SATU

385 14 2
                                    

Kelajuan kayuhan basikal fixie dimaksimumkan dengan penuh berhati-hati agar ia cepat tiba ke arah yang ditujukan. Dalam perjalanan gadis yang sedang mengayuh basikal menuju ke kedai runcit Pak Ali, serta merta kayuhan basikalnya diberhentikan sebaik sahaja dia melihat sebuah rumah sebuah yang pada mulanya tiada berpenghuni dan kini kelihatan sepertinya, sudah berpenghuni. Kelihatan dari jauh juga, sebuah lori berpakir di perkarangan rumah tersebut.

"Siapa yang baru pindah tu ye?." Soal Sufia dalam hati. Oleh kerana keinginannya untuk tahu terlalu tinggi, Sufia memasuki perkarangan rumah itu. For information, dia bukanlah Makcik bawang yang suka mengambil tahu hal orang, namun dia hanya sekadar ingin mengambil tahu agar ia tidak ketinggalan zaman.

Sufia memakirkan basikalnya berhampiran dengan dua orang lelaki muda yang sedang sibuk mengeluarkan barang dari belakang lori itu.
"Assalamualaikum.." Sufia membrek basikalnya lalu turun ke bawah dan memberi salam kepada dua lelaki muda itu
"Waalaikumsalam.." Dua orang lelaki itu tergamam dengan kehadiran Sufia di situ
"Ye saya?." Soal salah seorang daripada lelaki. Manakala seorang lagi lelaki  yang berdekatan dengannya, terlopong dan terpesona melihat wajah Sufia yang seiras orang Melayu berkacukan Korea!
"Awak berdua ni, baru pindah ke sini ye?." Soal Sufia
"Ye,  kami berdua orang baru di sini.. Oh ya, kenalkan saya Ayie Zairi,  boleh panggil Ayie ataupun lebih mesra panggil abang... boleh saya tahu nama cik adik manis ni?." Pipi Sufia merah padam. Lelaki yang bernama Ayie atau lebih mesra dipanggil Yie memperkenalkan dirinya dengan penuh sweet.
"Nursufia Raisha.. panggil saya Fia je,..." Sufia pula memperkenalkan dirinya kepada lelaki itu
"Nama saya Falique panggil Faliq je.." Lelaki yang bernama Faliq pula memperkenalkan dirinya pada Sufia
"Cantiknya awak.."
"Apa dia?." Soal Sufia pura-pura tidak dengar tapi sebenarnya dia dengar
"Nothing.."
"Nak saya tolong abang-abang berdua?." Sufia menawarkan bantuan kepada mereka berdua
"Ehh.. tak payahlah susah-susah.. ini kerja lelaki je.. perempuan tak sesuai angkat-angkat berat ni.." Ayie jual mahal
"Tak pe.. saya dah biasa angkat-angkat barang.. kalau abang berdua mahu, saya boleh tolong angkat barang.. saya tolong ikhlas dari hati.." Sengaja Sufia mahu mengutip pahala di hari Jumaat yang mulia ini "Ok je kalau awak nak.." Peluang sebegitu rupa, tidak akan disiakan begitu sahaja.
"Ok.."

Sufia pun membantu Ayie dan Faliq mengangkat barang2 mereka masuk ke dalam rumah itu. Dalam kesempatan itu, Faliq merenung ke arah Sufia yang sedang mengangkut barang bersama dengan Ayie.

Sesudah barang-barang mereka selesai dipunggah, Ayie mempelawa Sufia supaya minum petang bersama dengan mereka berdua
"Jemputlah masuk Fia, kita minum petang sama.."
"Tak apa lah, segan masuk rumah awak.. " Sufia mahu tapi malu
"Ala.. bukannya saya sorang dalam rumah ni, Faliq kan ada.. jadi, tak ada lah kita berdua je.. lagi pun mesti awak penat bantu saya angkut barang tadi.. " Ayie faham yang Sufia segan nak menerima pelawaannya
"Hmm.."

Ayie menjamu menu minum petang kepada Sufia. Kelihatan Ayie menghidangkan kuih pau serta teh panas.
"Jemputlah minum, biasalah, air orang bujang.." Ayie mempelawa Sufia yang masih segan silu. Dia tidak biasa bertandang ke rumah orang yang dia tidak kenali
Sufia menghirup secangkir teh Cameron Barat  yang Ayie hidangkan kepadanya kemudian pula, Sufia mengambil sebiji kuih pau berintikan kacang merah. Lalu, Sufia menikmati kuih pau itu
"Hmmm.. sedapnya.." Sufia puji kesedapan kuih pau
"Jemput2 jangan malu-malu kalau nak tambah lagi.."

Ayie rancak berbual dengan Sufia ketika mereka berdua sedang menikmati minum petang bersama Faliq juga turut sertai.

Beberapa minit kemudian..

"Ayie,... Fia minta diri dulu ya.. hari nak senja nanti ibu dan ayah Fia risau pula.. terima kasih sebab jamu Fia minum petang tadi.." Sufia ingin mengundur diri
"Terima kasih juga diucapkan sekali lagi sebab Fia tolong Ayie tadi.." Ucap terima kasih Ayie kepada Sufia
"Kasih diterima.. "
"Oh ya.. dari tadi kita duk bersembang, Ayie tak tahu Fia tinggal di mana.."
"Rumah Fia nunnnn... dekat hujung kampung tu je abang Ayie belok kanan, masuk simpang kiri.. itulah rumah Fia.. ada masa, jemputlah datang ke rumah Fia.." Sufia sudah serasi memanggil Ayie dengan panggilan abang Ayie ketika mereka berdua berborak seketika tadi
"InsyaAllah.."  Ayie mengangguk tanda faham
"Assalamualaikum.. ada rezeki kita jumpa lagi.. " Sufia mula mengayuh basikal fixie nya
"Wa alaikumsalam.. hati-hati kayuh basikal tu.." pesan Ayie
Ayie perhatikan kelibat Sufia hingga hilang dari pandangan matanya

Aqilah Vs Zalikha (OG) Where stories live. Discover now