Khaz membuka pintu kereta Haikal.Kemudian,dia masuk ke dalam perut kereta itu.Serta-merta dia terbau wangian yang begitu menusuk ke dalam hidungnya.
"Perghhh kau!Berapa botol minyak wangi kau pakai?"
"Kenapa?Busuk ke?"Haikal mencium bau di bajunya.Tidak terlalu busuk pun.Hidung Khaz agaknya yang tersumbat.
"Tak busuk pun!Wangi sangat!"
Dia memandang pakaian yang dipakai Haikal.Kemeja?!
"Kau ni demam ke apa???"tanya Khaz.
"Kalau aku demam,tak adalah aku ajak kau keluar."
"Habistuu dah kenapa kau buang tebiat pakai baju kemeja ni?Kita nak keluar je pun.Selalunya kau pakai t-shirt je.Ni dah kenapa pula??"Khaz menepuk dahinya.
"Aku nak jumpa gadis semalam tu lah.Kena lah pakai segak-segak.Kemas-kemas."
Khaz tercengang."Mimi?"
"Entah.Tapi aku nak pastikan je sama ada dia tu Mimi atau tak."
"Macam mana kau nak pastikan dia tu Mimi atau tak?"
"Haih..nanti aku tanya lah nama dia,umur dia.Apa susahh??!"kata Haikal,dia begitu bersemangat.
"Andai la dia tu Mimi dan dia tak mahu jumpa kau sebab kau dah pernah lukakan hati dia macam mana??"
"Haishhh kau ni banyak cakap lah!Ada juga yang mati dalam kereta nanti!"Kata Haikal.Kemudian,kereta miliknya bergerak keluar dari kawasan perumahan Khaz.
✨
Annisa memasukkan sayur-sayur ke dalam bubur nasi yang sedang dimasaknya.Hari ini dia mengambil cuti untuk menjaga Mimi kerana sahabat baiknya itu tidak sihat badan.Agak terkejut juga dia apabila mendapat tahu Mimi pengsan di kedai Makcik Gayah.
Setelah memastikan bubur nasi itu sudah siap dimasak,Annisa menyedok bubur nasi itu ke dalam mangkuk kecil.Dia mengambil sudu dan segelas air kosong,lalu membawanya ke ruang tamu.
Annisa mengejutkan Mimi yang sedang tidur di atas sofa.Badan Mimi mula panas malam kelmarin.Dia mahu membawa Mimi ke klinik,namun Mimi tidak mahu.
"Mimi..bangun.Aku ada masakkan bubur untuk kau."kata Annisa.
Mimi menggosok-gosok matanya.Badannya terasa panas sangat.Kepalanya sakit dan merasakan badannya amat lesu.
"Kau tak pergi kerja ke?"tanya Mimi.Mimi membuka mulutnya apabila Annisa menyuapkan bubur nasi ke dalam mulutnya.Terasa diri seperti budak kecil pula.
"Tak.Kau kan tak sihat.Takkan nak tinggalkan kau."
"Aku okay je ni.Panas je pun."kata Mimi.
"Panas je kau kata?Habistu kalau kena sawan macam mana?Takkan nak suruh Yingying yang bawa kau pergi hospital."kata Annisa.
Mimi ketawa.Dia memandang si kucing comel gebu,Yingying yang sedang seronok mengejar bola yang bergerak.
"Yang kau ketawa kenapa?"tanya Annisa.
"Lawak!"kata Mimi.
Annisa mengeluh."Ni bukan lawak.Tapi fakta.Kalau Yingying boleh bawa motor tak apalah.Sekurang-kurangnya kalau kena sawan,boleh juga dia bawak kau pergi hospital."
"Hahahahahahhah."Mimi ketawa lagi sampai terbatuk-batuk.
Annisa tersenyum melihat Mimi ketawa."Sedap tak aku masak?"
"Tak.Hahahah.Mestilah sedap.Tengok tu dah licin."kata Mimi.
"Kau dengan Yingying dua kali lima je,kuat makan!"
"Heyyy!Tak apalah asalkan kami comel!Kan Yingying!"
Kucing comel itu memandang Mimi.Fikir aku faham kau cakap?Kata Yingying
YOU ARE READING
Cinta Luar Biasa✨
RomansaBercinta di zaman sekolah dan masih muda ketika menyulam cinta tidak pernah dijangkakan oleh Mimi dan Haikal.Malah,mereka juga tidak menyangka akan berpisah!8 tahun tidak bersua muka dan akhirnya mereka ditemukan di dalam suasana yang mereka tidak p...