Epilogue: Extended Version

774 71 6
                                    

Jimin merenung tajam ke arah Jungkook yang kini sedang menatap wajahnya dengan senyuman sinis. Jimin menggeleng perlahan dan dengan perlahan air matanya tumpah ke bumi.

"Kau... Kenapa kau bunuh dia?"

Jin memandang wajah Somi bersama senyuman.

"Han Somi lebih baik awak lari je.. Sebab awak tak terlibat pun jadi lebih baik awak keluar dari sini."
"Tapi awak..."
"Saya bersalah.. Dan memang patut dikenakan hukuman."
"Tak.. Awak pun kena lari... Lari jauh dari sini."

Jin tersengih. Dia mula ketawa kecil. Somi mengerutkan dahinya. Jin memandang wajahnya serius.

"Ya... Saya akan lari... Tapi saya mesti berjumpa dengan Jimin dan bawa Jimin lari dengan saya."
"Jimin... Dia ada kat pulau Jeju dengan Ara."
"Oh... Ya saya dah boleh agak. Selamat tinggal Somi."

Jin mula membawa Somi ke tempat parking keretanya. Dia menekan punat kunci kereta dan membuka pintu kereta untuk Somi. Masa sedang berjalan. Kamera cctv masih lagi tidak berfungsi. Dia mesti cepat sebelum sistem kamera tersebut kembali berfungsi.

Somi memandang ke arah Jin. Dia tidak pasti jika dia sepatutnya meninggalkan Jin di situ dan menelefon pihak polis atau membiarkan saja. Sebelum Jin sempat melangkah pergi. Somi lantas menarik tangannya.

"Jin... Adakah salah saya jika saya dah mula menyukai awak?"

Kata² Han Somi itu menyebabkan Jin berhenti melangkah. Dia berdiri membelakangi Somi.

"Ya. Awak salah kerana menyukai seorang pembunuh seperti saya... Jadi jangan pernah awak cuba untuk mencintai saya Han Somi. Ini adalah pertemuan kita buat kali terakhir."

Jin mula membuka langkah dan berlalu pergi dari situ. Han Somi menundukkan wajahnya dan membiarkan saja Jin pergi meninggalkannya. Dia terus menapak masuk ke dalam perut kereta dan enjin kereta dihidupkan.

"Mesti kau nak tanya aku... Kenapa aku bunuh dia kan?"
"Mangsa kau yang seterusnya adalah aku bukan? Jadi bunuhlah aku... Jungkook."

Jungkook menyemburkan ketawa jahatnya. Dia menggeleng kepalanya perlahan sebelum bergerak ke arah Jimin yang sedang jatuh terduduk di atas lantai. Bunga ros tadi dipijak oleh Jungkook. Kini Jungkook berdiri tegak di hadapannya bersama dengan pistolnya di dalam genggaman.

"Kau ni memang takkan faham kan? Aku dah lama berdendam dengan kau... Jadi kalau aku bunuh kau... Maknanya aku tak dapat nak tengok betapa terseksanya kau selepas kematian Lee Ara. Ya aku bunuh dia. Jadi apa yang kau boleh buat? Tikam aku macam sebelum ni? Kenapa kau tak bunuh aku terus ya? Sebab aku ni kawan kau macam tu? Bodoh!"

Jimin melepaskan keluhan berat. Dia lalu bangun dan menumbuk wajah Jungkook menyebabkan Jungkook terdorong untuk jatuh ke belakang. Dan Jimin cepat² memanjat tubuh Jungkook dan menumbuk wajah nya berulang kali.

"Aku benci kau! Kau memang patut mati! Mati kau Jeon Jungkook!"

Setiap tumbukannya, Jungkook terima dengan gelak ketawa bergema di dalam rumah tersebut.

Wajah Jungkook sudah pun dipenuhi dengan darah dan kesan lembam. Jimin akhirnya berhenti lalu bangun sebelum berlari keluar dari situ. Tangannya sudah pun dipenuhi dengan cecair merah yang mengalir tumpah ke lantai.

Dia berhenti berlari di hadapan ombak. Dia menjerit dan menangis macam orang gila. Dalam sedunya itu dia ternampak bayangan Ara sedang melambaikan tangannya.

"Kalau aku mati... Aku pasti akan dapat bertemu dengan kau Ara. Aku tak sanggup hidup di dunia tanpa kau Ara. Jadi lebih baik aku mati."

Dia mula berlari ke arah laut. Makin lama makin dalam.

"Jimin!!!"

Terus Jin berlari masuk ke dalam air laut dan cepat² berenang menarik tangan Jimin sebelum dia lemas. Dia terus mendapatkan Jimin dan mendakap tubuh Jimin yang tiba² menjadi agresif. Jimin bertindak menolak tubuhnya dan meronta ronta dalam pelukannya.

"Lepaskan aku hyung! Aku rela mati hyung! Biarkan aku mati hyung!"
"Sedarlah Jimin! Jangan jadi macam ni! Jimin tahu kan hyung sayangkan Jimin! Tolonglah.."
"Ara dah tiada hyung... Hyung tolong Jimin hyung..."

Rayu Jimin di dalam pelukan Jin sebelum dia ditarik semula ke darat. Dan di situ di terbaring di atas pasir pantai dan tidak sedarkan diri.

Mata Jimin terbuka luas. Sinaran matahari menyilaukan matanya. Dia dengan perlahan menyengsotkan tubuhnya ke kiri sebelum bangkit dari katil. Sentuhan dingin lantai menyebabkan dia menggeletar. Matanya berkedip kedip memandang sekeliling.

"Hospital..."

Pintu bilik terbuka dan muncul Somi dengan wajah yang risau.

"Awak ok Jimin?"
"Mana Ara?"

Soalan itu menyebabkan Somi terkesima. Dia kaku di situ sebelum air matanya deras mengalir.

"Dia dah tak ada Jimin... Buat selamanya... Pengebumian nya lancar saja..."
"Ah...."

Jimin terundur sedikit sebelum rebah di atas katil dengan linangan air mata.

"Aku sangka aku bermimpi.. Tapi semua tu realiti yang terlalu pahit untuk aku menelannya."

"Jin ada cakap yang dia tak dapat nak jumpa awak... Dia dan Jhope dah tak ada kat Korea ni..."
"..."
"Namjoon... Awak kenal kan dia?"

Jimin mengangguk dengan wajah yang sayu.

"Dia pun dah hilangkan diri dia... Entah ke mana dia pergi..."
"Jeon Jungkook tu dah mampus ke belum?"

Somi agak terkejut apabila tiba² saja Jimin mengangkat muka dengan perubahan air mukanya itu. Agak menakutkan dia.

"Dia sekarang ni ada kat dalam penjara..."

Sekali lagi Jimin mengangguk perlahan. Dia berasa kosong. Sudah tiada ruang untuk diisinya. Dirinya terasa begitu kosong.

"Jimin... Awak ok?"
"Bawa saya ke pulau Jeju..."
"Tapi..."
"Sekarang..."

"Baru sebentar tadi aku bermimpi. Mimpi yang indah sewaktu aku bertemu mu buat kali pertama dan yang terakhir. Selamat tinggal Ara.. Semoga kita akan bertemu semula."

Jimin berjalan bersendirian di tepi pantai bersama dengan sebuah senyuman yang lebar. Dia menatap pemandangan yang tersergam indah di hadapannya kini. Laut.

-FIN-






[√] LET ME IN S2 | P.J.MWhere stories live. Discover now