kamu berwaspada! Kenapa masih leka?!)" Aruwah bersuara  keras.

"Afli Ya Lourd. Erti kawal ying ani ri kana nahi leh kakukan. Alah dah reka killa nan ajaman. (Maafkan saya Tuan Besar. Sepertinya pengawal yang aku berikan tugasan tidak melakukan tugasan dengan baik. Malah telah mereka turut dibunuh dengan kejam.)" Aruwah menunjukkan riak wajah yang tidak sangka.

"Wat? ika dirajam? wif fak sia nat amah? (Apa? Mereka dibunuh? Oleh manusia lemah?)"

"Yez Ya Lourd. guh la pun ani ngak caya ini laku. (Ya Tuan Besar. Sungguh pun saya sendiri tidak menyangka ini berlaku.)"

"Sadah... sal akna sadah awa balik ruo ada rika adah adai. Gi pun sana nyalah eratan ani. (Sudah... asalkan kamu sudah membawa kembali 2 daripada mereka sudah memadai. Lagipun ini hanyalah jerat aku.)"

"Diaz Ya Lourd. (Baik Tuan Besar.)"

"Rang, rintaha ani tangkara akrasa sadah dia au nak lum? (Sekarang, perintah aku tentang upacara itu sudah bersedia atau belum?)" Aruwah menyoal.

"Sadah Ya Lourd, aksara sadah ulumi sas dia sa. Rang nya lang ngugu Ya Lourd tuk laksa ana, (Sudah Tuan Besar, upacara itu sudah pun tersedia. Sekarang ia hanya menunggu Tuan Besar untuk melaksanakannya,)" jelas Tamrih.

"Diaz! Awak la sia tu rio dik asana. washhi nak mulai aksara tu nang rang! (Bagus! Bawakan manusia itu kedua-duanya ke sana. Kita mulakan upacara itu sekarang!)"

"Diaz Ya Lourd. (Baik Tuan Besar.)" Tamrih mengundur diri dan terus menuju ke tempat tahanan.

*    *    *

 Haiwan mitos meluncur laju. Kadang kala rendah - kadangkala tinggi. Aku memandang sekeliling untuk mencari tempat kami dilambung masuk ke alam ini. 

Wani dibelakang memaut pinggangku erat dengan memejamkan mata. Sebentar kemudian aku menyuruh haiwan mitos itu terbang dengan berpandukan arah sungai mengalir. Itu juga adalah lauan ketika kami hendak menjejak si Wani. Disitu juga kami melihat Tamrih untuk pertama kalinya.

"Situ!" kataku kepada haiwan mitos dan mula terbang ke arah yang aku tunjukkan.

"Kita dah sampai ke?" Soal Wani. Disebabkan angin yang kuat ketika terbang, aku hampir tidak dapat mendengar soalan yang ditujukan oleh Wani.

"Haah! Dekat depan tu jalan keluar untuk kita balik ke dunia kita!" Aku hanya meneka jawapan dan menunjukkan arah yang dituju. Wani hanya mengangguk.

Sebentar kemudian, kami mendarat di kawasan perigi buta dimana – kawasan ini adalah tempat permulaan kami ketika memulakan misi. Aku memerhati sekeliling barap tidak ada serangan hendap terhadap kami.

Aku turun dari tunggangan perlahan dengan mata yang masih meliar sekeliling. Wani turut mengikut. "Wani, kau balik dulu. Tunggu aku kat sebelah sana, okey." Aku memegang tangannya erat.

"Jomlah ikut aku sekali." Wani merayu.

"Tak boleh... Farah dan Ika dalam bahaya. Aku perlu selamatkan diorang cepat. Kau pergilah dulu masuk ke dalam perigi buta ni. Nanti laluan itu akan bawa kau balik ke dunia kita." Aku cuba bertegas. Secara tiba-tiba Wani memeluk aku erat.

"Kau kena selamat Ira. Kau dah banyak berkorban. Aku ni pula menjadi punca untuk korang semua. aku rasa bersalah sangat." Wani mula menangis teresak-esak. Hatiku mula sendu.

"Jangan cakap macam tu. Kau kawan aku, diorang pun kawan aku. Kami cuba membantu kawan kami bila ditimpa kesusahan. Ingatkan, waktu aku menangis semasa kehilangan ayah? Waktu tu, kau selalu dengan aku. Ceriakan hati aku dan membuat aku rasa bahagia dari kekosongan. Aku tak tahu nak berterima kasih macam mana dengan kau waktu tu. Sebab kau dah bagi aku semangat untuk teruskan hidup. Dan... ini masanya aku balas segala kebaikkan yang kau dah buat dekat aku, Ika dan Farah." Air mata aku turut jatuh. Kamu berpelukkan seketika.

"Terima kasih Wani. Sekarang aku hanya minta kau balik dulu. Tunggu kami balik di sebelah sana. Jangan risau, kami kan kuat. Hahaha..." Aku cuba memberi semangat. Wani hanya mengangguk. Mukanya jelas dengan rasa bersalah.

Tidak lama kemudian, Wani pun terjun ke dalam perigi buta itu dan menghilang di dalam kegelapan. Aku merasa puas. Akhirnya, misi menyelamatkan Wani sudah pun selesai.
Sekarang kita mempunyai misi baru untuk menyelamatkan Ika dan Farah. Aku membonceng haiwan mitos itu kembali dan pantas meluncur ke udara. Huuuark!

Bersambung...

Sneak Peak;

Akhirnya misi menyelamatkan Wani telah pun selesai. Tapi - apakan daya, Ira harus cepat untuk menyelamatkan kembali 2 rakannya itu. Haih macam manalah perasaan si Wani. Bersalah? Atau Lega diselamatkan?

Jom kita ke bab seterusnya...

Haa...macam mana readers? okey ke tak bab kali ni. Author nak ucapkan terima kasih yang masih terus mnerus membaca bab A35 ini. Lagi sikit je lagi Readers! you can do it! Terbaik lah!

Jangan lupa Share, vote dan komen untuk kita berinteraksi ya...

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now