"Huargh" aku menguap besar. Tapi segera ditutup dengan belakang tapak tangan.
Mengantuknya. Tapi...
Setiap malam adalah masa yang paling di tunggu - tunggu. Hanya time ni sahaja aku boleh nak keluar dari istana. Tak sabarnya nak pergi keluar!Aku melihat dulu dari tingkap keadaan sekeliling. Tch! Ramainya pengawal... susah ni nak kalau nak keluar ikut tingkap bilik aku. Kena cari tempat lain untuk menyelinap keluar.
Suasana agak suram di koridor ruang istana sepanjang laluan ke bilik aku sebab aku tak suka terlalu cerah pada waktu malam. Aku tahu agak berbahaya juga kerana ada kemungkinan bahawa ada orang yang pecah masuk istana dengan keadaan seperti ini. Tapi untuk keluar daripada istana ni, aku ambik juga risiko ni.
Hoodie hitam yang tersarung di tubuhku menyebabkan aku sukar dilihat oleh pengawal istana. Aku bersembunyi sambil mencari jalan keluar dari istana.
Jumpa! Satu tingkap yang kelihatan tersorok daripada pandangan orang ramai. Tingkap tu di halang dengan sebuah pasu bunga yang besar.Dengan perlahan - lahan aku angkat pasu bunga yang boleh tahan beratnya dengan berhati-hati. Tanpa bunyi sedikit pun, aku berjaya mengalihkannnya.
"Kanda!" Entah dari mana seorang gadis yang mempunyai iris berwarna ungu datang menegurku. Dengan pakaian yang berwarna pink muda seakan - akan putih , membuatkan aku nak sahaja menjerit. Ingatkan hantu mana. Rupanya Nafiya.
"Terkejut kanda tau tak!" Marahku pada adinda Nafiya.
"Sorry..." dengan perlahan sahaja dia menyebut. Rasa bersalah pulak marah Nafiya.
"Dah lah. Pergi beradu sana! " Aku segera menghalau Nafiya. Aku takut pengawal akan datang sini.
" Nak ikut abang keluar jugak." Apa?! Dia nak ikut aku. No no no.
"Tak boleh!" Aku memang larang habis.
"Isk, isk, isk." Ah sudah.... Nafiya ni... nak nangis pulak dah...
"Puteri Nafiya?" Seorang pengawal istana memanggil nama Nafiya dari jauh.
Ah, sudah! Macam mana ni?!
Ok, relax Amran....
Fikir... Tapi hati aku dah berdegup kencang ni mendengar derap tapak kasut pengawal itu."Dah, jangan nangis lagi. Shuh. Nanti kanda belanja ice cream." Pujukan aku menjadi. Terus Nafiya angkat muka.
"Betul ke?" Teruja betul Nafiya apabila Kandanya mahu belanja ice cream. Dia tersangatlah gembira.
Cahaya bulan menampakkan wajah bersih Puteri Nafiya Wardina. Bayang - bayang mereka mula terlihat kesan daripada cahaya bulan yang membelakangi mereka berdua.
"Ya, betul. Kanda belanja. Tapi dengan syarat... adinda jangan cakap pada sesiapa yang kanda keluar. Ni rahsia kita berdua je."
Nafiya mengangguk. Bukan itu sahaja siap buat pinky promise lagi."Adinda janji. Oh ya, beli yang perisa blueberry tau!" Senyuman seindah suria terlukis di wajah comel adinda Nafiya. Indah seperti Bonda.
"Ya. Kanda tahu lah perisa favourite adinda." Aku turun dari tingkap. Okay selamat.
Nafiya hanya mampu memandang kakandanya turun dari tingkap istana.
" Puteri Nafiya, buat apa kat sini?" Tanya pengawal tersebut. Dia pelik kenapa tingkap terbuka.
Menyedari akan perkara yang bermain di fikiran pengawal itu, Nafiya menjawab.
" Nafiya yang buka tadi. Nak rasa kedinginan angin malam. Lagipun, bulan cantik sangat malam ni." Ucap Nafiya dengan senyuman.
Pengawal itu sempat memuji kecomelan puteri raja itu.
"Begitu rupanya. Cuma patik risau sekiranya penceroboh yang curi masuk." Dia cuba menghilangkan kegusaran di hati. Takut juga sekiranya apa - apa berlaku pada puteri.
"In Shaa Allah , tiada yang ceroboh istana ni." Kecuali kanda yang menyelinap keluar dari istana.
Pengawal tersebut menutup kembali tingkap tersebut.
"Puteri!" Dayang Adriana datang dengan riak wajah risau.
"Puteri pergi mana tadi?! Risau patik melihat puteri tiada di kamar." Jelas dia amat risau akan puteri cilik yang berumur 11 tahun itu.
"Janganlah risau sangat, kak Yana. Nafiya jalan-jalan je."
Kemudian, Nafiya pamit untuk ke biliknya bersama Dayang Adriana atau lebih mesra dengan Kak Yana.
Pengawal tersebut turut berlalu dari tempat tersebut.
Nafiya turut menjeling ke belakang. Pak cik pengawal tu dah pergi. Mujurlah.
Sampai sahaja di kamarnya, Kak Yana menyelimutkan Nafiya.
Dia meminta diri untuk pergi berehat di luar.
"Tak sabarnya nak makan ice cream nanti!" Bisik Nafiya perlahan .
YOU ARE READING
KING behind the shadow
General Fiction🌼 Emirates Award 18; General Fiction Winner! Arigatou! 🌼 Title "King" is not match with the prince of Cerulean. He just a king behind the shadow. His identity, even his name always in the shadow. When he appears, nobody knows who is him. He is th...