Riuhan gelak ketawa dari luar menarik minat Safiya untuk melihat apa yang riuh sangat dekat sana . Derapan terakhir Safiya mulai berhenti apabila melihat gadis - gadis kampung bergelak ketawa dengan suaminya . Suaminya !
Patutlah riuh , ada yang menarik minat diorang . Huh.
Cemburu . Ya , dia cemburu . Bukan main happy lagi suaminya diluar , walhal dirinya penat berulang alik dari tandas.
Asyraf masih tidak sedar kehadiran dirinya disebalik pintu . Yelah, anak dara mengayat takkan tak nak layan . Tak padan dengan ada isteri .
Bilik dituju kembali. Pening kembali menyinggah . Lantak lah suaminya nak buat apa pun , biarlah dia .
Jendela kayu , dihampiri . Pemandangan dari sini dapat melihat sebentang luas sawah padi yang mulai menguning . Tenang , itulah dia rasai . Dengan tiupan angin , bagaikan berada di tepi pantai .
Rumah Aira , betul - betul di tengah sawah padi . Kalau malam - malam tak perlukan aircond sebab dah terlampau sejuk . Tapi bila tengah hari , bahang panas dia terlalu tinggi . Mandi berulang kali pun tak terasa sejuk .
"Hai , " bisik Asyraf , Safiya dipeluk dari belakang .
"Hm," malas Safiya membalas . Agaknya dah habis sesi menggatal itu yang cari isteri .
"Kenapa ni ? ," pelukan dieratkan . Kepala diletakkan diatas bahu Safiya .
"Nothing. " sepatah sahaja Safiya membalas . Malas melayan . Mood barai .
"Hei , what wrong ? Tak ada mood je dengan abang . Dekat dapur tadi bukan main bingit lagi mulut ni membebel. " tubuh Safiya dibalikkan . Dagu Safiya diangkat untuk memandangnya .
Safiya mencebir . Tadi dia tu , 5 jam lepas . Yang aku ulang alik tandas tadi , tak tahu pulak .
Cup !
"Abang ! ," jerit Safiya . Tidak terlalu kuat . Terkejut Asyraf tiba - tiba sahaja menciumnya .
"Oh , ada suara rupanya ," usik Asyraf , bibir tersenyum .
"Abang ni , ambil kesempatan dalam kesulitan erk ," dadanya ditepuk perlahan . Bibir masih mencebik .
"Kesulitan ? Apa yang kesulitannya . Cuba story dekat abang ,sayang "
"Abanglah .... ," leret Safiya . Tangan dilingkarkan dileher Asyraf .
"Abang apa ? Sayang hm ? ," kedudukan rapat mereka , menyenangkan Asyraf untuk mencium segenap wajah Safiya .
"Abang janganlah ," wajah dijauhkan .
"Selagi sayang tak cakap , i will never stop sayang ,"
"Fine , fine . "
Dengar sahaja Safiya berkata , Asyraf tersenyum lebar . Perempuan , kalau tak paksa memang takkan cakap . Bagi signal je dia tahu .
"Fiya dengar and tengok betapa happy nya anak dara tadi when abang layan diorang . Confirm abang bestkan dapat menggatal tadi ," kepala disembamkan didada Asyraf . Malu pulak bila mengaku , terang - terang yang Asyraf tahu dia cemburu !
"So cute sayang . You never fail to make me more and more love you , sayang ," ubun - ubun Safiya dikucupnya . Alahai ibu buyong ni merajuk rupanya ! Asyraf tergelak .
"Ee , abang ni. Gelak pulak . Dahlah Fiya nak tolong Aira dekat dapur , malas layan abang ," pelukan direngangkan. Belum sempat Safiya melangkah keluar , lengannya dipaut sehingga dia jatuh , jatuh diatas bidang Asyraf yang tak sempat sambut , nasib baik ada katil .
"Wow , extra bonus ni ," gatal Asyraf bersuara . Safiya yang berada diatasnya ditatap dengan penuh kasih sayang .
"Abang lepaslah . ," rengek Safiya tetapi dieratkan lagi oleh Asyraf pelukan mereka.
"Sayang, diorang tu still lagi budak - budak bagi abang . Tak nak la abang budak - budak , sayangkan ada . Lebih dari gelak ketawa , abang boleh buat dengan sayang . Kalau tak , mana nak terhasilnya AsyFiya junior ni sayang. " perut Safiya diusap . Safiya dijatuhkan ke tepinya . Safiya berat lain macam sejak mengandung ni .
"Iyalah tu. " masih mood merajuk .
"Iya sayang . Kalau jenis macam tu abang nak , sayang ni bukan pilihan abang tau . Kalau yang macam tu , abang petik jari je bersusun yang datang tau . Tapi sayang lain , dari lain . Special one and only one khas untuk abang je ,"
Safiya tersenyum . Berbunga - bunga hati . Bagaikan ada rama - rama yang bermain didalam perut .
"Haaa , macam ni la wife abang . Kalau sayang senyum, dunia ni bagaikan turut tersenyum dekat abang. " manis Asyraf berbicara . Safiya tersenyum malu . Such a sweet talker !
"Kenapa muka sayang pucat sangat ni ? Mual tadi tak hilang lagi ya ? ," wajah Safiya diusapnya . Kesian sayang abang ni .
Safiya menggeleng . Wajah disembamkan didada Asyraf . Hilang sikit pening yang menyinggah tadi .
"Sayang okey tak ? ," risau Asyraf bertanya .
"Okey , abang . Better daripada tadi . Ingatkan sibuk sangat menggatal sampai lupa isteri yang mabuk dekat sini. " perli Safiya. Asyraf gelak . Amboi , perli abang ya .
"Mabuk ketum erk? ," usik Asyraf . Safiya menguntil perut Asyraf . Main - main !
"Aw ! Sakit sayang ," tapak tangan Safiya digenggamnya. Sakit oi !
"Mabuk bawak anak awaklah . Ketum apanya ! ," sindir Safiya . Asyraf dijeling .
Pecah ketawa Asyraf , melihat wajah cemberut Safiya .
"Kalau sayang tak nakal , goda abang bila abang balik kerja tak adanya AsyFiya junior ni ada dalam ni ek," terus tubuh dijauhkan sebelum dikuntil lagi .
"Abang ! Nakalnya ! ," jerit Safiya sedikit perlahan . Kuat - kuat kang terkejut makcik bawang yang buat kerja kat dapur .
Galak Asyraf tertawakan dirinya .
"Abang tidur luar malam ni . No accused ! ,"
"Boleh la abang borak lama sikit dengan anak dara tadi , terima kasih sayang kasi pelua---,"
"No , tidur dalam bilik . Sebelum pukul 9 abang tak masuk bilik . Esok abang takkan tengok muka Fiya lagi ," Safiya mengubah fikiran . Cemburu huh !
Asyraf gelak lagi . Amboi ! Sukanya !
"Tak nak kawan sepuluh minit ," cebik Safiya .
"Ohmygod ! So cute sayang ! ," tubuh dirapatkan kembali . Pinggang Safiya dipeluknya erat . Sayang buat Safiya bertambah - tambah . Cemburu tanda sayang erk !
"Jauh , tak nak kawan sepuluh minitlah ! ,"
Asyraf tersengih . Alahai , ini yang buat dia tak mahu berpisah dengan Safiya ni !
**
Pls vote and comment untk sy lebih semangat nak update laju² 😂
Jgn lupa suggest dekat kawan2 untuk sama² baca story sy yg tak seberapa ni. .
Hehe.
Apepun, selamat hari raya Aidiladha ;)
Tq.
YOU ARE READING
Cinta Lelaki Bongkak !
Literatura FemininaSecond Romance by Keerul Sarah. Setiap kali bertemu empat mata, ada sahaja yang tidak kena. Berbalas mulut bagi mereka biasa. Dua - dua keras kepala ! Identiti Safiya yang tidak diketahui oleh Asyraf membuatkan Asyraf memandang hina Safiya. Ada sa...