"Dik, akak yang tadi beli sarung tangan. Yang akak beli tadi tu besar sangat kat akak... boleh tak akak tukar?" Suara yang penuh dengan adab dan lemah lembut tu membuat Zura rasa senang je melayan akak tu.
"Boleh, kak. Tak ada masalah," sahut si Zura sambil melayan customer nya. Si Sara yang kelihatan bosan dek tiada customer, mengintai cara cara Zura berniaga dan melayan pelanggan. Wah, bukan main khusyuk mata si Sara melekat kat Zura. Terlalu asyik sangat tengok si Zura sampai sampai dia tak sedar si Umi cuba untuk mendekatinya. Si Umi yang memang perasan hal itu mulai mengukir senyuman jahat.
"SARA, MALIK! SARA, MALIK!" teriaknya di depan telinga si Sara. Lantang suaranya seakan akan bunyi siren kebakaran. Boleh pekak telinga orang mendengarnya.
"MANA? MANA??" hampir nak terlonjat si Sara ni. Telinganya yang sepatutnya berdarah dan kesakitan tu seakan akan benda remeh padanya. Si Malik is my first priority! - seolah olah motto hidupnya. Wah...over sangat si Sara nih.
Sara yang masih tak sedar bahwa dirinya dipermainkan menoleh kiri kanan secara ganas. Dia bagaikan harimau menunggu ketibaan makanan tengah harinya. Wahh... memang sangat berlebih si Sara ni. Mana tidaknya, bila Zura dan Umi dah tahu akan perasaannya kat Malik, dia tak lah malu malu untuk menunjukkannya.
"Bwahhahahaha!!!!" Keluar tawa si Umi yang terbahak bahak. Geli hatinya melihat si Sara yang berlayak macam nak menyerang orang je. Terdengar je ketawa besar si Umi, baru lah dia faham dirinya diperdaya. "Ummii!" Dipanggilnya nama Umi dengan suara yang garang. Mana tidaknya, malu weh. Dimana lah nak simpan muka nih? Nasib jugak lah tak ramai orang lalu lalang hari ni. Kalau tak, memang kena menebalkan muka dia lah jawapannya.
Hah, mula lah diaorang ni berperangai budak budak dok kejar sana kejar sini. Ish ish ish. Umur dah 21 pun masih nak main kejar kejar ke?
Zura yang sudah pun selesai dengan halnya, memerhatikan mereka dengam senyuman lebar. "SARA!! TANGKAP UMI! CEPAT!" Jeritnya dengan tawa kecil yang tak henti henti keluar.
Hai...pikir Zura nak suruh diaorang berhenti tapi rupanya sama je dengan dua remaja tuh. Ish ish ish. Tapikan, kalau di ikutkan hati, memang tak salah kalau diaorang bermain macam ni sekali sekala. Asal je kalau ada customer, layan. Jangan dok memain je sampai lupa customer. Haa.. itu bagi saya (author) lah. Tak tau pula bagi reader di luar sana.
"Dapat pun!" Ketawa girang si Sara bila dapat Umi di dalam dakapannya.
"Nooo.....," balas Umi dengan ketawa yang kuat dan sambil sambil tuh cuba untuk melepaskan dirinya dari 'jerat' si sahabat. "Lepaskan! Lepaskan!" Pintanya, di penuhi dengan tawa.
"Tu lah! Sapa suruh kacau aku!"
"Iatah tu nah. Be ulah lagi!' Keluar bahasa brunei si Zura. Memang suka benar si gadis molek ni melihat si Umi dan Sara macam tu.
Suasana yang tak pernah lekang dengan gelak tawa mereka membuat persahabatan diantara mereka bertiga sentiasa kukuh. Ni yang rasa seronok kerja ni, tak juga bosan sangat.
Tanpa mereka sedari, si Malik mengintai mereka bertiga dari jauh. Dia seakan akan berpura pura membeli minuman tin di kedai serba serbi yang agak berhampiran tapi masih agak menjarak dari gadis remaja tiga tuh. Tangannya sibuk sibuk memilih milih minuman tin tapi mata dia tajam je melihat si gadis yang di spekulasinya adalah stalkernya.
Ewah ewah... si Malik ni dah nampak macam Sara plak. Main main intai orang. Ish ish ish. Tabiat buruk yang tak patut di contohi. Tengah tengah dia dok syok memerhatikan stalker dia nih, ada pulak orang nak kacau dia nih. Alaa tak sengaja mamat tu.
"Assalamualaikum, bang Malik," sahut si mamat yang berusia sekitar 24 tahun sambil berdiri di depan Malik, menghadang permandangan si pengintai! Mulanya rasa jengkel jugak si Malik ni sebab dia di kacau tapi bila di lihatnya wajah si mamat tu, rasa jengkelnya hilang.
"Waalaikumussalam, " uturnya dengan sebuah senyuman manis terukir di wajahnya yang hampir serupa dengan penyanyi ingrish band 'MAGIC'. "Apa khabar kau, Razzaq?"
Haa, nama dia Razzaq rupanya. Comel betul lelaki ni. Rambut dia yang sedikit kusut masai dan bajunya yang agak casual seolah olah menampakkan lagi kecomelan jejaka berusia 20-an tu. Kulit yang sedikit hitam manis dan senyuman indah yang tersebar di pipinya seakan akan seiras iras Haffiz. Eh, adik beradik ke diaorang ni ataupun pelanduk dua hampir serupa kot?
"Alhamdulillah baik, bang."
Berborak panjang lah mereka berdua ni. Ada saja yang hendak diperkatakan si jejaka comel kita ni. Malik memang lah gembira bila berjumpa si Razzaq tapi rasa geram jugak sebab tak dapat intai lama sikit kat stalker dia tu. Ish ish ish Malik ni... dok cakap terlalu lama, si Malik akhirnya mengalah dengan usaha mengintainya hari ni, "Jom lah ke kedai abang kau tu. Kita kacau dia."
Abang?? Ohh... sah sangat lah Haffiz ni abang si Razzaq. Mana tidaknya, rupa mereka hampir hampir seiras. Jadi tak heran lah mereka ni adik beradik.
Walaupun Malik ni berminat sangat nak tengok stalker dia lebih lama lagi, terpaksa ditangguhnya dek kerana sepupunya. Tak apa. Esuk masih ada. Esuk aku intau kau. Aku nak tahu sangat apa tujuan kau menjadi stalker... tu lah yang bermain di kepala si encik hensem kita nih. Nak sangat dia tahu tujuan sebenar di sebalik si stalker tu. Hmmm.. apasal lah si mamat ni terlalu memikirkan benda ni? Ada sesuatu yang berlaku di masa lalunya kah yang membuatkan dirinya sebegini gelisah? Adalah dirinya takut si stalker punya motif yang akan memudaratkan dirinya?
Sara, yang masih bermain main bersama sahabatnya dan ketawa girang itu, terlalu naif untuk menyedari apa yang bermain di fikiran Malik. Sedikit pun tidak di ketahuinya akan rasa gelisah si Malik yang semakin bergunung.
Sara, berada di alam khayalannya yang indah takala Malik terjerat di lubang gelisah.....
YOU ARE READING
Diari Seorang Stalker
RomansaSebuah kisah yang bermula dengan Sara, seorang gadis yang berusia 21 tahun. Kebanyakkan kawannya sudah pun di dalam alam university. Berbeza pulak dengan Sara. Dirinya yang terpaksa bertahan kelas di waktu tingkataan lima meletakkan dirinya sekarang...