A

215 16 1
                                    

Incheon,
International Airport
14:35 pm

Taptaptap

Seorang namja berlari tergesa-gesa, bunyi tapak kasut bergema dilapangan terbang dengan peluh mengalir disekitar muka rupawannya. Dahinya mengeryit melihat sekeliling mencari tempat duduk sementara menunggu teksi tiba, matanya berhenti apabila melihat tempat duduk kosong berdekatan dengan pasu bunga yang menarik perhatiannya. Kakinya melangkah menuju tempat duduk.

“Akhirnya, aku datang ke korea” guman Jongin memerhatikan orang yang sibuk dengan diri sendiri.

Kim Jongin, seorang namja berumur 22 tahun berdarah kacukan Chinese-Korean. Tinggal bersama kakaknya yang di China tapi dia memilih untuk berpindah ke Korea tempat Ibunya berada. Kisah hidup Jongin bukan dalam drama yang selalu dia tonton, di reality kehidupan Jongin bagaikan kapal pecah yang terbelah. Kedua ibubapanya bercerai kerana ego dan tiada rasa cinta dihati mereka, sanggup meninggalkan tanggungjawab daripada memberi kasih sayang kepada anak mereka. 

Tujuan Jongin ke Korea selatan kerana ingin bersemuka dengan ibu kandungnya. Jongin dibesarkan oleh neneknya di China bersama kakaknya.

Jongin menghela nafas dan termenung memandang lantai. Tiba-tiba Jongin merasa gelisah seperti seseorang memerhatikan gerak gerinya, mencuba bersikap tenang dia melihat jam lalu beredar dari situ menuju teksinya.

Perasaan aku je macam seseorang perhatikan aku bisik hati Jongin mencuba mengabaikan debaran dihatinya.

Dalam hati Jongin berdoa agar dirinya baik sahaja sepanjang dirinya di Korea.

Tidak jauh dari kawasan Jongin duduk terdapat kelibat seorang berpakai hitam memerhatikan gerak geri Jongin. Tangannya mengeluarkan phone membuat panggilan sambil matanya tidak lepas dari Jongin.

16:30 pm
Someone is calling...

Yeobaseyo??

.....

Hey? Nuguya?

.....

Hellu hellu

You're mine,  monster bride

Pip

Jongin termenung sekejap mendengar suara panggilan tidak kenalinya. Punya berfikirlah ape jaddah budak zaman sekarang main senyap and speaking pulak. Tanpa mengambil kisah Jongin buat acuh tak acuh sambil minum kopi ala diva.

“You can call me monster, I'm creeping in your heart babe” semerdu-merdu suara Jongin, otak dia pun tak betul sangat. Berat sebelah ringan sebelah.

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.



Orang-orang sekelilingnya melihat tingkah Jongin ketawa geli kerana terhibur. Jongin seolah olah didunianya sendiri, menikmati harinya di korea tanpa tekanan lagi.

Pertama sekali, Jongin harus mencari kerja dan kemudiannya ibunya.

Han river,
Shunsen-ko, Joan-myeon, Namyangju-si
18:45 pm

Matahari tenggelam nampak indah dimata Jongin, angin meniup rambut panjangnya. Sejuk duh bergetar ni. Senyuman tidak dapat disembunyikan dari bibir Jongin.

“Segarnya dekat sini. Mungkin aku stress sangat sampai tak dapat rasa setenang macam ni” Dia melihat langit malam yang menghitam.

Sudah 2 jam dia mengambil angin diluar, Jongin memasuki kereta dan memakai seatbelt. Tangannya menghidupkan enjin kerata, handphonenya berdering menandakan message masuk, dengan malas Jongin memeriksa muka kehadapan anak matanya melirik membaca pesanan text.

18:50 pm
89xxxxxx

We'll meet just in few days 💕

Jongin menjulingkan anak matanya membaca message tak dikenalinya. Mengelengkan kepala, handphone dibaling belakang tempat duduk tanpa belas kasihan. Sudah merasa kaya ya budak sekarang.

Tingkap dibuka lengan dikeluarkan ala pakcik lori, muka pokerface dan lidah? Terjelir-jelir macam anjing ambil angin diluar.

“UUWWUU MALAM NI KITA MAKAN BABI PEDAS EBIBADEH! ” laung Jongin. Tiba-tiba kertas terbang melekat dimuka Jongin, silap hari bulan koma sebulan kalau accident ni. Nasib baik tak kemalangan. Dajjal punya kertas.

Bunyi kertas melayang dimana-mana menarik perhatian semua orang. Ramai diantara mereka mengambil gambar atau merakam kejadian tersebut. Dilangit berjuta kertas kapal terbang berterbangan di kota Seoul yang indah.

Riak wajah Jongin tidak dapat disembunyikan lagi, dia terkagum-kagum melihat kertas tersebut dan berakhir menjadi sebuah perkataan tapi perkataan terakhir membuatkan Jongin kaku.

In the fifth, suddenly dark and we meet

Kim Jongin; monster bride

Aku mimpi ke sekarang ni? Or banyak lagi nama macam aku dekat korea ni? Semestinya tidak, ‘monster bride’ tu aku ingat lagi - Jongin berbisik dalam hati.

TBC

Amacam best tak? Kalau nak tahu author akan tambah-tambah patah perkataan bila masa lapang nanti. Bye lu.

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Aug 08, 2018 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

You Can Call Me Monster [HUNKAI/MALAY]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang