Mimi berhenti menulis setelah dia merasakan mahu membuang air kecil.Dia memandang jam.Guru mata pelajaran seterusnya masih belum masuk ke dalam kelas.Ah!Bagaimana ini?!
Mimi memandang Atiqah."Tiqah..aku nak pergi tandas,boleh tak?Sudah tak tahan ni."
"Boleh.Pergilah."
Mimi segera bangun dari kerusi dan segera ke luar kelas menuju ke tandas pelajar yang berada di hujung kelas pelajar tingkatan 1.
Setelah selesai membuang air kecil,dia segera mahu balik ke kelas.Takut kalau-kalau gurunya sudah sampai.Mahu naik hantu!
Namun dia tidak sangka sama sekali bahawa dia akan terserempak dengan Haikal!Mimi juga tidak menyangka bahawa mereka berdua tidak sengaja terpandang antara satu sama lain.Lama Haikal memandang Mimi.
Ya!Mimi hanya berlagak biasa di hadapan Haikal,namun di hatinya teringin mahu memanggil Haikal dan bertanya adakah lelaki itu sihat?
Mimi mengeluh.
✨
Mimi melihat kembali perbualan dia bersama Haikal di aplikasi Whatsapp.Dia rindu!Sungguh rindu!Setiap hari Haikal sentiasa muncul di matanya.Dia sendiri tidak tahu mengapa.
Dia terlalu rindukan Haikal.Dia mahu berjumpa Haikal.Dia mahu melepaskan rindu!Namun apakan dayanya.Mahukah Haikal bertemu dengannya?Sungguh mustahil..
"Tak apalah Haikal.Mungkin bukan sekarang waktu untuk kita bahagia.Saya yakin suatu hari pasti kita akan dapat nikmati kebahagiaan yang kita cari.Saya rindukan awak Haikal.Saya sayangkan awak.Tapi,biarlah semua perasaan itu hanya disimpan rapi di dalam hati saya.Saya berjanji,selagi awak belum sah milik siapa-siapa,selagi tu saya akan menyayangi awak,sayang.Awak sentiasa ada dalam ingatan saya.I love you so much,Haikal..."
Dia menutup mata,lalu tangannya memegang dadanya.'Awak sentiasa ada disini.Saya akan tunggu awak,Haikal."
YOU ARE READING
Cinta Luar Biasa✨
RomansaBercinta di zaman sekolah dan masih muda ketika menyulam cinta tidak pernah dijangkakan oleh Mimi dan Haikal.Malah,mereka juga tidak menyangka akan berpisah!8 tahun tidak bersua muka dan akhirnya mereka ditemukan di dalam suasana yang mereka tidak p...