Chapter 31.

4.7K 182 16
                                    

"Eizzlan!"

Laung Aulia beberapa kali diselangi dengan ketukan pada pintu. Dia masih menunggu sahutan Eizzlan. Namun, tidak lama dengan itu bunyi tombol pintu terbuka terlihat Eizzlan mengelap rambutnya yang basah agak menggunakan tuala kecil pada lehernya.

Aulia terkesima melihat wajah kejantanan lelaki itu selepas mandi. Terlihat sungguh panas tapi bukan hati.

"hm nak apa?"

"Aku nak tanya, kau pergi kem tu nanti?" Soal Aulia ingin pastikan Eizzlan pergi ke kempen itu nanti. Tiadalah dia rasa kesunyian tanpa Eizzlan.

"Haah." Jawab Eizzlan acuh tidak acuh. Aulia menghela nafas lega, dia tidak lagi terasa beban kerana Eizzlan akan pergi juga ke kempen itu nanti.

"Hm... Aku pun pergi," senyum Aulia senang. Eizzlan jungkit satu kening seakan acuh tidak acuh.

"So?"

"Kalau takda apa-apa, aku tutup pintu nak pack barang," belum sempat Eizzlan menutup pintu, Aulia terlebih dahulu menyekatnya dan menahan pintu itu tertutup rapat. Eizzlan terkejut dengan perbuatan Aulia yang tiba-tiba saja menghalangnya.

"Asal?"

"K..kalau aku nak pack kan baju kau boleh?" Pinta Aulia dengan segan-silu. Eizzlan memandang Aulia atas sehingga bawah sebelum dia memberikan gadis itu masuk ke dalam biliknya. 

Lalu kaki gadis itu masuk ke dalam sehingga nampak di atas katil masih bersepah dengan baju yang belum lipat ke dalam beg galas. Aulia duduk di birai katil dan melipat semua baju itu dengan kemas masuk ke dalam beg. Eizzlan pula sudah duduk melayan neftlix pada skrin televisyen.

Sudah siap semua kelengkapan barang. Dia letakkan beg galas tadi di bawah bersebelahan dengan katil Eizzlan. Aulia bangun dan menghampiri Eizzlan yang terleka melayan movie.

"A..aku dah pack semua barang kau," kata Aulia dengan lembut. Dia memerhati Eizzlan yang mengangkat kedua kening tanda terima kasih.

Gadis itu agak rindu untuk dia berbaik semula dengan suaminya. Dia rindu dengan kemesraan mereka berdua dan gelak ketawa bersamanya.

Perlahan-lahan Aulia melabuhkan punggung disebelah Eizzlan dan memeluk lelaki itu dari sisi. Mukanya dibenamkan pada dada tegap Eizzlan membuatkan lelaki itu terkejut.

"E..ehh k..kau.."

"Please Eizzlan... Sekejap je," kata Aulia menahan sebak namun tangisannya tidak dapat lagi untuk dibendung akhirnya berderai membasahi baju Eizzlan.

Cepat-cepat Aulia bangun untuk mengelap kesan air mata pada baju Eizzlan. Jelas tampak sangat banyak tangisannya. Dia terasa malu apabila air matanya tidak mampu kawal saat ini.

"S..sorry.. a..aku ambik baju lain eh? Dah basah baju kau," belum sempat gadis itu bangun pantas lengannya ditarik oleh Eizzlan dan lelaki itu menggeleng tanda tidak mengapa.

"Takpa, aku nak tidur."

Aulia faham apa yang dimaksudkan oleh Eizzlan sendiri. Dia bergegas untuk bangun dari sofa dan meminta diri untuk masuk ke dalam biliknya semula. Walaupun perasaannya ketika ini sangat hampa tapi dia sudah lepaskan rindu dia terhadap Eizzlan.

Itu buatkan dia sedikit lega.

Aulia masuk ke dalam biliknya semula dan menyelimuti tubuhnya dan bertemankan air mata sepanjang malam tidurnya. Itu saja mampu dia luahkan perasaannya ketika ini. Ya... Tangisan saja mampu mengubati hati luka.

---

Aku keluar dari dalam bilik aku. Terasa hiba apabila aku terlihat air mata Arisha tadi mengalir. Aku rasakan aku suami yang tidak berguna untuknya. Haih... Apalah punya suami aku ni boleh biarkan isteri aku tidur dengan air mata.

[EDITING] Abang Pengawas Paling Hot! ✓Where stories live. Discover now