HGS 19|Bab 19 - Aku masih waras

14.8K 1.1K 212
                                    

Mungkin wajah ini juga
sudah tidak sudi dipandangnya

 

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

 

Nadiya Kasheqa

Nyaris tercabut jantungku dari tangkainya sebaik pintu kamar mandi dibuka.

Kebetulan aku masih lagi mengelamun, jadi aku memang tak bersedia langsung untuk berdepan dia secara tiba-tiba.

Afham keluar dari kamar mandi air dengan rambut basah dan kain pelikat yang berlilit kemas di pinggang. Dia terus mencapai t-shirt dan menyarung ke torsonya tanpa sedikit pun memandang ke arahku.

"Bonda tak nak tahu apa sebenarnya masalah Am dengan Sheqa ni, cuma nasihat bonda, kalau ada selisih faham tu cepat-cepatlah betulkan. Tak elok biarkan berlanjutan lama-lama. Kita sebagai isteri kena banyak bersabar. Kalau suami jadi api, jangan kita pun jadi api. Tak salah kalau sekali-sekala kita beralah demi perkahwinan kita."

Dalam diam, aku memerhatikan gerak-gerinya.

Usai merapikan pakaian dan menyisir rambut, dia bergerak mencapai sejadah dan mahu berlalu keluar dari bilik.

"Am."

Aku lantas bangkit dari atas sejadah.

Dia berhenti di depan pintu tapi tidak berpaling.

"Awak nak pergi mana?"

Dia tetap senyap.

Walaupun aku tahu ke mana dia mahu pergi, tapi aku sengaja memulakan perbualan. Memandangkan aku juga sudah berjanji dengan bonda tadi untuk cuba menjernihkan suasana.

Tombol pintu dicapainya dan dipulas buka.

"Am."

Sekali lagi dia terhenti.

"Awak solatlah kat sini."

Jeda, aku menelan air liur pahit.

Sepahit mengkudu.

"Biar saya yang keluar."

Dengan hati yang pedih, aku bergerak menyidai telekung di tempat penyangkut dan berniat mahu segera keluar dari bilik. Entah kenapa air mataku seakan berlumba-lumba gugur satu persatu menuruni pipi.

Aku pantas menyeka sebelum terlihat oleh dia meskipun aku tahu air mataku ini langsung tiada harga buat dirinya. Perih rasa hati menyedari yang dia tak sudi berada di dalam satu lingkungan ruang yang sama denganku. Lebih teruk lagi, mungkin wajah ini juga sudah tidak sudi dipandangnya.

Jadi, biarlah aku sahaja yang berundur.

Sewaktu aku melintasi dia di ambang pintu, langkah kakiku terhenti. Aku berkira-kira untuk berkata sesuatu sebelum Afham tiba-tiba berpusing dan terus masuk ke dalam bilik, menuju ke ruang solat.

Aku terus keluar dari bilik dengan mata dan pipi yang masih lembab. Laju kakiku menuruni anak tangga menuju ke dapur.

"Eh, Sheqa. You ada dekat sini?"

Aku mendongak dan berpaling ke arah ruang tamu. Kelihatan Amy sedang duduk di sana.

Sepatutnya aku yang tanya, dia buat apa dekat sini?

"I singgah nak ambil kereta I yang Am pinjam tadi, tapi aunty jemput I masuk, makan kuih." Dia menjawab seolah-olah dapat membaca hatiku. Piring kuih tepung pelita di tanganya ditunjukkan ke arahku.

Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1Where stories live. Discover now