Cita-Cita

31 0 0
                                    

Cita-cita hidup seseorang itulah yang menjadi ukuran kebesarannya. Apalah sebabnya maka ada manusia yang diberi gelaran 'orang besar' dan ada pula yang bergelar 'orang kecil' kalau bukan kerana cita-citanya?

Macam-macam segi kebesaran manusia, dan manusia-manusia besar itulah yang menjadi pandu kemajuan masyarakat pergaulan hidup ini. Orang yang dinamai besar, ialah yang hidupnya mempunyai suatu fikiran, suatu cita-cita dan suatu iradat, kemahuan, untuk mencapai cita-cita itu. Sebetulnya tiap-tiap manusia mengandungi suatu maksud yang mulia. Setiap manusia ingin kaya, ingin ternama dan mengerjakan suatu pekerjaan yang mulia.

Tetapi suatu cita-cita yang tidak dituruti dengan perjuangan dalam kehidupan, dengan sakit dan senang, jatuh dan bangun lagi, hidup di dalam pujian dan celaan, sanjungan dan hinaan; dan tidak berani mengadapi banyak teman dan musuh, tidaklah mungkin jadi orang besar. Cita-cita yang tidak diperjuangkan, terbenamlah dia dalam diri, dilingkungi oleh ragu, takut, cemas, mundur-maju dan lain-lain. Itulah yang menyebabkan tidak dapat maju, dan tetap kecil.

Berbagai-bagai segi kebesaran itu; besar dalam politik, dalam peperangan, dalam falsafah dan dalam agama. untuk mengukur kebesaran, lihatlah alam yang ada di sekeliling orang besar itu. Bagaimana dia melepaskan dirinya daripada kesulitan dan marabahaya, dilingkungi oleh tali temali yang mengikat.

Ayahku | HAMKA

#DanauManinjau
#SumateraBarat
#maninjau
#kembaraHamka
#jejaktarbiah

Kredit FB: @nazrin afifi

Coretan PenaWhere stories live. Discover now