BAB 48 : Pengorbanan.

413 40 0
                                    

Dunia manusia – 4.30 pagi. Zush! Wani tercampak keluar daripada loker dan pintu itu segera tertutup kembali dengan sendirinya. Keadaan bilik sekeliling sunyi dan masih gelap seperti tidak ada apa yang berlaku.

  Wani membetulkan posisi badannya kepada posisi duduk dan memerhati kembali ke arah loker dengan penuh harapan. Tidak lama kemudian, Wani berpeluk tubuh dan menangis seorang diri berharap sesuatu yang baik akan berlaku.

*      *      *

Di Dimensi lain pula, Tamrih dan kuncu-kuncunya membawa mangsa-mangsa mereka ke tempat yang dirancangkan. Kawasan yang agak mengerunkan oleh semua makhluk yang mengetahui akan kewujudannya. Tiang-tiang lama yang bersalut dengan pokok-pokok menjalar panjang serta sarang-sarang labah-labah yang hampir diselubungi satu tempat itu.

 Itulah kawasan pemujaan untuk membuat sihir-sihir yang terlarang dari zaman dahulu kala lagi. Tamrih melewati tiang-tiang itu lalu ke tiga batu yang terdampar seperti meja di atas bukit kecil yang berkelihatan seperti pentas dan dikelilingi dengan obor sepanjang jalan.

 Duk! Duk!

 Hentakkan demi hentakkan ke tanah telah dibuat oleh kuncunya dengan lembing. Susunan barisan mereka seperti menyambut kehadiran raja-raja agung.

 Sepanjang jalan itu juga, kuncu-kuncu yang lain tidak terlepas dari membaca mentera yang telah dihafal sejak purba kala. " Umma kalih la ra um sa (Makhluk kebebasan dunia) "

Farah dan Ika dibaringkan serta diikat tangan dan kaki di atas batu manakal ruangan batu di tengah pula dibiarkan kosong. 

Tamrih berdiri di tepi dan mula memberi ucapan kepada kuncu-kuncunya. "Nakhi nahli,Ansta la raih nul kuram! (Hari ini, kita telah mencapai kemenangan besar!)"

"Yar! (Yeah!)" Sahut kuncu-kuncunya.

"Ding natta lah ra guh nara washa bin dan rorah ya Lourd, naa wsha dil kutatan ying biasa pada ucacara ying din langsung. Ding , kutatan nah wshi gunani tok jahjas lurh saksi dunia. Akun washi tella outasar, oulih wsashi kuatsha! (Dengan penat lelah dan kesungguhan kita melakukan perintah Tuan Besar, kini kita akan mendapat kekuatan yang luar biasa daripada upacara yang akan berlangsung ini. Dan, kekuatan ini akan kita gunakan untuk menjajah keseluruh pelusuk dunia ini. Akan kita memberitahu mereka yang luar sana, bahawa kitalah yang berkuasa!)"

"YAr! (Yeaah!)" Sahutan demi sahutan diberikankan oleh kuncu-kuncunya. Jelas sekali mereka begitu bersemangat dengan ucapan yang diberikan oleh Tamrih.

"Butta mus massa, sailatan Ya Lourd Al-Aruwah tok laksana acura bil dun! (Tanpa membuang masa, dipersilakan Tuan Besar Al-Aruwah untuk melaksanakan upacara ini!)"
Dari jauh, kelihatan Aruwah sedang berjalan dengan megah dan takbur. Disampingnya pula didampingi oleh makhluk kecil yang memakai jubah menutup seluruh badan serta kepalanya.
Perjalanan mereka diiringi dengan muzik hentakkan lembing ke tanah serta laungan megah daripada kuncu-kuncunya yang bersemangat.

"Yez, Ya Tamrih. Luk lat laksana what di ana birruh. Nar anan ana upkasa luk diris di smpangan ana li siasa. (Bagus, Tamrih. Kau telah laksanakan apa yang aku suruh. Sekarang akan aku naikkan pangkatmu untuk berdiri disampingku sentiasa.)" Aruwah memuji.

"Tank Ya Lourd. Nan isa harmatan, ana rimasa upsara dil karigan itas. (Terima kasih Tuann Besar. Dengan rasa hormat, saya menerima pangkat yang diberikan itu.)" Tamrih melutut di hadapan Aruwah dengan penuh kehormatan.

"Tahram! Washi ankka uah la, listana! ni kat dala resolva naru fil kaunna washa! Ding resolasa aknara washi bil tawan nak dunia! who sasa ini yaknala Ana! (Baiklah! Semua anak buahku, dengarlah! Ini adalah revolusi baru untuk kaum kita! Dan, revolisi ini akan membawa kita menawan dunia! Siapa menyokong aku!" Aruwah memberi kata dan disambut meriah oleh kuncu-kuncunya.

" Na...! Ana kenala dautaha! (Sekarang! Aku memperkenalkan, anakku!)" Aruwah mengangkat tangan makhluk misteri itu dan membanggakannya dihadapan kuncu mereka.

Kekecohan tadi mula pudar dan berkeadaan tegang. Masing-masing melihat tuan mereka dengan tidak percaya. Rupanya, Aruwah telah bersiap sedia untuk sesuatu yang luar biasa dari jangkaan mereka sendiri.

"Yram, dautaha. kam sih ring bil adas aja bakatu laih. (Baiklah, anakku. Kamu baringlah ke atas meja batu itu.)" Aruwah menunjukkan meja batu yang di tengah.

"Fam Ya Lourd. (Baik ayah.)" Sahut makhluk misteri itu lembut dan terus baring di atas batu.

"Yez...Tamrih! Reda rid! (Bagus... Tamrih! Bersiap sedia!)" Aruwah berdiri rapat di kepala makhluk misteri itu dan memegang kepalanya dengan tangan kirinya. Tamrih pula bersedia dengan pisau lipat kepunyaan Ira dan berdiri di batu yang berhampiran Farah manakala kuncunya yang terpilih berbuat demikian dengan berdiri di sebelah Ika.

Mereka bertiga telah pun berada di posisi masing-masing untuk melakukan upacara terlarang iaitu pertukaran roh. Perancangan ini telah lama diidamkan oleh Aruwah sejak berkurun lamanya. Sebelum ini, mangsa yang ditangkap itu selalu melalui kegagalan untuk mengawal dan akhirnya berakhir dengan kematian. 

Syarat untuk melakukan upacara ini mestilah mempunyai kepercayaan diantara dua jasad yang ingin ditukar rohnya dengan mengorbankan dua nyawa untuk penyatuan tubuh yang baru.
Bagi Aruwah, sekaranglah masa yang sesuai untuk melancarkan perancangannya. Dia bukan saja mendapat mangsa yang mempercayainya, malah mendapat nyawa yang dikehendaki juga.Jika manusia yang melarikan diri itu juga dapat ditangkap, itu boleh dikira bonus untuk dirinya.

Aruwah membaca mentera terlarang sambil tangan kirinya memegang kepala makhluk misteri dan tangan kanan pula bersedia untuk menikam. Begitu juga dengan Tamrih dan kuncu yang lain, tangan mereka mengenggam erat padasenjata pilihan mereka.

"Erm... aku kat... mana?" Ika mulai sedar dan terkejut. Dia melihat keadaan sekeliling dan mendapati dirinya akan ditimpa bencana.

"Lepaskan aku!" Ika meronta-ronta. Kuncu terpilih disebelahnya mulai cemas dengan perlakuan Ika.

"Raxxa kunca. manu nil nahlih. sipda arah nya mana. (Bertenang anak buahku. Dia tidak boleh membuat apa-apa. Bersedia menerima arahan.)" Kuncu pilihan itu mengangguk dan berkeadaan sedia semula.

"Narih! (Sekarang!)" teriakan Aruwah seiring dengan tikaman di jantung anaknya. Ika pula meronta dengan lebih kuat setelah melihat makhluk di sebelahnya dirodok dengan kejam. Darah merah pekat mengalir penuh di atas meja batu itu.

"Ahhh... Lepaskan aku, aku kata – burp..." Tusukan kuat dari mata pisau itu tepat ke jantung Ika dan Farah. Ika terbeliak seakan anak matanya ingin terkeluar. Segala rontaannya adalah sia-sia belaka. Akhirnya pengembaraan mereka berdua telah pun tamat dengan tergedi yang ngeri. Mereka mati dengan serta merta tanpa belas kesihan.

Darah Ika mengalir dari hidung dan mulutnya serta mata terbuka luas menandakan mati dengan penuh penyeksaan. Keadaan Farah pula seperti tidur lena gara-gara tusukan itu berlaku luar dari kesedarannya. Mentera daripada Aruwah juga berhenti dan kesemua makhluk di situ berdiam diri.

Jasad Aruwah perlahan-lahan jatuh ke tanah dan Tamrih menyambutnya lalu membaringkannya dengan hormat. Jasad Aruwah sepertinya tidak lagi berpenghuni umpama cekerang yang ditinggalkan kosong.

Kini, Tamrih tumpu pula pada susuk tubuh makhluk korbanan Aruwah. Dilihatnya teliti dan mendapati tangan makhluk itu bergerak perlahan-lahan.

"Aksara bil dun! (Upacara selesai!)" Laungnya dengan kegembiraan turut disambung mesra oleh pengikut-pengikut setianya. Semua bersorak seperti membuat jaringan gol penghabisan.

Tanpa membuang masa, pisau pada dada makhluk itu dicabut oleh Tamrih perlahan lantas tubuh itu terus mengambil nafas seperti kehilangan udara. Tubuh baru itu tercungap-cungap seakan baru mengerti cara untukbernafas. Luka pada tubuh itu beransur pulih seperti sediakala seakan-akan tidak pernah disentuh.

Tubuh baru itu cuba untuk berdiri dengan dibantu oleh Tamrih. Tangannya diangkat tinggi menandakan upacara itu telah berjaya setelah sekian lama menanti. Aruwah tersenyum lebar.

A35 [COMPLETE ✓] WATTYS 2020Where stories live. Discover now