10✨

3.4K 87 0
                                    

Nazrinah mengambil telefonnya.Dia mahu menelefon anaknya untuk pulang ke rumah agar dapat bersama-sama ke kenduri saudara mereka.Dia menekan nama anaknya di skrin telefon,kemudian dia meletakkan telefon di telinganya.Panggilannya dijawab.

"Assalammualaikum,mak!"-Mimi

"Waalaikummusalam.Tengah buat apa tu?"-Nazrinah

"Mimi ada kat tempat kerja ni."-Mimi

"Oh ye ke.Maaf lah kalau mak mengganggu kamu."-Nazrinah

"Eh!Tak adalah!Mak sihat?"-Mimi

"Mak sihat aje.Kamu tu sihat tak?"-Nazrinah

"Alhamdulillah sihat."-Mimi

"Kamu cuti tak hujung minggu ni?"-Nazrinah

"Cuti sabtu dan ahad.Kenapa,mak?"-Mimi

"Hah elok sangat tu.Mari lah balik.Boleh kita pergi kenduri akikah cucu  paklang kamu tu."-Nazrinah

"Memang Mimi rancang nak balik pun.InsyaAllah nanti petang sabtu,Mimi sampai ye."-Mimi

"Hah baiklah.Nanti kalau ada apa-apa,bagitahu mak."-Nazrinah

"Okay,mak.Assalammualaikum."-Mimi

"Waalaikummusalam."-Nazrinah

Panggilan tamat.

Nazrinah tersenyum.Dia meletakkan telefonnya di atas meja.Anak bongsu lelakinya,keluar dari bilik.

"Mak telefon siapa?"tanya Fariz.

"Kakak kamu lah.Dia boleh balik sabtu ni.Boleh lah kita pergi kenduri akikah cucu paklang."kata Nazrinah.

"Oooo..mak,adik nak keluar sekejap.Main futsal."kata Fariz.

"Ha ye lah.Jangan balik lewat."

Fariz menyalami tangan ibunya.

Mimi menyapu lantai yang bersepah dengan sisa roti dan plastik.Dia tidak sabar mahu pulang ke rumah ibunya.Dia bercadang mahu mengambil cuti lama agar dapat meluangkan masa dengan ibunya lebih lama.

"Akak!Ada orang nak jumpa."kata Lina.

"Siapa pula?Lelaki ke perempuan?"

"Lelaki.Comel..."kata Lina.Comel?Euwwww

"Haih siapa pulak lah."Mimi meletakkan penyapu dan penyodok di tepi tong sampah.Kemudian,dia perlahan-lahan berjalan ke bahagian hadapan kedai itu.

Apa????!!!Haikal????!!

"Aduhhh!Apa dia nak????"Mimi mengeluh kasar.

"Kenapa ni,akak?"tanya Lina.Dia hairan melihat Mimi sedang menghendap lelaki itu dari jauh.

"Itu lah bekas boyfriend akak!"kata Mimi,dia memperlahankan suaranya agar tidak didengari orang lain.

"Wahhh..kenapa akak berdiri kat sini je.Pergilah sana,tanya dia sihat tak?"cadang Lina.

"Gila kau!Taknak lah."

"Akak ni!Pergi je lah!"

"Tak nak!Aku belum bersedia nak jumpa dia."

"Hm baiklah,biar Lina pergi tanya dia nak apa ."

Mimi hanya memandang Lina dari jauh yang mula menuju ke arah Haikal.Haikal tersenyum melihat Lina.

'Eh bukan budak ni.'kata Haikal.

"Encik datang nak beli roti lagi?"tanya Lina.

"Bukan.Kalau saya tanya awak,awak jangan bagitau Makcik Gayah ye?"

"Okay."

"Ada tak seorang gadis ni dia comel,putih,muka dia manis jee.Pendek orangnya."kata Haikal.

"Dia panggil aku pendek?"kata Mimi yang berselindung di sebalik rak yang tersusun roti-roti disitu.

"Ada.Tapi dia cuti harini."kata Lina.Mimi menepuk dahinya.

"Apa nama dia ye?"tanya Haikal.

"Mim.."belum sempat Lina memberitahu nama kakak angkatnya itu,Makcik Gayah masuk ke dalam kedai.

"Eh Haikal datang lagi.Nak beli roti?"

"Er...r...er..tak apalah saya balik dulu lah Makcik.Bye!"kata Haikal,dia terus keluar dari kedai roti itu.Makcik Gayah bertambah hairan.Demam ke budak ni?

Cinta Luar Biasa✨Where stories live. Discover now