PART 18

155 17 4
                                    

SEDARI Luna sudah beredar  dari rumahnya barulah Daniel keluar dari bilik.Seperti biasa rumahnya sudah pun  bersih dan kemas.

Pakaian  kotor miliknya  juga sudah siap di basuh dan di sidai.Luna telah melakukan semua kerja yang selama ini di lakukan Bella.

Daniel melepaskan keluhan kemudian dia melangkah pula ke dapur.Seperti yang suda diduga,sarapan pagi untuknya juga sudah siap terhidang di atas meja makan.

Semuanya mirip seperti yang di sediakan Bella sebelum ini.Daniel di runtun perasaan sebak.Semakin lara dia menahan rasa kesalnya kini.

Sup yang disediakan Luna di suapkan ke dalam mulut perlahan-lahan.Dia tidak ada selera sebenarnya tapi memikirkan kesungguhan Luna,dia memaksa diri untuk menjamah sedikit.

Kesian juga dia pada Luna kerana wanita itu benar-benar  tidak berputus asa untuk membantunya walaupun layanannya selalu saja kasar.Sesekali dia rasa bersalah pada Luna kerana sering menganggap segalanya berpunca daripada wanita itu.Tapi sejujurnya Luna tidak patut disalahkan.Jika ada yang harus di salahkan orang itu adalah dirinya sendiri.

Sudah enam bulan Bella menghilangkan diri.Entah di mana dan bagaimana keadaan Bella ketika ini.Mengenangkan Bella,dia mula meraung menahan rasa sakit yang tidak tertanggung.Dadanya terasa sebal.Bella benar-benar berjaya menghukum dirinya.

Ketika Doctor Agnes menjelaskan tentang keputusan yang dibuat Bella.Daniel terduduk lemah,nafasnya  bagaikan terhenti seketika.

“ Saya minta maaf encik Daniel tapi saya terpaksa menghormati permintaan pesakit.Dia minta keluar dari wad ini pagi tadi.Tentang hal lain saya tidak tahu …I am so so sorry…” Doktor Agnes terpaksa menurut permintaan Bella walaupun dia terpaksa berbohong pada keputusan kesihatan Bella.

Sejak hari itu,dunia Daniel mula berubah.Dia hanya menghabiskan masa dengan merantapi kesilapan yang di lakukannya terhadap Bella.Dia menghukum dirinya dengan membodohkan dirinya.

Siang malam dia meminum minuman keras semata-mata untuk memabukkan diri agar dia dapat menghilangkan rasa bersalahnya.

BELLA meminta Jeremy menghantarnya pulang sejurus selepas  urusan kliniknya selesai.Dia malas hendak ke mana-mana hari ini.Mujur saja Jeremy hanya menurut tanpa sebarang bantahan.

“ Hati-hati drive Jer…’’ Pesan Bella sebelum keluar dari perut kereta Jeremy.

“ Okey ! kalau ada apa-apa hal call saya..” Balas Jeremy.

Bella mengangguk! selepas melihat kerete Jeremy beredar,Bella melangkah masuk ke dalam rumah.

“ Amoii kak Bella… bertuahnya kak Bella ni..” Tegur Cherry,rakan serumah Bella sambil tersenyum.Gadis comel itu sedang membawa sebakul  pakaian yang baru siap di basuh untuk di sidai.

“ Hishh bertuah apanya Cherry! ..” Bella melabuhkan punggungnya di kerusi rehat yang ada di ruang beranda rumah itu.

“ Ada orang sayang kakak lah…” Usik gadis itu sambil menyidai pakaian.

“ Hishh jangan cakap macam tu,dia kawan kakak saja tu.He is marriage guy tu Cherry.…”

“ Opss.. sorry kak! Saya sangka dia bujang lagi dan saya sangka dia tu boyfriend kakak..”

Cherry menekup mulutnya terasa kesal dengan keceluparannya.

“ Its okey bah..” Bella ketawa melihat tingkah gadis itu.Dia tidak tersinggung pun pada kata-kata Cherry.Gadis itu tidak tahu apa-apa.

“ Oh ya kak esok saya rasa saya mahu balik kampung lama sudah saya nda balik kampung tapi nda sampai hati pula saya mahu kasi tinggal kakak saturang..”  kata Cherry,ada kerisauan terpancar di wajah gadis itu.Dia sudah menganggap Bella seperti kakaknya.

BENARKAH KERANA CINTAWhere stories live. Discover now