[ complete]
✧✧✧✧
Kisah seorang gadis biasa yang terpaksa berkahwin dengan bekas teman lelakinya ketika zaman sekolah menengah dahulu atas sebab wasiat terakhir arwah abahnya.
" Kau dari zaman sekolah menengah dulu hinggalah sekarang tak pernah kalau...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
✧✧✧✧
Sudah 3 hari berlalu sejak perang mulut yang berlaku di antara Hanna dan Adam.
Hanna dan Adam masih melancarkan acara memboikot suara terhadap masing-masing. Mereka berdua sering mengurungkan diri di dalam bilik masing-masing. Jika mereka berdua terserempak ataupun berselisih di dalam rumah, mereka hanya buat tidak tahu. Bagaikan masing-masing seperti angin yang berlalu.
Hanna keluar dari biliknya. Dia hanya melihat Adam yang sedang menonton TV itu dengan sekilas pandang.
Dia berjalan ke arah dapur, untuk mengisi perutnya yang dari semalam tidak diisi.
Adam hanya menjeling tajam Hanna yang berlalu ke arah dapur. Matanya kembali tertancap pada skrin TV.
Dari semalam, seharian dia duduk di hadapan TV kerana menunggu Hanna keluar dari biliknya, tetapi hampa apabila gadis itu langsung tidak keluar dari biliknya. Dia tahu Hanna tidak keluar kerana dia masih berada di hadapan TV.
Dia tersenyum sinis.
' Hanna, Hanna. Kalau dah lapar tu, keluar jelah. '
Hanna melihat bahan-bahan yang masih tinggal di dalam peti sejuk itu.
Dia berfikir sejenak di hadapan peti sejuk itu. Dengan bahan-bahan yang masih tinggal itu, dia hanya dapat memasak ayam masak merah sahaja.
" Aku tak nak masak ayam masak merah. " Rungut Hanna. Tetapi apabila perutnya sekali lagi berkeroncong meminta untuk diisi, dia akhirnya mengalah.
Adam memandang skrin TV dengan tajam. Mata sahaja di TV, tetapi fikirannya melayang mengingatkan tentang kejadian semalam, di mana Farisha menelefonnya mengatakan dia telah berada di London.
" Adam. I dah sampai London. I dah mula rindukan you lah. " Rengek Farisha yang berada di panggilan sana.
Adam menjulingkan matanya ke atas. Baru sekarang dia terasa menyesal apabila asyik berkepit dengan Farisha.
' Hah, hadaplah kau perangai gedik dia. '
" Alah you. Sekejap je tu. Tahun depan mesti you balik kan? " Adam melembutkan suaranya. Biarpun dalam hati dah panas memarahi dirinya yang terlalu suka mengayat perempuan itu.
" You kata sekejap? Setahun tu lamalah, sayang. " Rengek Farisha lagi.
Adam mengurut dahinya.
" Tak apa, you just study, I janji I akan tunggu you. Cepat balik tau sayang. Okay bye. "
Cepat-cepat Adam mematikan panggilan. Tak sanggup lagi digoda oleh wanita itu. Tiba-tiba telefonnya bergetar tanda mesej masuk.