Rumah Pangsa Sri Pulau Pinang

28 0 0
                                    

AKU tinggal di suatu kawasan rumah pangsa. Berdekatan rumahku ada tangga untuk memudahkan penduduk kawasan ini berulang-alik. Suatu hari, adikku berbasikal di luar rumah. Ibuku meminta aku menemani bersama, tetapi aku enggan kerana banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan. Ibu tidak mendesak lagi lalu beredar ke dapur untuk memasak.

   Tiba-tiba kedengaran suara budak lelaki menangis. Pintu depan rumahku diketuk dengan kuatnya berkali-kali. Aku berdebar-debar dan cemas. Ibu tergesa-gesa membuka pintu dan mendapati jiranku berdiri di situ sambil memapah adikku. Dia memberitahu ibu, bahawa adikku terjatuh tangga. Tangan dan kaki kirinya terseliuh. Ibu begitu cemas lalu meminta jiran yang baik hati itu menghantarkan adikku ke klinik memandangkan bapa masih belum pulang.

  Aku bersyukur kepada Tuhan kerana menyelamatkan adikku. Aku tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya adikku mengalami kecederaan yang lebih serius.

 Aku tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya adikku mengalami kecederaan yang lebih serius

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Adik Jatuh TanggaWhere stories live. Discover now