Mimi meneguk air kosong.Dahaga sungguh!Tambahan pula sekarang adalah cuaca yang sangat panas.Mungkin penyebab dia pengsan tempoh hari.
Namun,mungkin tidak juga.Dia agak terkejut dengan kemunculan Haikal secara tiba-tiba.Dia tidak menyangka langsung akan berjumpa dengan Haikal.
Pada masa yang sama,dia agak sedih kerana Haikal seolah-olah tidak kenal dirinya lagi.Mungkin lelaki itu sudah lupakannya.Bukan seperti dia,sejak mereka putus,dia tidak pernah melupakan Haikal.Malah,tiada pengganti selepas Haikal.Hatinya masih tertutup buat mana-mana lelaki selain Haikal.
"Kau dah okay ke,Mimi?"tanya Annisa.
"Dah okay sikit."
"Esok kau pergi kerja ke?"
"Pergi lah.Aku dah sihat sikit."kata Mimi sambil menonton televisyen.
"Eh,kenapa kau pengsan haritu ?"
"Sebab Haikal."
"Whatttt?!!!Serius????"Annisa membulatkan matanya.
"Ye lah.Dia datang nak ambil roti yang dia oder."
"Wow!So,dia kenal kau lagi tak?"
"Tak tahu lah.Mungkin dah tak kenal.Kalau kenal,sudah lama dia tegur aku.Ni tak,dia diam je bila tengok aku."kata Mimi dalam nada kecewa.
"Mungkin dia malu?"
"Malu?Ke tak kenal?Entah-entah dah berkahwin."
"Kau ni!Kau sayang dia lagi kan.Kenapa cakap macamtu?Sepatutnya kau kena doakan agar dia tu masih bujang,bukan milik orang lagi.Kalau kau asyik doakan dia dah kahwin,sia-sia je lah kau tunggu dia bertahun-tahun.Nanti kau juga yang menangis tak henti-henti.Kau nak ke?"pesan Annisa.Dia tidak suka apabila Mimi memikirkan perkara negatif.
"Habistu kenapa dia tak tegur aku?!!"
"Macam aku cakap tu lah,dia malu!"
"Iye ke?Tak percaya lah!"
"Suka hati kau lah!"kata Annisa.
✨
"Dia tak ada pun!Tak nampak pun dia di dalam kedai tu!"keluh Haikal.
"Sabarlah,bro!Mungkin dia cuti harini."Khaz cuba menenangkan Haikal.
"Entah-entah dia kerja sekejap je disitu."riak wajah kecewa Haikal dapat dilihat Khaz.
"Fikir logiklah kau ni pun!Takkan nak kerja sehari je?Berapa gaji dia dapat?Aduhaiii member!"kata Khaz.
"Aku nak jumpa dia!"
"Kau pergi lah hari-hari di kedai tu.Tengok dia ada ke tak."
"Hari-hari?Gila!"
"Kau nak jumpa dia kan?"
"Kalau dia tak ada macam mana?"
"Takkan nak putus asa dah?"
"Hm,ye lah.Demi cintaku padamuuuuu!"kata Haikal.
YOU ARE READING
Cinta Luar Biasa✨
RomanceBercinta di zaman sekolah dan masih muda ketika menyulam cinta tidak pernah dijangkakan oleh Mimi dan Haikal.Malah,mereka juga tidak menyangka akan berpisah!8 tahun tidak bersua muka dan akhirnya mereka ditemukan di dalam suasana yang mereka tidak p...